KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Thursday, June 20, 2013

Hello Azli Musa , ko pun terlepas bas juga?


Saya terus menghubungi Ust Azli Musa sejurus saya terbaca kenyataan beliau di Utusan Meloya melalui status di Facebook, mengenai kenyataan Husam yang bersabit isu 'pengkhianat'  sebagaimana 'screenshot' kat atas tu.

Saya mahu mempastikan sama ada benar atau tidak kenyataan yang dilapor Utusan itu.Pertamanya, kerana setahu saya , Azli mengerjakan ibadah Umrah baru-baru ini.

"Bila balik Umrah?" Saya ajukan soalan itu bila dia menjawab panggilan telepon saya.

"Isnin lepas," jawabnya. Seterusnya beliau akui kenyataan di akhbar Utusan Meloya itu adalah kenyataannya.Dalam hati, terasa sangat hampanya,  walhal kita ada akhbar sendiri... saya mengeluh sorang sendiri...alahai.

Saya terasa pelik, apasal masih ada pemimpin kita dalam PAS yang tidak serik-serik mengeluarkan kenyataan melalui akhbar musuh macam Utusan Meloya nih? Boleh sesiapa tolong jawabkan ?

Saya sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan Husam sebagaimana yang dilaporkan Utusan Meloya.  Kalaulah laporan itu benar, maka sesungguhnya kenyataan Husam itu adalah tidak perlu kerana ianya boleh menyebabkan simpati orang kepadanya akan semakin menurun.

Tapi, nak cakap lebih-lebih pun tak berani kerana tidak punyai kenyataan asal Husam dari sumber yang sahih.

Saya tidak pasti sama ada Azli sendiri telah mendapat sumber sahih mengenai kenyataan Husam itu atau hanya melalui di sini?

Saya cuma bertanya sahaja sebab saya rasakan, Azli telah begitu lancang  dalam membuat kenyataan di akhbar musuh tersebut.

Saya mengingatkan Azli, mengenai sikap Ust Harun Taib dalam soal ini, walau pun beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang kontraversi , namun kemudian beliau sendiri akur bila keluar kenyataan PAS Pusat di sini.

Pun begitu juga kenyataan Ust Haron Din yang menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat sebelum memberikan reaksi terhadap kenyataan pemimpin berkenaan.Baca laporan di sini


KUALA LUMPUR 18 Jun - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tidak sewajarnya menggelar mana-mana pemimpin parti yang tidak menyertai perhimpunan anjuran pakatan pembangkang bagi membantah perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, sebagai pengkhianat. 

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berpandangan, gelaran pengkhianat sebenarnya lebih tepat diberikan kepada mana-mana pemimpin Pas yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain. 

Menurut beliau, arahan untuk menganjurkan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 dikeluarkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan melalui persetujuan majlis pimpinan pakatan pembangkang.Artikel Penuh 


Mengulas kenyataan Azli pada perenggan 2 dan tiga, saya kira, Azli termasuklah antara mereka yang ketinggalan bas.Kenyataan Azli hanya akan menambah kekeliruan anggota jemaah sendiri.

Mana tidaknya, dalam para 2,  Azli menuduh sebagai pengkhianat ' mana-mana pemimpin-pemimpin PAS yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain. Siapakah mereka yang dimaksukan oleh Azli? Saya pun tidak berhajat untuk tahu kerana ianya sebenarnya bukanlah isu dan tidak perlu diperkatakan.

Kalau menurut para 3, Azli menganggap bahawa arahan perhimpunan (BLACKOUT 226) itu datangnya dari arahan 'Anwar Ibrahim dan bukan melalui persetujuan majlis pimpinan pakatan pembangkang.' (catatan : mungkin maksudnya ialah Majlis Presiden Pakatan Rakyat?)

Azli jelas telah keliru. Mungkin Azli telah terlepas pandang (terlepas bas) bahawa :

1) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Nawawi telah mengadakan sidang akhbar dan mengeluarkan kenyataan bahawa kepimpinan PAS sebulat suara menyokong keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat baru-baru ini terhadap penganjuran perhimpunan tersebut. Kenyataan ini dibuat pada 5 Jun 2013 di sini

2) Pada 9 Jun 2013, barulah PAS Pusat mengumumkan dan mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505. "Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat," terang Mat Sabu yang mewakili PAS Pusat membuat kenyataan tersebut.( Catitan : sehingga kini Presiden tak ada lagi keluarkan kenyataan tersebut....alahai da 10 hari nih!)

3) Pada 10 Jun 2013, Ustaz Harun Taib dilaporkan membuat kenyataan dengan tajuk “Kalau demo untuk revolusi saya tak setuju” Kenyataan itu yang antaranya menyebut: Beliau akur dengan keputusan parti berhubung penyertaan dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya 'Black 505' yang akan diadakan pada 15 Jun ini ( catatan : tarikh 15 Jun telah ditunda kepada 22 Jun 2013 ini).

