GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, May 25, 2012

Samseng Upahan Umno/BN - Najib Perlu Bertanggungjawab

Sudah menjadi lumrah dan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, di setiap ceramah Pakatan Rakyat, beberapa penyokong Umno/BN akan mengganas. Samseng-samseng upahan Umno/BN ini akan buat kacau dan menganggu ketenteraman umum dan hak kebebasan untuk bersuara.

Malam tadi, di Sayong Tebing, Kuala Kangsar sewaktu DS Nizar berceramah , 11 buah kereta telah diconteng di bahagian lampu depan dengan cat biru - warna BN!

Ceramah PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai turut menjadi kecoh apabila batu, telur dan botol air dilontarkan ke arah hadirin menyebabkan salah seorang daripadanya cedera di kepala dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sila klik di sini

Tindakan ganas dan khianat sebegini, saya percaya hanya akan dapat dielakan sekiranya ada pemimpin tertinggi Umno/BN sendiri menyeru supaya gejala dajal ini dihentikan serta merta.

Sehingga kini, walaupun telah beberapa kali kerja-kerja samseng dan khianat ini dilakukan oleh penyokong-penyokong Umno/BN, para pemimpin mereka membisu seribu bahasa seolah-olah memberi persetujuan dengan kerja-kerja samseng tersebut.

Selagi tidak ada arahan daripada pemimpin tertinggi Umno/BN agar keganasan ini dihentikan, maka PM Najib perlu dipertanggungjawabkan. Jangan pura-pura tidak tahu dan cuba bersembunyi disebalik lalang sehelai.

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...