GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 02, 2013

Dua soalan Cepu Emas untuk Geng UG.

Berikut adalah transkrip ucapan Tuan Guru Nik Aziz dari videoklip yang telah dinaikan di Youtube (di bawah) pada 17 Jun 2009. Sila perhatikan:

[Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Isu kerajaan Perpaduan bukan cadangan PAS mahupun Pakatan Rakyat , tetapi hanyalah cadangan peribadi orang tertentu. Bercakap kepada media selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau berkata , tidak betul jika Perdana Menteri menganggap PAS bersetuju sedangkan parti tidak pernah bermesyuarat mahu pun membuat keputusan rasmi berhubung perkara itu.]

 (0:36) ~ “Isu perpaduan ini bukannya datang daripada PAS, tetapi lontaran drp peribadi tertentu. Bukan daripada PAS. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut PAS setuju, itu tak betul! Itu lontaran daripada peribadi ; dan juga tidak masuk dalam kertas agenda parti sendiri.

 “Parti PAS sendiri tiada agenda mesyuarat ; dan juga tak masuk dalam agenda mesyuarat Pakatan. Jadi dengan sebab itu, Pakatan pun tak tau, Pas sendiri pun tidak rasmi, maka bagaimana , apa nama …nak sebut PAS ? Tak boleh… Lontaran peribadi orang tertentu! “ ~(1:09)

[Mengulangi mewujudkan Kerajaan Perpaduan ialah kerja Boneka Umno, beliau juga berkata , sebarang cadangan perlu dibincang diperingkat parti dan Pakatan Rakyat sebelum diperbesarkan.]

(1:21) ~ “Benda dalam mesyuarat parti, yang keduanya Pakatan … Kalau PAS setuju, Pakatan setuju lainlah masalahnya…

“Tapi PAS pun tak dibincang, Pakatan pun tak dibincang, mana boleh kita nak besar-besarkan benda nih! Sebab itu saya kata ini kerja ini kerja boneka Umno! Saya ulangi lagi, ini kerja Boneka Umno!

“Kalau semua , semua setuju, Pakatan setuju, PAS setuju, maka semua jadi ..apa nama ni.. anggota kerajaan. DAP akan menjadi Menteri, PKR akan jadi Menteri , PAS akan jadi Menteri , Umno terima, baru benar-benar perpaduan.

“Ini bukan perpaduan, ini pemecahan.Umno sekarang berpesta , pesta bahawa PAS dah masuk perangkap! PAS sama PAS dah kalut, PAS dengan Pakatan kalut… jadi sama PAS dah berpecah … apa ... celarulah bukan pecah, dok, celaru!

“Dan PAS dgn Pakatan dah jadi celaru. Jadi ini, Umno sudah berjaya … berjaya memecah belahkan orang PAS. Alhamdulillah dapat dibendungkan melalui kenyataan saya baru…(tidak jelas). “Tak boleh terima, ini orang Boneka Umno, sudah! “ ~ (2:22)

[Ujarnya juga, jika benar Nasharudin Mat Isa bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan, Timbalan Presiden PAS itu wajar menyertai Umno dan meninggalkan PAS.]

(2:33) ~ “Kalau… kalau benar , Timbalan, apa nama ni… Nasharudin, kalau benar Nasharudin nak setuju, lebih baik dia masuk Umno! Terus terang saya sebut, lebih baik dia masuk Umno! Terang!

“Dia letak jawatan ni.. apa ni.. jawatan dia di Bachok, dia bertanding ... apa dia buat sampah nih? Nyusahkan orang!

“Dia tak tahu, bagaimana susahnya saya , datang telipon, datang apa nama ni… jumpa sendiri nangis-nangis, sebak-sebak orang Kelantan… dua Kelantan, jumpa saya sebak … tengah orang tu datang tak boleh nak cakap depan saya , sebak, tak boleh nak kata apa! … Apa cerita nih!

“Dia masuk Umno, senanglah! Daripada duduk dalam PAS nak menenggek dalam PAS, tak boleh! “Tadak moral! Kita panggil.” ~ (3:13)

[Terdahulu Nik Aziz membidas Utusan kerana melaporkan berita palsu kononnya beliau memaksa pemimpin PAS mendengar nasihatnya berhubung isu Kerajaan Perpaduan. Ekoran itu tindakan saman telah difailkan terhadap akhbar berkenaan.]


