GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, June 26, 2013

Benarkah ini semua kerja-kerja khianat PAS dalam PRU-13?

Berikut saya angkat dari komen pembaca artikel dari blog Khalid Samad di sini. Tulisan Khalid, seperti biasa adalah menarik untuk di perhatikan. Saya dapati komen dari pembacanya juga menarik.Saya kopipes dan perbetulkan mana-mana ejaan yg perlu dibetulkan sahaja tanpa mengubah yang lainnya. 
Mat keluang said...
Salam Khalid.

Awak memang seorang pemimpin PAS yang progressive. Teruskan pejuangan ini di selangor dan diharap pemimpin PAS di negeri lain akan mengikut apa yang berlaku di Selangor.

Kekalahan ramai calon calon PAS di Kedah saperti Mat Sabu kerana orang PAS sendiri tidak mengundinya.
Mereka berpecah dan menuduhnya ahli Syiah.

Kekalahan Saifuddin di Kulim kerana orang PAS tidak menggundinya juga kerana PAS berpecah.

Kekalahan 3 Kerusi Parliment PKR di Kelantan juga menjadi tanda tanya. Ini kerana semua calon PAS di kerusi dewan undangan Negeri menang.

Kekalahan calon PKR di Bagan Serai,Perak juga kerana orang PAS tidak menggundinya.

Kekurangan jumlah undi Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim yang melawan Dr Mazlan,bekas orang kuat PAS adalah kerana orang PAS tidak mengundinya.Bila ditanya kenapa.Mereka berkata ada arahan dari ibu pejabat PAS untuk menggundi Dr Mazlan. Anwar perlu di kalahkan supaya Ustad Haji (Hadi?~ alHusseyn) boleh menjadi Perdana Menteri.

Orang PAS perlu mengubah sikap yang tidak ikhlas kapada yang lebih ikhlas jika mahu menewaskan BN/ UMNO.

Saya tertarik dengan ulasan Harun Din kenapa PAS tidak boleh berkerja sama dengan UMNO.Pada tahun 1970 apabila UMNO lemah mereka menjemput PAS menyertai BN.Asri setuju. Apabila UMNO kuat mereka mengusir PAS dari BN. PAS terpaksa menunggu sahingga tahun 1990 untuk menawan samula Kelantan.

Tun Mahathir memberi komen dalam blognya bila di tanya kenapa BN mengusir PAS dari BN.Katanya Dato AsriI sabagai Menteri Tanah dan Galian telah mengunakan pengaruhnya untuk menubuhkan banyak ranting PAS di kawasan Felda. Kenapa marah Dato Asri. Bukankah ianya rakan kongsi dalam BN.

PAS memerlukan satu revolusi mental yang segera untuk mengasingkan orang orang saperti Hassan Ali dari menguasai fikiran orang orang PAS.

Wassalam.

 June 25, 2013 at 9:12 PM
Comments
9 Comments

9 comments :

anak jawa johor said...

Assalam. kekalahan pas di kedah kerana kuasa ringgit yang ditaburkan awalx oleh UMNO dan duit Mahathir kerana melayu sudah lupa Dan seeing dibeli

Yong said...

Salam al-Husseyn

N3 ini buat Yong sedih

Bukan sedih sebab PAS/PKR kalah, tetapi sedih jika punca kekalahan itu benar.

PR perlu membersihkan dirinya dari pemimpin seperti itu. Yong kata PR - maknanya PAS, PKR dan DAP. Mungkin nanti PSM.

alhusseyn said...

Salam anak jawa Johor, walaupun Azizan, bekas MB berkali-kali kata tiada masalah kewangan, ko tahu tak, pada 4 Mei, kakitangan KUIN masih tidak dapat gaji mereka.Ko ingat 5 Mei,keesokan hari mengundi ~diaorang tu akan mengundi PAS kah? Untuk sedikit pencerahan sila klik di sini

alhusseyn said...

Salam Yong, saya harap berita ini tidak benar.Sekadar untuk direnung dan dikaji.Hari ini jom kita sama-sama buat kajian mengenainya.Kalau tidak betul, saya akan katakan tidak betul.Kalau betul, saya akan berdiam diri.Kah! kah! Kah! Aku tidak mahu nanti dituduh mahu meruntuhkan jemaah pula, kan?

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum,

Bagi saya, banyak tuduhan tu lebih bersifat persepsi!

Apa yang berlaku di Permatang Pauh adalah kerana masalah dalaman PKR Permatang Pauh, tiada kena mengena sabotaj dari ahli PAS, dan tiada pun pergolakan berlaku antara PAS dan PKR di DUN Penanti, DUN Seberang Jaya, dan DUN Permatang PAsir di Kawasan Parlimen Permatang PAuh. Semuanya tenang, yang tidak tenang adalah krisis dalaman PKR Permatang Pauh berkaitan pemilihan CALUN PKR DUN PENANTI yang mendapat tentangan hebat dari kalangan ahli Parti PKR Permatang Pauh.

