GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, June 05, 2013

Kisah pemimpin menipu ahli jemaahnya sendiri ...

Antara tetamu yg tiba awal di majlis majlis persandingan Saifol Bontot


Meh korang semua aku nak cerita. Bukan cerita penglipur lara macam Sang Kancil menipu buaya  atau Sang Kancil menipu Harimau ....

Yang aku nak ceritakan dalam entri aku kali ini adalah hal mengenai bagaimana pemimpin menipu ahli jemaahnya sendiri.Kalau korang tak mahu percaya pun tak apalah, aku tak paksa pun suruh percaya. Aku tulis pun sekadar berdasarkan kepada sumber yang aku paparkan kat akhir entri aku ini.

Tapi aku pasti, geng UG akan terkentut-kentut menahan kemarahan bila membacanya.Soalan 2 cepu emas yang aku beri tempohari itu pun masih tak terjawab. Sindir-sindir aku ni munafiq bila tak ada hujah nak dikemukakan.

Cuma aku nak mengingatkan geng UG ni, sila jaga adab dan tertib. Jangan mudah menghukum dengan kaedah dan cara yang dangkal. Berilah pendapat,hujah dan kata yang bernas dalam menyampai pandangan dan sama-sama berkongsi pendapat.

Saya bukan manusia yang sempurna.Boleh ditegur atau diajar oleh semua.Boleh dibawa berbincang.Sedia menerima segala kritikan.Bersedia berkongsi pengalaman.Maka harapan saya kepada anda semua,bantulah saya dan terimalah saya seadanya.

Ok kan muqaddimah aku kali ni; bersopan santun sikit....sebab aku nak balun cukup-cukup geng UG ni selepas muqaddimah nih! Ambik ko!

Melalui satu program soal jawab, Ust Nasha melalui Media TV3 , jelas Ust Nasha mendedahkan bahawa Majlis Syura ulama lah yang bertanggung jawab mengarahkan beliau dan dua lagi pemimpin PAS supaya mengadakan perbincangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO ini dijalankan.

Ikuti transkrip rakaman audio tersebut.
[Saya nak tanya YB Ustaz, saya bercakap dgn kawan-kawan lain dalam PAS, kalau tak silap saya, beberapa pemimpin kanan PAS, diberi tugas khas untuk mencari titik-titik pertemuan antara PAS dgn Umno, kalau saya, sebagai orang Melayu Islam, saya melihat PAS dgn Umno ni, orang kata macam sepupu ajerr! Jadi betul kerr ada pada masa itu, arahan meminta pemimpin tertinggi PAS cuba mencari titik-titik pertemuan dalam ..err dengan Umno; dan apakah Ustaz masa itu dipertanggungjawabkan?]

0.44 ~ Err… Memang ada kata Datuk, keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama’ errr Pusat yang bersidang pada 24 April 2008, yang telah memutuskan err… saya ingat lagi minitnya itu, yang telah memutuskan supaya PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, yang ketika itu adalah saya dan SETIAUSAHA AGONG, untuk err…. Mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik err… bagi membincangkan maslahah dan masa depan err… Islam dan , dan, dandan Orang Melayu!

[Jadi bukan hanya dengan Umno lah?] 

1:17 ~ Errr… Ya lah, topik atau minitnya menulis , dengan mana-mana parti politik untuk membincangkan maslahah orang Melayu dan Islam. Sudah tentulah kalau nak bincang tentang maslahah orang Melayu Islam ni,, takkan kita nak bincang dengan MCA. Takkan kita nak bincang dengan, dengan MIC! Sudah tentulah dengan Umno! 

1:36~ Jadi, err… akur kepada arahan itu dan keputusan Majlis Syura Ulama itulah yang saya errr… menggerakan err… keputusan dan mengadakan perbincangan dengan pimpinan-pimpinan err… Umno ketika itu, err… dengan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menterinya, dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menterinya…dan sebagainya…

[Jadi ia berlaku diperingkat yang paling tinggi, maknanya, harapan pada ketika itu, kalau boleh di peringkat atasan itu mencari titik-titik pertemuan, dengan harapan ia boleh turun dan boleh menjadi satu perkara yang boleh dilaksanakan.] 