4) Dalam kenyataan seterusnya, Azli menyatakan,  "Sepatutnya kita menyokong pemimpin yang lebih tinggi, bukannya bercanggah pendapat dengan mereka," jelasnya sambil menegaskan tidak akan menghadiri perhimpunan itu kerana mematuhi arahan pemimpin tertinggi Pas.

Ulasan saya mengenai kenyataan ini, adalah : Sebagaimana yang kita semua maklum, Datuk Presiden tidak pernah memaksa sesiapa untuk pergi.

Apa yang perlu kita fahami bahawa Datuk Presiden tidak ada halangan bagi sesiapa pun yang nak pergi ke perhimpunan tersebut. Apa bijaknya Azli 'menegaskan tidak akan menghadiri perhimpunan itu kerana mematuhi arahan pemimpin tertinggi Pas...'

Dan tidak ada masalahnya bagi setiap kita untuk 'menyokong  pemimpin yang lebih tinggi, bukannya bercanggah pendapat dengan mereka' ~ kita tunggulah kenyataan selanjutnya oleh Presiden sebagaimana kata Mat Sabu kat atas tadi tu. (Ingat, Azli kena pergi bersama kita ke perhimpunan itu kelak bila Presiden bagi lampu hijau....kalau tak dia tak sokong pemimpin yg lebih tinggi dan bercanggah pendapat .....alahai!)

Bahawa perhimpunan BLACKOUT pada 22 Jun 2013 akan datang ini adalah arahan PAS Pusat dan telah mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.Tidak timbul isu adanya mana-mana pimpinan PAS yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain.
Comments
5 Comments

5 comments :

chop said...

Panjang Ok baik tapi mesti kemas. kemas juga dituntut oleh Islam.

srz lya said...

oiiii ko ni geng2 syaitan yg tidak di kenali ek..yg bencikan ulamak terutama TGHH..yg mencetuskan kembali soal2 UG...sian kooo dh la tua ketinggalan semua nya.....usahla dok berselindung di sebalik nama TGNA

Che Alhadi Abas said...

Itulah nasib PAS... dapat orang yang seumpama ini menjadi pemimpin...ulamak pulak tu.... begitu ketua begitu jugalah anak buahnya... sepatutnya ULAMAK berhati-hati, teliti, dah dapat kesemua maklumat yang SAHIH, baru komen.. bukan bila tanya aja terus komen....tanpa selidik hujung pangkalnya... pastu nak cover diri, maka buat kenyataan.. Ini adalah pendapat peribadi saya ... Awak tu ULAMAK dan pegang jawatan dalam parti... mana boleh dipisahkan antara peribadi dengan parti, dengan akhlak Islam...kerana itu yang anda perjuangkan... kalau begitu mereka ni sekular jugak rupanya... nak pisahkan antara pandangan yang gopoh dengan akhlak Islam sebagai ulamak... bila kita bercakap, maka itulah akhlak kita, akhlak parti kita yang memperjuangkan Islam... oleh itu berhati-hatilah sebelum mengeluarkan pendapat dan pandangan kerana ianya melambangkan akhlak jamaah yang anda menjadi ahlinya! Jika tidak, dari sudut andalah Islam diserang! Sekadar pandangan.

Aradino said...

kalau takut nak pi sana toksah
dok pusing cerita. Boleh dok dirumah saja.
pi sana nanti kena pukui la, kena tangkap la susah pulak.

memang dari dulu pun tak pernah nampak muka hadir pun.

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum,

"Saya terasa pelik, apasal masih ada pemimpin kita dalam PAS yang tidak serik-serik mengeluarkan kenyataan melalui akhbar musuh macam Utusan Meloya nih? Boleh sesiapa tolong jawabkan ?"

SAYA SETUJU 100% DENGAN SOALAN DI ATAS.

SEBAB, kita semua sediamaklum bahawasanya Utusan itu milik UMNO, yang mana bila berkata mereka berdusta!

Bagi saya, SOAL sokong tak sokong, perhimpunan Blackout 505, seolah-olah menampakkan ketidakserasian atau ketidaksefahaman antara 2 golongan iaitu Golongan Ulama dan Golongan Profesional.

Apabila Husam melabelkan pimpinan yg tidak sokong Blackout 505 sbg pengkhianat, dan Dewan Ulama negeri pula membalas mereka yang sokong pemimpin bukan pemimpin parti sebagai pengkhianat, SAYA FIKIR perkara ini akan menjurus kepada KEMUNCAK PERTELINGKAHAN tersebut.

Apa yang saya nampak, Kepimpinan PAS Pusat, Majlis Syura, Dewan Ulama perlu segera menyelesaikan masalah ini.

JANGAN PAS PUSAT JADI MACAM PIMPINAN KEDAH PULA.

SEGERAKAN MESYUARAT BAGI MEREDAKAN KEADAAN DAN MENCAPAI TITIKPERSAMAAN DEMI PARTI.

(ps: saya mula terasa seolah-olah Parti PAS ini MILIK GOLONGAN ULAMA bukan PAS FOR ALL)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...