JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, June 18, 2013

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Pasca PRU-13 .....

Kali ini telah sampailah masanya yang ditunggu-tunggu...Penganugerahan Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Pasca PRU-13. Pihak penganjur telah memilih 3 orang calon terbaik  bagi pemilihan peringkat final ini. Calon-calonnya adalah ……… Trrrrrrrrrr……..chissssssss! 


1) Mewakili SPR, Pengerusinya sendiri, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dalam filem ‘Dakwat Kekal Tahan Tujuh Hari’ Antara dialog beliau dalam filem komedi ini ialah:
 “Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak."
Episod terbaru, baru sahaja tersiar  di media-media tempatan sinopsisnya seperti berikut :
Lihat previewnya di sini



2) Mewakili Umno, Dato Zahid Hamidi dalam filem Jangan Lukai Hati Masyarakat Cina. Tayangan Perdananya baru sahaja diresmikan oleh Lim Kit Siang bersama anaknya, Lim Guan Eng di Bangunan Umno Pulau Pinang baru-baru ini.

Serbuan peminat menggegarkan bangunan Umno tersebut hingga menyebabkan bahagian penebat kilatnya runtuh mengakibatkan kerosakan besar dan melibatkan kehilangan 2 nyawa.

Antara dialog beliau dalam aksi filem purba ini ialah :
“Sesiapa yang enggan menerima sistem pilihanraya di Malaysia boleh meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan Pilihanraya mengikut kehendak yang digemari," Lihat previewnya di sini

3) Mewakili PAS, Timbalan Pemuda, Ust Nik Abduh dengan filem ‘Teksi ke Parlimen’ arahan Nasrudin Tantawi, ketuanya sendiri. Dalam filem penuh aksi tanpa suara ini, hanya terdapat subtitles yang bertulis : 
YB Ustz Nik Abduh Nik Abd Aziz menahan sebuah teksi di Kuala Lumpur. Selamat berjuang YB ….
Maaf kerana Preview filem asalnya sudah tidak dapat dikesan lagi...Tapi kalau nak tengok hadiahnya sila klik di sini

Dan pemenangnya ialah ........……… Trrrrrrrrrr……..chissssssss!


Comments
1 Comments

1 comment :

Amuraria said...

KAKI KELENTONG ,KAKI SELEWENG,KAKI FITNAH,KAKI PEMBOHONG SEMUA ADA DI NEGARA BERNAMA mALAYSIA !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...