GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, May 22, 2013

Polis patut tangkap Pengerusi SPR yang tipu pembelian dakwat kekal

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri), sebelum ini cakap, dakwat kekal tu boleh tahan sekurang-kurang lima hari.

Kemudian apabila lepas pengundian awal, rakyat mulai protes dan mendedahkan bahawa dakwat itu mudah larut dan hilang , Aziz yang sombong bodoh ini menyalahkan pula petugas kerana kononnya tidak menggoncang botol dakwat ! Pptui!

Ada-ada saja jawapannya.Bukan dia kisah nak siasat betul-betul rungutan orang ramai mengenai perkara tersebut.

Setelah heboh rakyat memperkatakan tentang mudahnya dakwat kekal itu luntur dan tanggal hanya dengan sabun dapur biasa dengan bukti-bukti yang jelas, mangkuk ini mulalah sibuk-sibuk dengan menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13'.

Antara perkara yang akan disiasat, katanya adalah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal, kaedah calitan dakwat kekal di jari dan hasil ujian-ujian yang telah dibuat sebelum dihantar ke Malaysia dan selepas dakwat  itu sampai di Malaysia.Lihat Di sini  


Hoi Mangkuk! Jangan nak berdolak dalih dengan rakyat! Bahawa ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan.Tengok rakaman di atas tu; tak sampai 3 minit dakwat tu dah hilang kat jari.Tak ada alasan sebab botol tak digoncang!

Kalau benar SPR nak tunjuk dia tu bagus sangat, sepatutnya tubuhkanlah Jawatankuasa Penyiasat yang bebas dan bukan hanya terdiri dari kalangan orang-orang SPR sendiri.


Polis patut tangkap dan soalsiasat Pengerusi SPR dan Timbalannya mengenai pembelian dakwat yang tidak bermutu ini kerana ia melibatkan jutaan wang rakyat .

Entah-entah diaorang beli dakwat tu dari kedai 'bundle' tak?  Aziz ingat rakyat ni bahalol macam dia!
Comments
1 Comments

1 comment :

Unknown said...

SPR letak jawatan dan polis tangkap pengerusi dan timbalan pengerusisumbat dalam lokap selama 1 bulan sementara siasatan dijalankan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...