GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, May 27, 2013

Dia asyik betul sahaja, orang lain asyik salah!

Ustaz Yazid baru sahaja pulang dari surau tidak berapa jauh dari rumahnya. 

Dia menaiki basikal tuanya untuk berulang alik ke surau tersebut. Malam ini, dia nak cepat kerana terasa sangat nak ke tandas untuk buang air kecil. 

Biasanya dia letak basikal tu nun dibawah pokok pelam tu...tapi malam ini dia letak basikal tu kat depan laman rumah kerana 'urgent'

Dia bergegas melangkah masuk pintu rumah yang luas terbuka itu sambil memberi salam kepada isi rumahnya, “As-salamu ‘alikum…” 

Belum sempat salamnya itu disambut oleh isterinya, tiba-tiba Ust Yazid membentak-bentak marahkan sesuatu …. 

“Apa halnya bang?” tanya si isteri yang berlari anak untuk mendapatkan suaminya. 

“Ni hah! Saya terlanggarkan cawan yang ada kat depan pintu ni. Siapa yang letak cawan kopi tu kat situ? Tak ada otak langsung! Pikirlah orang lalu lalang ….Mujur kaki aku tak luka terpijak kaca tu, ” gerutu Ustaz Yazid.


Mujur juga dia tak terkencing kat situ dibuatnya! Bayangkanlah muka ustaz yang sedang menahan marah dan menahan pundi kencing yang sedang nak tersembul keluar itu!

“Abduh, anak kita tu bang yang letakan kat situ, dia keluar kejap katanya tadi, tak sempat nak letak ke dapur… saya sibut melayan si Mamat ni hah” sahut isterinya. 

“Kamu tengok-tengokkanlah si Abduh tu, buluh kena dilenturkan sewaktu rebungnya, begitu jugalah anak-anak…..” suara jengkel Ustaz Yazid sambil masuk menuju ke bilik air. 

Tiba-tiba kedengaran dentuman kuat di luar rumah. Ustaz Yazid dan isteri meluru lalu menjengek keluar. 

Mereka nampak Abduh sedang terbaring dengan basikal tua yang terletak depan laman rumah tu. 

Abduh sedang mengaduh kesakitan kerana terjatuh terlanggarkan basikal bapanya itu yang terletak di tengah laman luar rumah. 

“Astaghfirullahil Adziiiim…. Apasal kamu tak tengok betul-betul bila berjalan? Ke mana mata kamu?” Jerkah Ustaz Yazid kepada anaknya itu ….” 

“Itulah, abah tak letak basikal tu kat tempat yang sepatutnya kat bawah pokok tu,” balas Abduh yang cuba menyalahkan ayahnya itu. 

“Budak-budak sekarang ni selalu gopoh! Entah apa yang nak dikejarnya …aku pun tak tahu, ada mata tengoklah” jerkah  Ust Yazid kepada anaknya itu. 

" Suami aku ni asyik betul sahaja,orang lain salah belaka! " bisik hati si isteri sambil membersihkan tumpahan kopi yang mengotorkan karpet yang baru dibeli bulan lalu….
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...