GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, May 26, 2013

Dakwat Kekal : SPR jangan menipu, kita semua telah alami dan adalah saksi kepada penipuan tersebut

Ini aku tulis untuk rekod dan tatapan masa depan kelak.Manalah tahu, sempat lagikah aku bersama untuk PRU-14 nanti.

Aku merekodkan seimbas lalu tentang perjalanan tuntutan penggunaan dakwat kekal dalam PRU-12 dan ke-13.

Salah satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal kepada mereka yang telah membuang undi bagi tujuan menghalang pengundian dua kali. 

"Kita mahu rakyat percaya 100 peratus bahawa proses demokrasi sememangnya dilaksanakan di negara ini. 

Atas sebab itu, SPR menggunakan dakwat supaya tidak ada tuduhan di buat ke atas suruhanjaya itu …” jawab Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Dato' Abdul Raman Suliman dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 5 September 2007 sebagai bersetuju untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada PRU ke-12 (8 Mac 2008) bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya. 

Bagaimanapun janji SPR dan kerajaan BN itu tidak kesampaian kerana hanya 4 hari sebelum PRU ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, negara dikejutkan dengan sidang akhbar bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Dalam PC tersebut, SPR telah membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu kerana kononnya terdapat pihak tertentu dari Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara dan merancang untuk mencalitkannya pada kuku pengundi di luar bandar bagi menimbulkan syak wasangka mengenai status mereka. 

Satu negara rakyat termangu-mangu dibuatnya kerana alasannya itu sangat susah untuk diterima oleh manusia yang waras.

Ini lah cubaan terdesak Umno/BN untuk memperbodohkan rakyat dan memperbudakan SPR! 

Kredibiliti SPR serta ketelusan perjalanan pilihanraya di Malaysia semakin dipersoalkan rakyat dan menimbulkan  kontraversi. 

Selepas itu kemudian, BERSIH tetap mendesak supaya dakwat kekal digunakan bagi PRU-13. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan mengenai penggunaan Dakwat Hitam: 

 • Amalannya seolah-olah satu langkah ke belakang. Yang praktikal ilaah sistem 12 digit individu pada MyKad merupakan antara tercanggih di dunia. Dakwat hitam digunakan di negara yang tidak memiliki sistem seperti MyKad serta mempunyai berpuluh juta pengundi. 

• Penggunaan dakwat juga bercanggah dengan Perlembagaan negara dan pindaan perlu dibuat jika kaedah itu mahu dilaksanakan. 

• SPR juga pertimbangkan untuk gunakan sistem biometrik dan mengikut maklumat asal JPN. (jun 2011) 

Adush! Sengal betul alasan-alasan kerana cuba nak elak dari penggunaan dakwat kekal … sampai diadakan satu Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa bagi membincangkan isu penggunaan dakwat kekal ! 

Walau apa pun akhirnya SPR bersetuju …. 

Tetapi ada seorang pengundi awal mengadu dakwat yang dikatakan SPR boleh kekal bagi tempoh 5 hari itu mudah hilang dengan membasuh jarinya dengan air dan sabun. 

Dengan mudah sahaja SPR yang dah kantoi itu menjawab : botolnya tidak digoncang! 

Dan apabila ramai yang membuktikan bahawa dakwat yang SPR dakwa boleh kekal 5 hari itu boleh mudah hilang dengan air dan sabun dalam masa tak sampai 5 minit, SPR pun apa lagi, mula mempertkaikan tujuan orangramai menanggalkan dakwat tersebut. 

"Apa tujuan mereka menghilangkan dakwat itu?" Tanya pulak simangkuk tu!

"Adakah cuba membuat undian kali kedua, atau adakah tindakan itu bagi menimbulkan suasana keresahan orang ramai terhadap SPR?," katanya. di sini

Yang sebenarnya , SPR lah yang semakin resah dan menggelabah kerana  tembelangnya yang pecah itu! 

Orang ramai telah dapat membuktikan penyelewengan SPR dalam menjalankan amanahnya. 


Mejar Zaidi Ahmad, Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, telah ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur, kerana dia membuat laporan polis tentang dakwat tak kekal itu.

Sepatutnya SPR bererima kasih  kepada Mejar Zaidi Ahmad kerana telah mendedahkan kepincangan itu supaya SPR dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum PRU pada 5 Mei.

Sebaliknya SPR tuduh tuduh ada orang yang berniat jahat dan sengaja mahu menyusahkan SPR dan suruh polis siasat!

Polis sepatutnya tangkap kepala penipu SPR dan siasat kerana terbukti orangramai telah ditipu mengenai dakwat kekal yang dibeli dengan jutaan ringgit wang rakyat itu tidak ada bermutu sebagaimana yang didakwa.

SPR telah menipu baik dalam soal kualiti dakwat dan juga harga dakwat tersebut! 

Bila dah kantoi, maka berkatalah SPR, mereka tidak bimbang dengan dakwat kekal yang boleh dibasuh, mengatakan pengundi tidak boleh mengundi dengan satu nombor kad pengenalan… baca di sini 

Ada sahaja dalih dan mudah saja nak kelentong orang! Bila Mat Sabu kata , 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai', depa tak mahu terima. 

Habis semua orang pulak nak disamannya ! Korang baca di sini

Kenapa polis tidak bertindak keatas penipuan SPR ini? Jawapan aku mudah saja, polis pun bersekongkol dengan penipuan 505 ini! 

Apa buktinya? Nak bukti apa lagi? Dah jelas, bahawa polis tidak mengambil apa-apa tindakan pun walaupun orang ramai dah buat aduan siap dengan bukti. 


Tengok nih! Haron Din penipukah? Siapa yang korang lebih percayakan Haron Din atau Wan Ahmad SPR tu? 

SPR dengan 'denial syndrome' nya cakap, "Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari," 

Ternyata besarnya pembohongan SPR ini. Korang sendiri telah mengalaminya betapa mudahnya dakwat itu luntur dan hilang dihujung jari.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...