JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, June 03, 2013

Geng UG mewarisi perangai jelek Umno - tidak boleh dikritik

(4:00) ~Bercakap ketika ditemui di rumahnya Jumaat lalu, beliau turut memperincikan bagaimana bentuk dan konsep cadangan kerajaan perpaduan sebelum ini.

1. “Unity Government ini, kerajaan Perpaduan ini yang melibatkan semua parti politik, tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan. Dan semua parti ini ada identity, ada saksiah, ada keperibadian. Dan dia berhak untuk membangkang. 

2. “Dimana Unity Government ini, membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan. Ini kita memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini, dimana orang Umno tak boleh bangkang parti dia. Kalau bangkang, kena pecat."~(4:39)

Lihat klip-videonya di sini. Apa yang menariknya mengenai Unity Government sebagaimana kata Haji Hadi ini ialah, sebagaimana terkandung dalam dua perenggan ungkapan diatas mengenai ‘Hak untuk membangkang’ atau bersuara. 

Tapi peliknya, geng UG ini, yang sepatutnya ada saksiah, ada keperibadian (sebagaimana ungkapan Haji Hadi di perenggan satu) gagal menampilkan gagasan tersebut bila Shamsul Iskandar mengeluarkan kritikan pedas terhadap Haji Hadi berhubung isu Kota Damansara. 

Ingatkan kelaku sebegitu cuma amalan tradisi yang hanya ada pada Umno sebagaimana dakwaan Haji Hadi di perenggan 2 itu.Rupa-rupanya geng UG pun sama-sama 2x5!

Amat malang sekali bagi pendokong UG sendiri kerana tidak dapat mempamerkan contoh saksiah kepada kita semua untuk diikuti.Konon berhak untuk membangkang?

Biarlah enggang sama enggang, mana nak sama dengan pipit ... begitulah kata pepatah... biarlah enggang sama enggang terbang bersama …. mana nak sama dengan si pipit, enggang tak kan boleh menjadi si pipit ... begitu juga pipit...

Tepat sekali kata pepatah tersebut bila melihatkan geng UG saling tak tumpah kelaku macam Umno.Patutlah mereka boleh bertemu dan berkomplot didalam gelap!
Macam-macam perkara ditimbulkan bila dikritik. Walhalnya, kalau semuanya akur dengan keputusan parti, perkara tersebut tentunya tidak timbul sama sekali. 
Khalid Samad menukilkan : Pada 2013 PSM telah didaftarkan. Maka pada ketika itu mereka ingin bertanding atas lambang PSM. Perkara ini, sefaham saya, telah dibawa ke mesyuarat PR. Keputusan mesyuarat PR pada ketika itu ialah sekiranya mereka bertanding atas lambang PKR maka status quo akan kekal dan mereka akan diterima sebagai calon PKR dan dengan itu calon PR. Dan ini dipersetujui oleh wakil PAS di dalam mesyuarat tersebut yang turut menegaskan supaya elak pertandingan 3 penjuru.

Sebaliknya, sekiranya mereka bertanding atas lambang PSM maka mereka tidak mewakili PR. Dalam keadaan itu PKR akan bertanding juga walaupun berlaku 3 penjuru! Yang akan bertanding melawan PSM pada ketika itu adalah PKR bukan PAS! PAS tiada kena-mengena dengan kerusi tersebut kerana ianya kerusi PKR. Itu yang dipersetujui oleh wakil rasmi PAS. Baca lagi di sini

Peliknya, apasal tiba-tiba Presiden sanggup 'mencemar duli' hingga sanggup menandatangani 'restu  watikah' untuk calon PAS bertanding di situ? 

Mungkin inilah yang dikatakan terlalu cerdik! Malaslah aku nak buruk-burukan mengenai kelaku Haji Hadi yang ramai orang dah nampak memang buruk itu.

Malanglah sekiranya ada kalangan orang PAS seolah-olah menganggap dia tu maksum hingga tidak boleh dikritik dan mahu mengangkat mertabatnya sebagai presiden seumur hidup. 

Aku cuma nak mengingatkan geng UG ni, bahawa sahabat nabi yang agong, Sayyidina Omar, ketika naik menjadi Amirul-Mukminin, beliau sanggup diluruskan dengan pedang, tapi ini, hanya seorang presiden parti Islam, baru di kritik dengan kata-kata sudah melenting dan kelam kabut tuduh orang macam-macam!
Comments
10 Comments

10 comments :

SysOp said...

Bhai Al Husseyn...

PAS Ganti UMNO bhai... PAS Ganti UMNO.... kena la ganti sebijik-sebijik.... hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

bat8 said...

Tuan,

Saya pastekan satu komen yang saya copy dari blog YB Khalid Samad untuk dikongsi bersama.
------------------
Khalid.
Jika ini sikap dan pendirian saudara dalam soal penentuan calum.saya tabik.
Tuan merupakan contok pemimpin PAS yang dinamik dan Ikhlas.

Bukan sahaja di Kota Damansara sikap orang PAS mengechewakan.Saya ingin memberi contok di kawasan Parliment lain dimana sikap pemimpin PAS dan pengikutnya menyebabkan kekalahan calun PKR dan PAS.

Di Permaang Pauh apabila Dr Mazlan bekas orang kuat PAS yang belot dan melawan Anwar,ramai orang PAS telah berkempen untok mereka menggundi Dr Mazlan,konon nya ini merupakan arahan dari Ibu Pejabat.Anwar perlu di kalah kan supaya Tuan Guru HADI President PAS boleh menjadi PM.

