GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, June 27, 2013

Bicara seorang anak muda peserta Blackout 505

Ada juga orang mahukan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya supaya 
ikut baring bersama anak-anak muda di luar parlimen ....adush! 
 
Di himpunan Padang Merbuk 22 Jun yang lalu, saya telah di hampiri oleh seorang anak muda yang memperkenalkan dirinya sebagai peminat blog al-Husseyn. Saya ketika itu duduk berehat sorang-sorang memerhatikan gelagat manusia disekeliling kawasan itu. Beliau memperkenalkan dirinya dan kami berbual berbagai topik. Banyak maklumat yang beliau sampaikan menyebabkan saya lebih banyak mendengar.

Petang ini, bila aku buka email, ada email dari anak muda ini. Saya rasa ingin kongsikan curahan hati dan pengalaman anak muda ini bersama pembaca blog alHusseyn. Sedikit sebanyak, saya mempunyai pandangan yang sama dengan beliau mengenai sekumpulan anak muda yang agak lebih agressif dalam tindakan mereka.

Memandangkan gelagat anak-anak muda tersebut, saya merasakan ledakan anti establishment ini semakin membara dan corak politik kita dimasa mendatang ini akan turut berubah dan akan menuntut tindak-tanduk yang lebih berani dan praktikal.

Aku setuju dan mahu ikut seperti apa yang Khalid Samad pernah kata, "Kita lawan di Parlimen, di luar kita lawan, kita lawan at all level, tetapi jangan kita serah pada dia apa yang dah kita menang.." Orang muda janganlah nak ajak Anwar Ibrahim suruh sama-sama baring atas jalan raya pula....

Orang tua macam aku ini rasanya  tidak akan mampu untuk bersama menurut rentak mereka. Namun, aku akan terus memberi sokongan kepada perjuangan mereka.Harapan aku, semoga PAS dapat menghampiri golongan anak-anak muda ini supaya dapat dibimbing dan tarbiyahkan agar mereka terus berada diatas landasan perjuangan yang diredhai Allah.

Saya merakamkan terima kasih saya kepada anakanda Ehsan, kerana menghantar email berikut : 
Salam Cikgu,

Suara rakyat 505 secara fiziknya berakhir di padang merbok 22hb jun itu hari. Namun ada dua kesaksian diterjemahkan pada pagi 24hb jun iaitu acara majlis angkat sumpah 222 mp dan tunjuk perasaan dari rakyat yang diwakili beberapa ngo2 yang menuntut agar pengerusi dan anggota spr meletak jawatan. Pagi itu agak dramatik dengan suasana jerebu hingga membuat mata pedih dan sedih.

Sebelum itu saya mahu memperkenalkan diri saya pada cikgu. Terus terang saya memang meminati post dan entri dalam blog Al hussyen. Saya tak pernah kenal latar belakang cikgu, cuma saya minat dan sokong pemikiran cikgu dlm blog Al hussyen dan member2 blogger lain.

Nama saya ehsan, full name nya Ahmad Ehsan bin Samaun. Saya bukan siapa-siapa pun. Saya tidak sempat berpartisan dan terus terang saya tidak pernah mengundi. Profesion saya hanya buruh kasar di pelabuhan klang (Operasi kapal wharf ke yard). Senang cerita saya ini sebagai pemandu lori kontena di dalam pelabuhan.

Keluarga saya? Bapa saya seorang ahli pas veteran. Saya berbangga dengannya kerana dia adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan PAS Kawasan Shah Alam pada tahun 1975. Ketika tahun kelahiran saya. Ketika itu pas shah alam tiada markas, maka rumah bapa saya menjadi tempat mesyuarat dan usrah.

Saya kini tinggal di Sungai Udang Klang ,di Dun Selat Klang . Ibubapa saya di Padang Jawa,Dun Batu Tiga yang dulunya sempadan antara kawasan Klang dan Pj. Selepas itu bertukar klang dan Shah Alam. Kini jadi bawah Shah Alam. Ok la tu,maka menjadilah saya sebagai masyarakat melayu dipinggir kota.

DEMONSTRASI?

Saya sudah biasa, ketika kecil bersama bapa, ketika awal perkahwinan bersama isteri ,ketika diri menjadi bapa membawa bersama anak2 . Sebenarnya dah boring dengan demo-demo ni, dan aksi di padang merbok mungkin menjadi yang terakhir. 2 hari di sana saya banyak dapat meluahkan apa yang terpendam dalam diri tentang politik Malaysia hari ini.

