GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 16, 2013

Ini pendapat peribadi ku....bukan pendapat Dewan Serba Guna !

Pada 24 Mei 2013, sehari sebelum BLACKOUT 505 dilancarkan pada hari keesokannya, Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib dilaporkan mengeluarkan kenyataan berikut :

“Kita ada kerja yang lebih besar, bagi saya lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat” 

Sebaliknya, Harun menyifatkan keputusan yang dibuat 13.1 juta pengundi pada pilihan raya umum lalu perlu diterima dengan hati terbuka, selain memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya mengurus perjalanan pilihan raya dengan baik.  

Keesokan harinya, keluar pula kenyataan beliau berikut : Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib kesal dengan tajuk yang diletakkan oleh Berita Harian yang bertarikh 24hb Mei 2013 ( Hari Jumaat) yang bertajuk :
"Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan" yang tidak menepati maksud asal ketika wakil wartawan akhbar tersebut menghubungi beliau baru-baru ini. Saya ada mengulas mengenainya di sini 

Perlu diperhatikan bahawa Harun sekadar tidak berkenan dengan tajuk kenyataan tersebut ~ “Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan” . Harun menyatakan rasa kesalnya dengan tajuk tulisan tersebut mungkin kerana tajuk itu menampakan sangat dia menentang perhimpunan tersebut. 

Bahawa rata-rata rakyat bukan menempelak mengenai tajuk tersebut, bukan sebab tajuk, bukan! Tetapi adalah kerana berita tersebut menyatakan puji-pujian Harun keatas kerja-kerja penipuan SPR itu! Dia suruh rakyat supaya terima penipuan SPR!

“…. Harun menyifatkan keputusan yang dibuat 13.1 juta pengundi pada pilihan raya umum lalu perlu diterima dengan hati terbuka, selain memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya mengurus perjalanan pilihan raya dengan baik.” Inilah sebenarnya masalah Harun. 

Kemudian pada 10 Jun 2013, Harun dilaporkan buat kenyataan dengan tajuk “Kalau demo untuk revolusi saya tak setuju”Kenyataan itu yang antaranya menyebut:
1) Beliau akur dengan keputusan parti berhubung penyertaan dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya 'Black 505' yang akan diadakan pada 15 Jun ini.
Komen saya ~ Beliau akur setelah pada 9 Jun 2013, PAS Pusat mengumumkan dan mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505. Tentulah jadi kera sumbang pula kalau dia tidak akur.

Adalah tidak manis pula kalau ada sesiapa yang kata Harun terpaksa ikut juga macam kerbau dicucuk hidung. Kita perlu hormati beliau dan sebab itu saya puji perubahan sikap Harun ini walaupun pada mulanya dia suruh rakyat terima dengan hati terbuka dan memuji mengenai penipuan SPR dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu itu.
2) Harun bagaimanapun berkata, kenyataannya sebelum ini yang mengatakan PAS tidak menganjur dan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut secara sukarela merupakan pendapat peribadi.
Komen saya ~ Ko tu Ketua Dewan Ulama; sudah tentunya orangramai anggap kenyataannya sebagai kenyataan resmi bila dibuat dan disiarkan di media.Kalau ko sembang dengan anak isteri sendiri kat rumah, bolehlah cakap itu kenyataan/ pendapat peribadi.
3) Jelasnya, pendapat tersebut diberi sekiranya perhimpunan tersebut bertujuan untuk mengadakan revolusi.
Komen saya ~ Kenyataan dibuat setelah lebih 10 kali perhimpunan itu dianjurkan di merata tempat tanpa berlaku sebarang kekecuhan atau berlaku apa yang Harun istilahkan sebagai 'revolusi'. Alasan Harun hanya nak kaver bangkai gajah dengan sehelai daun. Saya tidak nampak rasionalnya.Tak perlulah saya nak ulas lebih panjang mengenai ‘revolusi’ itu sendiri.
4) "Saya kata kalau perhimpunan untuk revolusi itu saya tak setuju. Bercanggah dengan dasar parti.
Komen saya ~ Bohong! Harun pada awal-awal lagi dia memang menentang perhimpunan membantah penipuan ini adalah kerana dia sendiri puji SPR kononnya telah menjalankan urus tadbir PRU dengan baik . Harun sendiri suruh rakyat supaya menerima keputusan PRU tersebut dengan hati yang terbuka.

Cuma nak tambah, perhimpunan tidak bercanggah dengan mana-mana dasar parti yang terlibat. Bahawa Pakatan Rakyat masih tetap meneruskan perjuangan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan dalam perlembagaan negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Comments
3 Comments

3 comments :

Yong said...

Khulasahnya sampai dah masanya kita dapat Ketua Dewan yang lebih cerdik le...

rakyat marhean said...

pak sheh dewan ulama ni memang berat fikrah sempit dia..tu yg malang kepada kita sebagai ahli PAS mempunyai aliran fikrah yg tidak membantu kearah politik yang matang dan progresif di dlam dkwah islam

osman Cahaya said...

Maaf, kebanyakan pemimpin dari trengganu punya pemikiran yg sempit dan kekampongan. Mereka ingat mereka saja yg lama berjuangan dlm PAS. Tu sebabnya kalah Trengganu selepas sepenggal perintah trengganu 2004. Buang je mereka dari jawatan. salah sirang yg buat sekarang menantu Haji Hadi. Cabar sana sini macam budak baru kena santau. memalukan syura je. Ketua pemuda pas pun orang sana. lembap dan asyikain gitar je. orang kena masuk lokap dia senang lenang kat rumah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...