JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, June 05, 2013

'Black505' 15 Jun - PAS akan bersama di Merbok !

Tahniah diucapkan kepada PAS pusat kerana akan mengarahkan kepimpinan, ahli dan penyokong PAS untuk bersama-sama perhimpunan 'Black505' yang akan diadakan di Padang Merbok 15 Jun nanti.
PAS menegaskan parti itu menyokong penuh perhimpunan 'Black505' bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata, kepimpinan PAS sebulat suara menyokong keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat baru-baru ini terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan menyertai perhimpunan yang dikenali 'Black505' bagi membantah dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya.

 Sebaliknya Harun menegaskan bahawa PAS akan memberi tumpuan memperkasakan parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Baca lagi di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

bat8 said...

Tuan,

Din Ayam dan Ketua Dewan Ulamak PAS tak payah la turun 15 jun ni kerana sebok nak memerkasakan parti mereka ( UMNO) yang akan menghadapi PAU bulan oktober nanti.

ss said...

ciss..siapa yg pegi memang parasit dan ejen parasit, tak wala', kurang Islamik, hati gelap sbb tak redho kalah, dan anti ulamak http://suwaritimur.blogspot.com/2013/06/harun-taib-agen-ug-umno.html?showComment=1370523210559#c3109140419857113384

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...