JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, June 28, 2013

Ada yang sakit hati tengok Anwar makan semeja dengan Najib


Ada orang yang cuba memperlekehkan gambar Anwar Ibrahim yang sedang duduk makan semeja dengan PM Najib sambil mempamerkan pula gambar anak-anak muda yang sedang berdemo baring di atas jalanraya di luar parlimen di ketika yang sama.

Perlu diketahui bahawa Protokol parlimen menghendaki Ketua Pembangkang makan semeja dengan Ketua Kerajaan.Kalau TGHA atau LKS yang jadi Ketua Pembangkang, mereka pun perlu berbuat demikian juga.

Apakah TGHA atau LKS perlu bercakaran dengan PM Najib macam kucing dan anjing ketika di meja makan itu? Hanya orang yang tidak cukup matang dan gila sahaja yang akan berbuat begitu.

Ketika Anwar Ibrahim berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, ada juga yang memfitnah kononnya beliau membuat pertemuan dengan Najib di sana....Kah! kah! kah! memang bengong betul. Terbukti itu pun hanya fitnah.Tak perlulah aku nak ulas perkara ini kerana sekarang semua orang tahu hal sebenarnya.

Seolah-olahnya, orang-orang UG yang memfitnah ini nak kata, bukan puak mereka sahaja yang gi berjumpa dengan PM(Umno), tetapi Anwar Ibrahim pun berbuat sama...Kah! kah! kah! Jangan sekali-kali mahu menyamakan pertemuan di meja makan macam itu yang terang-terangan, dengan 'pertemuan dalam gelap'.

Istilah 'pertemuan dalam gelap' itu adalah merujuk kepada pertemuan pemimpin PAS tertentu yang bertemu dengan Abdullah Badawi (ketika PM) secara rahsia.Pada mulanya pemimpin-pemimpin PAS terlibat cuba menafikan pertemuan tersebut, tetapi bila Abdullah Badawi membocorkannya, Mahfuz Omar sendiri terpaksa memohon maaf kerana sebelum itu cuba membela puak-puak tersebut!

Apakah bila kita lihat gambar Anwar nampak bergelak ketawa dan mesra dengan Najib sambil makan-makan, maka Anwar Ibrahim sudah mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat? Lihatlah bagaimana Anwar begitu gigih di parlimen mempertahankan PR di sini

Apakah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga berkelakuan sama seperti Anwar ~ mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat juga bila gambar-gambar mereka tersiar sebagaimana berikut?
Tidak ubah macam pengantin baru - 
Zahid hamidi dan LKS
 
Zahid Hamidi sudah in love dengan Cina?
 
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Che'gu Bard menegaskan bahawa aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu sebenar iaitu Protes mendesak SPR meletak jawatan.

Menurut Che'gu Bard, tujuan utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Sila baca : kenyataan rasmi Che'gu Bard
Comments
5 Comments

5 comments :

Mohd Zaini said...

Hahahaha betui...al-Husseyn. Pemikiran kelas ketiga macam shahidan kassim.

Amuraria said...

gerenti mamak kutty lahanat first yang meluat tengok pic ni ! ABU jangan lupa !

nshinah said...

Yang Penting kini adalah PERPADUAN ISLAM, bukannya MENCARI-CARI perpecahan sesama saudara se agama, saudara kalian.

Nik Aziz is no longer the flower-power, no longer the obstacle of Muslim unity.
Nik Abduh, his son is more reasonable...can see reason and rationale of REASONING.

Even if MCA join hands with DAP (more Chinese power in Malaysian politics), PAS, God Willing, InsyaAllah, will finally wake up,and PAS AND UMNO WILL UNITE, - with ISLAM in mind- UNDER THE bigger flagship of BARISAN NASIONAL.

PAS will realise that ISLAMIC UNITY to fight the common enemies of Islam (internal and external), (fasiqs, munafiqs,Zionists and the American Foreign Policy) is of utmost importance for the survival of Islam in the motherland.

Muslims will finally see the biggest MUSLIM UNITY the country has ever seen.
(this will anger Anwar, PKR and their Foreign sponsors)

The MCA withdrawal from BN, is the end of the Malaysian formal chinese representation in the Malaysian Ruling Coalition, BUT it will also accelerate and will spell the dawn of a NEW ERA of PAS-UMNO Islamic Unity, which will only strengthen the ruling BN, through the decades that follow.

InsyaAllah, God Willing.

rainbowoftruth.blogspot

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/01/pas-members-wish-list-pas-joins-bn.html

http://helenang.wordpress.com/2013/06/28/the-mca-billion-to-go-the-opposition/

alhusseyn said...

Nshinah,orang-orang Cina di Malaysia menolak MCA walaupun MCA parti Cina kerana MCA rasuah.Tidak mungkin MCA dan DAP akan bersama kerana DAP(rekod sehingga kini) tidak mengamalkan rasuah.Ternyata orang Cina menyokong parti diantara MCA dan DAP adalah berdasarkan perjuangan parti, bukan kerana bangsa.Begitu juga kenapa mereka (Cina) memberi sokongan kepada Melayu samada Melayu PKR atau Umno adalah disebabkan perjuangan mereka yang mahu membenteras amalan rasuah.

Tetapi sikap orang-orang Melayu masih percayakan pemimpin Melayu Umno yang mendabik dada memperjuangkan Islam dengan slogan 'Hidup Melayu' tetapi mengamalkan korup yang sangat dilarang oleh Islam.Ramai yang terpedaya dan terpengaruh dengan ucapan rethorik Umno yang dicanang melalui mass media elektronic dan akhbar yang dikuasai oleh mereka.Malah Umno merasuah ramai pengundi supaya mengundi Umno.Dan Melayu yang dapat sedikit 'gula-gula' ini sebenarnya menggalakan amalan rasuah dalam Umno.

PAS tidak akan bersama Umno selagi Umno tidak mahu meletakan Islam sebagai wadah perjuangan.Dengan menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan, tentunya rasuah dan kerja-kerja mungkar yang lain tidak akan menjadi amalan.Menyuokong Umno bererti menyokong kemungkaran.Bersama Umno bereti bersubahat dgn kerja-kerja mungkar dan kemaksiatan Umno

Afiq hazwan said...

I'am a supporter for pakatan rakyat's causes for a clean country but butoh babi gila pundek bila ada yg cakap DAP tak rasuah . Guess they turn blind eyes to all those scandals .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...