GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, March 25, 2011

Skandal seks video: Pertembungan fakta

Eskay (gambar kiri) menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri.

Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Demikian antara kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Pengarah Komunikasi PKR di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Penditakainsingkat said...

Salam,

Eloklah Datuk Eskay berterus terang dengan mengaku terlibat dengan video tersebut. Tak payah kita bersusah meneka atu membuat andaian siapa yang elakukannya.

Ini boleh membantu mengelakkan diri kita dari menjadi tentera pemfitnah.

Sekarang YB dato' Seri Anuwar sudahpun membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa mengikjut undang2. Eloklah kita beri peluang pihak polis melaksanakan tugas mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...