GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, May 28, 2013

Laporan Polis Mengenai Dakwat Tidak KekaL


Petang kelmarin aku dan seorang rakan bernama Khairul telah pergi ke Balai Polis Kampung Rapat untuk buat report mengenai penipuan SPR mengenai dakwat kekal.

Di sebelah malamnya, beberapa lagi sahabat, telah membuat aduan yang sama.Nampak sibuklah sikit balai polis Kampung Rapat malam tadi.

Walau bagaimana pun polis yang bertugas ucapkan terima kasih kepada kami kerana kami dah siapkan report kami siap bertaip.Mereka hanya perlu sken sahaja. "Kalau tidak jenuhlah kami kena taip, encik... ," kata salah sorang polis kat kaunter tu.Kih!3

Ramai juga yang aku SMS untuk diajak berbuat demikian, tapi tidaklah berapa ramai yang memberikan respon yang positif.

Ada pula yang memberikan respon yang aku anggap agak lucu.Mamat ni, kira-kira adalah 'berjawatan' juga diperinkat kawasan aku ni.Dia jawap SMS aku : "Itu kena tanya Pengarah MTD, Cikgu .....". 

"Mangkuk betul!" bisik hati ku, "Ko tanyalah sendiri sepatutnya....ni nak suruh aku pula tanyakan?" Aku merungut sendirian.Sengal betullah!

Seharusnya setiap kita punyai sikap yang pro-aktif.Apa salahnya ramai-ramai buat laporan polis mengenai penipuan dakwat SPR itu? Kita marajkan macam nak rak sembang dengan semua orang pasal itu tapi nak meluangkan sedikit masa tak sanggup untuk membuat laporan polis mengenainya.

Aku sebagai blogger agak ada sedikit pengalaman mengenai buat laporan polis ini sebab selalu cover bila orang kita buat laporan polis.Biasanya ramai-ramai pergi buat, siapa panggil wartawan dan blogger untuk nak cover cerita.Tapi, dari ramai-ramai yang pergi, hanya seorang sahaja yang buat report.

Aku sering merungut pada kawan-kawan mengenai perkara ini.Kenapa mereka yang pergi sama ke balai polis tu tak buat report yang sama?

Tidakkah mereka belajar bagaimana pihak lawan mengeksploitasikan perkara sedemikian sebagaimana mereka buat keatas Mat Sabu dalam isu Mat Indera sedikit masa dahulu? 

Mereka buat sampai 2,000 lebih report dan isu tersebut menjadi cukup hangat seketika.

Aku dan beberapa kerat rakan berasa bangga kerana dapat melakukan sedikit usaha bagi menjayakan Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal:


 Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan.

Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih.

Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali.

Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil.

Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH.

Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban. #siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut:

1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut:

“Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya.”

2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN)

3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat #siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih. Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat.

RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN 

Saya menyeru kepada setiap cawangan-cawangan PAS supaya membuktikan kesungguhan anda semua membantah penipuan SPR mengenai dakwat kekal yang tidak kekal itu dengan menyertai kempen tersebut.Semoga usaha yang sekecil ini akan membuahkan hasil bersama.

Mungkin akan ada yang beranggapan sinis.Berlambak macam mana pun laporan dibuat, polis tidak akan siasat, buang masa mike ajer...

Kepada mereka yang kata macam tu, meh renungkan bersama ~ Kita mengadu dan meminta kepada Allah selama ini, adakah Allah tunaikan segala hajat dan permintaan kita itu serta merta itu juga? Adakah kita pernah berasa jemu untuk terus berdoa dan bermunajat kepada Allah?

Kita terus mengadu dan memohon kepada Allah dengan harapan dan keyakinan yang Allah akan tunaikan juga segala hajat kita itu. Itu pun sudah dikira melakukan tanggung jawab sebagai seorang hamba.

Samalah seperti kita mengadu , buat laporan kepada polis, setidak-tidaknya dengan berbuat demikian, kita telah melakukan satu tanggung jawab dan amanah sebagai seorang warga.

Demikianlah usaha kita, bukan sekadar mengadu kepada Allah, yang amat mengasihi kita, malah kita mengadu juga kepada pihak polis yang tidak berapa mengasihi kita kerana pihak polis lah yang patut bertanggung jawab.


Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...