GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, June 29, 2013

Alangkah baiknya sekiranya penjualan rokok juga turut diharamkan! Ada beranikah?

Saya agak tertarik dengan fatwa terbaru Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok . Baca di sini 

Saya tertarik kerana pengharaman tersebut melibatkan penjualan alat tersebut. Tetapi kepada saya fatwa pengharaman menghisab shisha ini bukanlah perkara baru.

Bahawa Majlis fatwa kebangsaan telah mengharamkan rokok . Pengharaman rokok ini sudah barang tentu melibatkan cara-cara lain menghisap tembakau seperti rokok daun nipah gulung dan menghisap paip.

Shisha juga adalah salah satu peralatan untuk menghisap tembakau. (Ianya juga boleh digunakan untuk menghisab hashis atau ganja dan juga candu.)

Maknanya, fatwa pengharaman tersebut bukanlah perkara yang baru kerana ianya termasuklah juga dalam fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan rokok.

Cuma yang bagus tentanganya ialah kerana ia turut mengharamkan penjualannya. Alangkah baiknya sekiranya penjualan rokok juga turut diharamkan! Ada beranikah?

Mengenai amalan bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi mengenakan bayaran, saya setuju saranan Mufti tersebut supaya wang tersebut disiasat kemana iannya dipergunakan.Kalau untuk kepentingan agama, teruskan!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...