Tetapi kenyataan TGHA yang dibuat di sini sebelum itu iaitu pada Apr 19, 2009,telah menyatakan bahawa kononnya :

 (2:30) ~ "Yang sebenarnya, Unity Government kita bincang dalam ... dalam err...  dialog politik dikalangan kepimpinan PAS.Kita telah membincang semua aspek ...errr..aspek Barisan Nasional, espek kerajaan campuran, termasuklah Unity Goverment. Ini juga menjadi perbincangan.Termasuklah espek Undi Tidak Percaya.

 "Unity  Government yang saya kemukakan masa err... Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, ini disokong oleh PKR, disokong oleh DAP .... dan err... DAP dan PKR bersetuju! ~ (2:59)

Dua Soalan Cepu Emas untuk Geng UG

1. Kalaulah benar seperti akuan TGHA bahawa ianya pernah dibincangkan di kalangan pimpinan PAS, kenapa pimpinan PAS yang lain terutamanya Nik Aziz sendiri tidak tahu menahu mengenainya?

2. Kalau benar DAP dan PKR bersetuju, apasal Lim Kit Siang menafikan mengenainya dengan kenytaan berikut :

Firstly, that the question of unity talk to form a Pakatan Rakyat-Barisan Nasional government never arose or discussed at any Pakatan Rakyat leadership meeting.
(Pertamanya, persoalan mengenai cakap-cakap uniti untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat-Barisan Nasional tidak pernah timbul atau dibincangkan di mana-mana mesyuarat pimpinan.)

Secondly, on the so-called unity talks to form Umno-Pas government, it is something I read in the media. The subject was never discussed or raised in any PR leadership meeting.
(Keduanya, mengenai apa yg dinamakan cakap-cakap uniti bagi menubuhkan kerajan Umno-PAS, ia adalah perkara yang saya baca di media. Perkara tersebut tidak pernah dibincang atau dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat/perjumpaan pemimpin PR) Sila baca di sini

Aku tidaklah nak kata Haji Hadi tu pembohong.Tak tergamak aku nak kata gitu kat seorang ulama pewaris anbia' sepertinya.Terpulanglah kepada korang. Aku takut kalau-kalau tak dapat cium bau syurga nanti....

Sejahat-jahat aku pun, taklah merosakan orang ramai sebagaimana sabda Rasul saw yang maksudnya : Ada 2 golongan di kalangan manusia, kalau 2 golongan itu baik maka baiklah semua manusia, kalau 2 golongan itu jahat maka jahatlah manusia, iaitu para ulama dan pemimpin.

Kita berdoa agar Allah selamatkan kita semua dari dua golongan yang jahat tersebut.
Comments
9 Comments

9 comments :

Amuraria said...

join umno atau UG bermakna lingkop lah parti islam ! ABU jangan lupa !

alhusseyn said...

Allah akan tetap memberikan jalan bagi pejuang Islam yg ikhlas, insya'Allah. Yang bathil pasti akan pergi dan keciciran di sepanjang jalan.

mohamad adel said...

kesian kat orang bawahan..............kena pemain dek Pemimpin.

Muhammad Asif Barqiah said...

Biarlah mereka join UMNO atau BN. Biar SI LUNCAI TERBANG DENGAN LABU-LABUNYA....biarkan....biarkan....Kita bina saf-saf baru. Org UMNO yg tak suka UG akan keluar UMNO dan BN, orang PAS yg tak suka UG akan keluar PAS, semuanya masuk PR.....Kita buat lain....Lantik TGNA sebagai Khalifah...Husam, Salehuddin, Mahfuz, Tuan Ibrahim dan yang sewaktu pasti join...Insya Allah

Muhammad Asif Barqiah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Madie Abdul Halim said...

wah! wah! wah!
AlHussyen langgar cakap Nik Aboduh ke???

keh keh keh keh..

SysOp said...

Bhai Al Husseyn...

Aiyark... panas la ini hari... hahaha... puak-puak pencacai dan pembekap Hadi Awang mesti tak terkata aper punya....

Tapi biasa la... diorang kalu bab mengelat nombor satu... samer macam bos dier... hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

alhusseyn said...

Mana perginya Geng UG ni? Tak nampak bayang pun....tolonglah jawap 2 soalan cepu emas tu....tak kan itu pun tak boleh. Atau korang baru sedar betapa liciknya belut berlalu diatas lumpur? Ki!3

Abu Amin said...

Pas popular dan mesra rakyat dgn penggerak spt Mazlan, Khalid, Nizar, Suhaizan, yg kebetulannya bukan ustaz2. Menyedihkan kenapa golongan muda ustaz2 dlm pas tak de daya gerak hanya keluar bersuara membela diri dan Presiden.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...