MAKA cerita mengatakan arahan PAS Pusat untuk tidak mengundi DSAI itu saya fikir satu fitnah ke atas PAS Permatang PAUH.

PERLU JUGA DIJELASKAN bahawa PAS PERMATANG PAUH boleh dikatakan menjadi penggerak utama berkempen membantu calun PKR DUN Penanti. Ketua Pengarah PACA DUN Penanti adalah orang PAS. Wakil calun PKR DUN Penanti juga adalah orang PAS. Orang PAS "terpaksa" membantu kerana calun tersebut ditentang hebat oleh ahli PKR sendiri.

YG MENJADI PERTIKAIAN ANTARA PKR DAN PAS ADALAH ISU DUN SG ACEH....

drlangitbiru penang said...

Bagaimana ke s pertindihan kerusi di DUN Terengganu?

Seperkara yg perlu maklum, keputusan Majlis Pimpinan PR, telah bersetuju tentang pembahagian kerusi.

DUN Kota Damansara, PKR
DUN Sg Aceh, PKR

TAPI KEDUA-DUA DUN tersebut, PAS "buat kacau" meletakkan calunnya.

DAN DI DUN TERENGGANU, SEMUANYA PAS SEPATUTNYA BERTANDING.

2 hari sebelum penamaan calun, secara tiba-tiba PKR Terengganu mengumumkan mereka akan bertanding di 4 DUN iaitu, DUN Bandar, DUN Seberang Takir, DUN Bukit Besi, dan DUN Kota Putra.

Pengumunan tersebut mengejutkan PAS Terengganu.

DAN pertindihan itu juga belaku di kota Damansara dan Sg Aceh, ada kemungkinan rentetan kepada apa yang berlaku di terengganu.

Akhirnya, Terengganu mengekalkan PKR bertanding di DUN Bandar oleh Azan Ismail. 3 DUN lagi ,PAS bertanding.

Bagaimanapun, di DUN Bandar, PKR sendiri tak ada satu cawangan pun di DUN Bandar!!! Semuanya bergantung kepada jentera PAS!

alhusseyn said...

Salam drlangitbiru penang
Adalah menjadi kebiasaan pertelingkahan berlaku untuk mendapatkan tempat. Tetapi apabila keputusan muktamad tercapai, keputusan tersebut perlu dipatuhi.

Saya dapati tidak ada berlaku pertindihan calon Trengganu ~ di 4 DUN iaitu, DUN Bandar, DUN Seberang Takir, DUN Bukit Besi, dan DUN Kota Putra.

Dilaporkan bahawa Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah memberi 'lampu hijau' kepada PKR Terengganu bertanding di tiga DUN berkenaan walaupun Abdul Hadi telah mengumumkan calon Pas kerana mereka sebenarnya belum diberi watikah pelantikan.
Artikel Penuh: di sini

 2) Berlaku pertindihan calon di Kota Damansara dan Sg Aceh . Ternyata PAS tidak mematuhi keputusan Majlis Presiden PR di kedua-dua tempat terlibat dan mereka mendapat watikah dari pintu belakang, tidak melalui Setiausaha sebagaimana calon-calon PAS yang lain di Malaysia! Boleh baca penerangan di blog Khalid Samad

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum al-Husseyn,

Bertukar-tukar maklumat dan berdiskusi sangat baik untuk menjernihkan suasana dan mencerahkan mana yang gelap, alhamdulillah.

Mengenai DUN Terengganu tersebut, saya mendapat maklumat terus dari Terengganu, iaitu pada masa PKR Negeri mengumumkan nama nama calun mereka, kesemua calun-calun PAS di 4 kawasan tersebut sudahpun mendapat watikah dari PAS Pusat (cuma belum membuat peristiharan terbuka sebagaimana PKR buat!).

Wallahualam.

ps Bagaimana DUN Kuala Besut?
Azan Ismail buat kenyataan, PKR mohon bertanding.

drlangitbirupenang (Kawasan Permatang Pauh)

alhusseyn said...

Salam drlangitbiru penangBagaimanapun, di DUN Bandar, PKR sendiri tak ada satu cawangan pun di DUN Bandar!!! Semuanya bergantung kepada jentera PAS.
================================
Kerja sama antara PAS dan PKR akan memberi keuntungan secara menyeluruh di seluruh negara.Kebijaksanaan mengatur dan bertolak ansur sangat-sangat diperlukan. Dalam hal ini, terpulang kpd keputusan rundingan yg telah dibuat.

Sudah barang tentu PAS telah membawa alasan yg kuat (spt yang anda sebut itu) untuk bertanding di Dun Bandar tersebut.

Tetapi mungkin atas dasar maslahat lain, PKR diberikan tempat itu.Saya tidak tahu atas faktor apa pula.

Bertelagah sebelum itu (sebelum diputuskan) tidak mengapa.Tetapi apabila keputusan telah dibuat, wajiblah kita patuhi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...