Macam mana ni Najib ? Mana
satu yang betul? Sebelum ini, kita semua diberitahu melalui laporan yang menyebut :
Dua komando polis terbunuh
setelah terkena ‘serangan mortar’ di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan
penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di Lahad Datu hari ini. Lihat di sini
Kemudian Najib beritahu, bahawa kumpulan
penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah itu telah terlebih dahulu memulakan
serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5
kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini.Baca di sini
Terkini pula, petang tadi, Najib
berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu telah
melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu
memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.
"Saya tidak menolak
kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik
pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan
terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) di Subang hari ini. Baca di sini
Senjata mortar yang digunakan askar
penceroboh Amerika di Iraq dulu
Korang tahu apa itu mortar? Tengoklah gambar mortar atas tu atau nak tahu maklumat lanjut pasal
mortar , korang bolek klik di sini
Aku sendiri tidak tahu
samada nak gelak atau tidak.Kalau aku gelak nanti korang kata aku tidak ada
rasa simpati diatas kematian 14 korban yang jadi mangsa tragedi di Lahad Datu
itu.Jom kita hadiahkan al-fateha kepada mereka yang terkorban.Sama-sama Islam,
tapi masih lagi saling berbunuh-bunuhan …
Selepas ini nanti apa lagi yang akan diumumkan oleh Najib. Kita tunggu dan lihat lawak Najib seterusnya.