KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Sunday, June 02, 2013

Bila Tuan Guru Nik Aziz sudah tiada lagi .....

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Tuan Guru mengingatkan kita semua bahawa Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya,selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi. Baca di sini

Tapi apa akan terjadi bila Tuan Guru sudah tiada lagi? Apakah usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno boleh diteruskan?

Mungkin ada yang kata, tidak mungkin perkara tersebut akan berlaku. Bahawa penyatuan Umno dan PAS hanyalah spekulasi dari kalangan bloggers yang jahat dan dari kumpulan yang suka mengadakan fitnah…bla..bla..bla….

Apa jaminan bahawa usaha kearah tersebut tidak akan berlaku di masa hadapan bila Tuan Guru Nik Aziz sudah tiada lagi?

Dan kenapa Tuan Guru tiba-tiba sahaja mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Sudah tentu Tuan Guru amat menyedari mengenai adanya perancangan tersebut dan komplot tersebut masih lagi tidak berputus asa, malah masih meneruskan agendanya.

Kenyataan Tuan Guru itu adalah gambaran kegusaran yang bukan kepalang kerana yang terlibat dengan komplot ini bukan calang-calang orangnya.

Semangat Melayu ~ Umno dan PAS di Pulau Pinang

Ia melibatkan beberapa pimpinan tertinggi parti sendiri. Tentu korang masih ingat, suatu ketika dulu Tuan Guru sendiri pernah dilaporkan mencadangkan diadakan muktamar khas.

Beliau dilaporkan mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin yang bermasalah. Baca di sini 

Geng Perpaduang ini mahukan perpaduan PAS dengan Umno atas dasar semangat penyatuan orang Melayu.

Namun bukan calang ramai yang cuba membela presiden yang mencetuskan idea Kerajaan perpaduan atau 'Kerajaan Tanpa Pembangkang' itu.

“Korang tak faham ‘Kerajaan Perpaduan’ yang Tuan Guru Haji Hadi lontarkan itu. Korang buat spekulasi dan fitnah!”

Demikian macai-macai cuba membela Presiden parti. Macai-macai yang cakap itu pun macam bagus sangat dan tahu apa bendanya. Pada halnya Haji Hadi sendiri tidak pernah memperjelaskan secara terperinci kepada masyarakat didalam media cetak pro PAS. Biar aku beritahu macai-macai Geng UG ni.

Memang aku sendiri tak faham! Malah ramai kalangan jemaah yang tidak faham. Pernahkah Presiden menganjurkan supaya parti  mengadakan suatu kongres wacana pemikiran mengenai "kerajaan perpaduan" ?

Berilah penerangan kepada ahli di pelbagai peringkat supaya ramai ahli jemaah yang tidak jelas akan kefahaman fikrah tersebut. Ini adalah tugas kepimpinan tertinggi parti untuk mempastikan ahli-ahli di semua peringkat memahaminya .

Siapakah yang akan berani menyanggah kalau bukan 
Tuan Guru Nik Aziz.Tapi bila beliau sudah tiada ...

Di samping itu, pemikiran di peringkat akar umbi juga perlu mereka dengar. Tetapi sikap Haji Hadi Awang secara semborono menyalahkan orang pas dan orang ramai, malah pimpinan-pimpinan PAS yang lain kerana tidak membaca buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.( Dia orang baca Mangga? Kah! kah! kah!)

Sila rujuk youtube ini pada minit 0:36. Aku janji akan mengulas mengenai ucapan Haji Hadi dalam You tube ini di lain entri bagi membuktikan pembohongannya itu.

Apa yang saya fahami dan sebilangan besar orang yang menentang gagasan lontaran idea Haji Hadi ini ialah, melalui sikap yang dipaparkan oleh dua orang kuat penyokong UG ini , salah sorangnya telah ditendang keluar PAS, Hasan Ali dan seorang lagi ialah bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa; dimana kedua-dua orang ini masih menyeru ‘Perpaduang’ PAS dan Umno atas nama Melayu!

Takkanlah mereka berdua ini tidak faham Unity Government yang cuba ditaja oleh Haji Hadi?

Kalau mereka pun tak faham, janganlah salahkan akar umbi macam aku ni! Tapi sekali lagi aku tanyakan, takkanlah Hasan Ali dan Nasharudin tak faham.

Mustahil sangat kalau mereka berdua itu tidak faham. Tapi kalau faham pun, kenapa mereka masih menyeru kearah perpaduan Umno dan PAS atas dasar Melayu? Adakah memang begitu? Sila lihat Nasharudin Mat Isa di sini dan Hasan Ali di sini
Comments
7 Comments

7 comments :

Popov said...

Sekarang pun dah nampak PAS kelam kabut enath apa akan jadi tak lama lagi ???????????

awekaste said...

Salam

Perpaduan yang ditawarkan oleh umnobn adalah diibaratkan seperti melepaskan buaya yang tersepit.

Renung2kanlah.

cikmatgelap said...

yg sedih nik abduh tu nampak ke arah ug

Sabina45 said...

Memang itulah yang ditunggu-tunggu oleh puak-puak yang ingin sangat-sangat bersatu dengan UMNO mereka-mereka ini sentiasa saja berdo'a agar Tok guru DNA cepat-cepat berundur dari arena politik dan tidak terlibat secara langsung dalam parti supaya segala agenda tersirat dapat diteruskan seperti yang telah dirancangkan, tunggu dan lihat bagaimana nanti muslihat yang dimainkan oleh kuncu-kuncu presiden parti, untuk tidak menampakkan keterlibatan ahli tertinggi dalam parti, kuncu-kuncu ini akan menampilkan kerjabuat yang tidak akan diketahui umum,sebaliknya media musuh akan memainkan peranan yang boleh mengubah fikiran ahli parti untuk berfikir kelojikkan berita yang dihebahkan,tunggu dan lihat mereka ini hanya menuggu sa'at untuk bertindak saja.

ss said...

lihat saja forum politik dh mcm perang sedara. pro ug menunjukkan wala' pada pemimpin dgn membelasah anwar/pkr setelah tghh dikritik. ada cadang suruh revise pas dlm pr. ye la pkr ada pincangnya, tp undi yg pas dapat bukan sbb rakyat buta2 nk sokong pas, tp nk tolak bn.

alhusseyn said...

PAS jadi bercelaru kerana sikap segelintar ahli cuba menafikan ttg adanya komplot UG ini.

alhusseyn said...

PAS perlu singkirkan pemimpin yang berpura-pura bencikan Umno, tetapi dalam hati mereka memendam rasa nak jadi menteri ini dan menteri itu.Pemimpin yang lain di mulut, lain dihati ini ramai dalam PAS.Mereka ini belum pernah lagi di uji dgn ISA umpamanya dan duduk jauh-jauh dalam gerakan rakyat.Cakap pandai tapi mcm tin kosong!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...