GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, June 06, 2013

Kisah Ayam mengendap Musang

Oleh kerana mereka tidak mahu kerja jahat mereka di ketahui oleh pimpinan Pas negeri maka calon Pas telah mengantar borang percalonan di saat saat akhir waktu penamaan calon hendak di tutup.

Bila aku baca klausa tersebut diatas tu, aku terbayangkan, seekor ayam sedang terhendap-hendapkan musang dalam masa yang begitu panjang.... bukan sebab dia nak makan musang tu , tapi kerana takut diterkam musang tersebut....korang tentu tau siapa gerangan ayam itu....

Kisah Di Sebalik Isu Sungai Acheh dan Kota Damansara bahagian 2 

Di Dun Kota Damansara pula sebenar dari awal lagi tidak menjadi pertindihan calon antara Pas dan PKR. Pas Pusat dan Pas Selangor bersama pimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju kerusi Kota Damansara akan terus di pertahankan oleh PKR. 

Kisahnya terjadi apabila ura ura Dr Nasir akan mengunakan Logo PSM dalam PRU kali ini memandangkan beliau adalah dari PSM. 

Dalam PRU ke12 Dr Nasir mengunakan logo PKR kerana pada ketika itu PSM yang di daftarkan pada tahun 1998 masih belum mendapat kelulusan untuk bergerak secara sah dalam politik pilihanraya di Malaysia makan PKR telah bersetuju untuk PSM mengunakan logo mereka. 

Setelah PSM di luluskan pendaftannya pada tahun 2008 maka sudah pastilah sebagai parti politik yang sah akan bertanding mengunkan logonya sendiri dalam pilihanraya.Namun situasi politik Malaysia masih belum dapat menerima parti ketiga selain dari barisan Nasional dan pakatan Rakyat. 

Maka setelah perbincangan dengan pimpinan tertinggi pakatan Rakyat termasuk dari Pas PSM telah bersetuju untuk terus mengunakan logo PKR sebagai calon dari pakatan Rakyat. Ini adalah kerana mempertahankan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor adalah lebih penting dari kepentingan peribadi. 

Kumpulan ini apabila mengetahui DR Nasir akan mengunakan logo PSM mereka terus saja menghubungi seorang AJK Pas Pusat memohon pertolongan ajk pas pusat ini agar berkompromi dengan PKR agar calon Pas dapat bertanding di situ atas tiket PKR. 

Kegilaan untuk menjadi YB ternampak jelas di wajah mereka apabila sanggup untuk meletakan calon Pas bertanding atas PKR tapi dalam masa yang sama merekalah yang mengutuk sana sini Anwar dan PKR. 

Mereka tahu mustahil Pas akan dapat bertanding di situ kerana Pas Selangor bersama Pakatan rakyat Selangor telah sebulat suara menyatakan Kota Damansara ialah kerusi PKR. Oleh itu untuk meneruskan cita cita menjadi YB maka mahu tak mahu kenalah juga bertanding atas tikit PKR yang mereka benci selama ini. 

Namun hasrat mereka terbatut apabila Dr Nasir bersetuju mengunakan logo PKR sekali lagi dalam PRU ini. Maka tidak ada lagi isu pertandingan 3 penjuru sesama pakatan Rakyat di sini. 

Di saat inilah bermulanya fitnah yang amat jahat terhadap Dr Nasir oleh mereka sehinggakan menuduh Dr Nasir sebagai kafir dan lain lain kecaman. 

Tindakan mereka ini sebenarnya tidak pernah mendapat restu dari Pas Selangor kerana Pas Selangor terus memegang janji persepakatan bersama dalam Pakatan Rakyat. Pihak Pas Pusat juga berpendirian bahawa Kota damansara adalah hak mutlak PKR tanda ada kompromi lagi. 

Segala usaha pihak berkenaan untuk mendapatkan kerusi Kota Damansara melalui Pas Pusat gagal sama sekali. 

Akhirya mereka mengambil jalan mudah iaitu dengan pergi sendiri ke Terangganu malam hari penamaan calon untuk berjumpa Presiden pas agar mengeluarkan watikah untuk mereka bertanding juga di Kota damansara atas tiket Pas. 

Tidaklah di ketahui apakah butiran yang di bincangkan sehingga Presiden Pas terpedaya dengan tipu helah mereka sehingga terpaksa mengeluarkan watikah untuk Pas bertanding di Kota Damansara. 

Sehingga pada hari penamaan calon cerita mereka yang mahu bertanding masih tidak di ketahui umum hatta Pas Selangor sendiri tidak tahu bahawa Pas akan mengantar calon untuk bertanding berlawan sesame sendiri di Kota damansara. 

Para penyokong Pakatan Rakyat termasuk dari Pas terkejut tiba tiba Pas juga turut bertanding di Kota Damansara. 

Calon Pas tahu perbuatan mereka akan sudah pasti kan mendapat halangan dari Pas sendiri sekiranya Pas tahu yang mereka akan turut serta bertanding di Kota Damansara. 

Oleh kerana mereka tidak mahu kerja jahat mereka di ketahui oleh pimpinan Pas negeri maka calon Pas telah mengantar borang percalonan di saat saat akhir waktu penamaan calon hendak di tutup. 

Ini adalah kerana sekiranya mereka mengantar borang percalonan di awal masa maka sudah pastilah wakil atau calon Pas yang juga setiasuaha perhubungan Pas negeri yang menjadi calon di salah satu dun di Subang akan mengarahkan mereka menarik diri jika melihat mereka turut serta untuk bertanding….. 

Dari saat itu mulalah pertandingan sesame sendiri di Kota damansara. 

Calon Pas mula pasang angan angan untuk bergelar YB dengan berkeyakinan dapat menewaskan calon rasmi pakatan Rakyat dari PKR. Sehinggakan terlupa siapa musuh sebenar dan mengalih muncung senapang kea rah rakan sendiri. 

Ada yang membuat solat hajat sambil berdoa semoga Allah hancurkan Dr Nasir. Di fitnahnya Dr Nasir dengan berbagai tohmahan. Namun Dr nasir dan pertugas terus cool dan tenang. 

Tanpa melayan kerenah mereka yang sangat tertekan kerana takut di malukan dengan kekalahan sehingga sanggup menguna kekerasan untuk meneyerang bilik gerakan pilihanraya Dr Nasir. 

Malang seribu kali malang angan angan untuk bergelar YB tidak di restui rakyat. Wang dan tenaga habis untuk menikam kawan sendiri akhirnya di balas dengan kekalahan yang amat memalukan. 

 Ada sambungan lagi…… Abu Nawas.
Comments
1 Comments

1 comment :

ss said...

Salam.

"..akhirnya di balas dengan kekalahan yang amat memalukan." bagi mereka yg ikhlas sokong pr, ia memalukan. tp bagi puak celaka ni, mana ada malu. siap kata kemenangan pru bukan matlamat, tp kemenangan akhirat lagi penting. agama menjadi perisai terakhir mereka..wala' la, islam lg penting la... 2008 dulu tak minat kd sbb 2004 kalah, 2008 tukar dgn pkr. 2008 pkr menang, 2013 terliur2 nk tanding. pd admin, tak payah guna 'mereka ini/kumpulan ini'...sebut direct je nama sekor2, puak tak guna ni kasi busuk nama Islam je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...