Saya bukan dapat berbicara dengan cikgu sahaja malah dapat berbicara dan bertukar pendapat dengan banyak orang yang ternamalah juga. Antaranya Tian Chua, su politiknya rozen,Aru, isham, Abd Malek Husin, chegu bard , Adam adli, adukataruna dll. Cuma spoilnya 2 orang yang namanya ustaz marzuk dari Kelantan tu.Sombong dan merak. Sorang lagi si Leman Raja Lawak…asyik melawak aje, masa orang merempuh polis dia entah kemana. Komidi betul mamat ni. Sesuailah duduk dalam parti pas pimpinan Dato Seri Hj Hadi.

DEMONTRASI HUTAN BATU, DEMOKRASI HUJAN BATU

Apa yang saya lihat siri-siri demontrasi di Malaysia ni membudaya di tengah bandar sahaja. Salah satu tuntutan popular ialah demokrasi. Namun semua itu tiada aksi. Aksi menyerah memorandum bantahan lepas tu balik dengan aman tenteram sesuai la dengan para2 pelakon politik partisan macam tantawi and the gang. Ini bukan aksi pelagak demonstran.

Pagi 24hb jun orang-orang muda (saya kira muda lagikan?) telah menunjuk aksi yang begitu berani dengan merempuh halangan polis di laluan bangunan parlimen. Cuma saya sedih juga kerana tidak dipilih untuk ditahan walaupun memang bergelut dengan 5 polis yang lawan saya sorang. Saya juga tak sangka beberapa orang pergi menyerah diri. Pada saya nak tahan saya, rantai saya dulu. Untuk menyerah no way man!

Saya ada pandangan saya sendiri terhadap kumpulan yang berkhemah di padang merbok ni. Terus terang saya cakap muamalat dalam islamnya failed. Kadang-kadang timbul satu persoalan apakah pemuda2 pas yang kononnya kelihatan islam tidak mahu join atas sebab ini. Aktivitinya menyanyi,melawak dan makan minum. Rasanya dah macam hippies dan kekadang seperti di pesta woodstox. Solat, majority tak buat. Cuma yang best dengan golongan ini mereka amat terbuka dalam berhujah dan bertukar pendapat.

Yang saya cerita nama ustaz marzuk mp bachok tu solat dengan geng dia aje. Tidak mengajaklah dia pada belia2 di situ. Aktivitinya ialah bergambar…eleh! Nak masuk facebook la tu. Terus terang saya solat sendiri, tak mahu berimamkan orang macam tu. Dia sepatutnya ambil ruang dan peluang untuk berdakwah para demonstran2 ini. Bukan ambil kesempatan posing kat dalah khemah saya sambil aksi kepala terjulur dekat zip khemah. HA HA HA ! Apakah ini satu kegagalan 23tahun kelantan diketuai tok guru atau kegagalan parti islam semalaysia melahirkan ahli yang islamik selama 60 tahun lebih ini. Si member parlimen ni pun pulang setelah lewat malam. Tidor kat hotel la tu.

Kumpulan ini saya lihat memerlukan pemimpin yang hebat. Sebenarnya fenomena ini berlaku bukan pada anak-anak muda ini, ia berlaku juga pada parti2 politik, ngo dan pelbagai sudut aspek kehidupan lain. Termasuklah juga hal kelayakan Imam solat jemaah. Abd Malek Husin berkata pada saya . “revolusi tidak akan terjadi dalam masyarakat yang penuh kejahilan, maka kesesuaian di Malaysia ialah reformasi”. Saya jawap ringkas “ reformasi sudah gagal bila pemimpin itu beranggap rakyat bodoh untuk menilai perbuatannya.

Persoalan di sini Anwar menghadapi masyarakat yang ingin sebuah revolusi, masyarakat ini jumlahnya kecil lagi dan sudah tentu mereka ini bukan kalangan masyarakat yang jahil. Revolusi Ibrahim tidak menunggu masyarakat menjadi majority. Begitu juga Revolusi Muhamad dengan contoh tentera badar hanya 313 saja. Macam yang saya kata pada cikgu kat tiang gol padang merbuk itu hari, Mahathir menghadapi rakyat yang jahil, Anwar menghadapi masyarakat yang berpengetahuan.

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...