Akibat dai kempen ini ramai kawan kaan saya dalam UMNO bekata Anwar akan bekubor di Penatang Pauh.
Akhirnya ia menang tapi Undinya merosot 5000 .

Kedua kekalahan Calun PKR ,Saifuddin di Kulim Bandar Baru dan Ustad Yaakop calun dewan Negeri kerana irang orang PAS yang berpehak dengan kumpulan Faizaruradhi tidak memberi undi kapada mereka.Ini kerana adanya perpechahan antara Ustaz Azizan dan Faizaruradhi.

Bagitu juga dengan kekalahan Ahmad Sabu di Pendang dengan hanya 2000 undi.Ini nya akibat dia tidak di undi oleh oang PAS sendiri.Bagaimana Calon AS di Tokai boleh menang dengan 4000 undi dan di kawasan Tokai Ahmad Sabu hanya mendapat 2000 undi.

Kekalahan Md Noor Munity di Baan Serai dengan hanya 2000 undi juga di sebabkan orang PAS di kawasan itu tidak menggundi nya.

Bagitu juga dengan kekalahan 3 calun PKR d Parliment di Kelantan.Bagaimana mereka boleh kalah jika kesemua kerusi dewan undangan negeri di menangi oleh calun PAS.

Kekalahan PAS di Kedah tidak mengejutkan.Ini kerana sikap pemimpin PAS yang tidak tegas.
Dalam Pilehan Raya ini PAS merupakan rakan kongsi yang lemah dari segi ketegasan dan strategi.

Jangan marah kapada saya atau YB Khalid.jika PAS memerlukan respect dan kekuatan dalam melawan musoh,kita perlulah ikhlas dan tidak munkir janji.

Salam.
-------------end paste -------

2. Jika benar apa yang ditulis, kerja-kerja geng UG untuk menghancurkan Pakatan Rakyat bagi pihak UMNO tidak terhad di KD, Labuan dan Terengganu sahaja.

Tindakan sabotaj ini nampak meluas ke pelosok negara.

3. PAS nampaknya mempunyai masaalah yang besar di kalangan ahli partinya.

Tindakan-tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh anggota sebuah jamaah Islam yang dilakukan oleh sesetengah ahli PAS dalam PRU 13 lalu amat memualkan penyokong PAS dari pelbagai kaum yang terpikat dengan PAS apabila melihat PAS melalui keperibadian yang ditunjukkan oleh TGNA.

4. The ugly sides of PAS yang dipamerkan oleh pendukung-pendukung UG akan meminggirkan PAS di masa hadapan diarus perdana politik malaysia. Elok le PAS keluar dari Pakatan dan menyertai UMNO. Perangai hangpa 2 x 5 dengan UMNO je. PERIOD!

ss said...

salam. ketua pemuda pas pusat berkata pas tidak akan berdiam diri dgn kritikan amk terhadap tghh dlm isu pertindihan kerusi. dia menyatakan tak puas hati kerana kritikan itu dibuat secara terbuka dan boleh menimbulkan prasangka tidak baik. bagaimana pula kenyataan tghh ttg isu pertindihan kerusi kerana ujud calon pil kuda, calon penyembah lenin/stalin, calon tangkap muat yg dibuat secara terbuka dan tghh juga mengizinkan kenyataannya disiar dlm akhbar? kenapa tghh tak buat kenyataan secara tertutup? http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=b_hdPmJZNV0 tghh khuatir kalo calon2 pkr yg mcm ni menang, mereka akan bawa masalah. maka letak jugak calon pas, akhirnya bn yg menang. apakah teori din ayam memang benar? harap tidak.

B-SWAN-NONI said...

Geng UG antara punca utama kedah kena rampas.
Perangai teruk galahkan umno.

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

INI MENUNJUKKAN BAHAWA PAS ADALAH PARTI BIASA. AGAMA ADALAH ALAT PAS SEMATA MATA, BUKA MATLAMAT PERJUANGAN PAS!

AKUILAH KENYATAAN...

ulitmayang said...

PAS
- umpama dlm sabda Nabi
- ramai
- tapi mcm buih
- kosong
- kuat dgn semangat
- strategi hancur
- kesatuan dalaman rapuh

- umno sgt suka kalau ulamak yg pimpin parti
- umno buat salah , ahli tak berani tegur
- presiden buat salah , ahli ikut je

alhusseyn said...

Ulitmayang,tak nafikan PAS lebih kuat semangat dari strategi.PAS tidak akan menang hanya dgn ceramah berapi-api tanpa strategi yang tersusun.Ilmu pilihanraya ni terutamanya mengenai psy-war ulama kita kurang.Cakap mcm tu, tentu ada yg marah.Ulama bukan tahu semuanya dan ianya bukan ada dalam kitab-kitab feqah...ahli yg pandai pun tak berani nak buat teguran, nanti dituduh pula tidak beradap!

alhusseyn said...

ss, Terbukti kesalahan adalah dipihak kita kerana calon PAS Ridzuan Ismail dan penyokongnya gagal mengikut arahan Cikgu Pa supaya menarik diri bertanding di Dun Damansara atas alasan mendapat restu Hj Hadi, Hadi pula mendapat restu dari menantu kesayannya itu.Akhirnya yang mendapat restu adalah calon BN ~ bodohnya Presiden kita tu! Tapi tak mahu mengaku kesalahannya itu.

KUMPULAN EDARAN TOP GREEN SMART said...

ll

mohamad adel said...

alhussein...bila yg presideng kita tu pandai?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...