2:12 ~ Ya, yang dibincangkan di..diperingkat Majlis Syura Ulama pada ketika itu, melihat err… senario yang…yang jauh lebih jauh lebih luas daripada hanya bacaan politik jangka pendek. Tapi melihat kepada maslahah dan masa depan kepentingan Islam, kepentingan orang Melayu yang secara perlembagaannya adalah merupakan err… Muslim, jadi melihat kepada kepentingan ini dengan perkembangan politik yang ketika itu memerlukan supaya suatu tindakan yang lebih errr….. agresif, kalau boleh saya gunakan perkataan itu, dan lebih komprehensif, demi menjamin masa depan errr… err.. tadi saya sebut tadi , masa depan Islam dan masa depan orang Melayu ~ tanpa menafikan err..kita realistik, bahawa kita hidup dalam masyarakat majmuk, kita tidak menafikan itu, tetapi sudah tentulah prioritinya adalah Islam dan orang Melayu.

[Jadi dalam perbincangan itu, YB Ustaz nampak tak, tanda-tanda ataupun yang jelas menghala kepada perpaduan pada masa itu… nampak tak?] 

3:16 ~ Tugas saya adalah untuk…untuk berbincang dan sudah tentulah keputusan itu bukan ditangan saya atau pun ditangan err … 3 orang yang telah diamanahkan untuk membuat sebarang keputusan. 

3:25 ~ Tapi dalam siri-siri perbincangan itu, sudah adalah tanda-tanda kearah itu, tapi macam yang saya sebut tadilah, bila sampai ke satu perempat perjalanan…errr… timbul isu yang mengatakan bahawa agenda ini adalah agenda peribadi, yang tidak diketahui oleh umum, err… yang mengakibatkan err… berlaku u-turn errr… hasil daripada err… keputusan yang telah, telah telah dibuat itu!

[Keputusan itu dibuat oleh Dewan Syura?] 

3:56 ~ Majlis Syura! 

[Majlis Syura yang menyuruh pemimpin kanan PAS, bertemu pemimpin kanan Umno!] 

4: 01 ~ Yes! 

[Jadi….di mana timbulnya pada masa itu, kata-kata ada agenda perbadi ataupun, lari daripada tujuan asal?] 

4: 12 ~ Soalan Datuk ni err… adalah soalan yang saya sendiri tidak fahami sehingga ke hari ini.Saya…saya di … di buat tuduhan sedemikian, hinggalah ke hari ini, kerasa saya hanya melaksanakan tugas sebagai ahli Majlis Syura, ketika itu dan sebagai Timbalan Presiden , akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama, untk melaksanakan ianya. 

4:31 ~ Tapi …ialah, kata arab, Qadarallahu ma sya’ – takdir Allah Subhanahu wa ta’ala itu mesti dikehendaki sebagaimana yang … yang telah berlaku, berlakulah rentetannya yang bermula pada hari itu, sampai ke hari ini, bagi menjawab soalan , soalan Datuk yang awal tadi itu… 

[Jadi, kalau orang biasa tanya YB Ustaz sekarang, apakah perkara pada masa itu, usaha untuk menyatu padukan atau mencari titik.. titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nisan? Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti?] 

5:01 ~ Errr… saya err… [Sebagai orang yang ….] ~ Ya… […. dilihat, ataupun disebut orang yang tidak mengikut ajaran parti lah… Macamana Ustaz melihat perkara itu?] 
5:11 ~ Err… Kalau sebagai ahli biasa parti, saya sendiri tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, tapi, sebagai seorang Muslim, Datuk, sebagai seorang errr…orang Melayu, errr…rata-rata yang saya berjalan, rata-rata orang yang menegur saya, rata-rata orang yang berhubung dengan saya, meminta supaya agenda ini jangan dikuburkan! Demi masa depan agama, demi masa depan bangsa! 

5:37 ~ Tiada salahnya , saya berbangga dengan bangsa Melayu saya. Saya lahir sebagai seorang Melayu, apa salahnya saya berbangga dengan bangsa saya? 

5: 46 ~ Rasulillah Salallahu ‘alaihi wasallam juga berbangga dengan bangsa Quraisynya… sampai disebut dalam suatu hadis, pemimpin itu adalah daripada orang Quraisy ~ berbangga Rasulillah Salallahu ‘alaihi wasallam dengan bangsa Quraisynya itu! 

5:57 ~ Jadi saya sebagai seorang orang Melayu, apatah lagi sebagai seorang Muslim, err… kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya’ Allah, akan cuba kita gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan …dan apa seperti yang Allah sebut , “Inna hadi ummatikum, ummatun wahidah “ itu, Ini sesungguhnya adalah ummat kamu, ummat kamu yang satu, harus dijadikan satu agenda nasional, dan harus didukung oleh setiap mereka yang mengucap kalimah Laa ilaha illallah, Muhammadarrasu lullah… 

[Mungkin Ustaz, saya bercakap dengan orang-oarang akademik dan orang biasa, tak kira samada di pejabat atau kami minum teh, mereka mengatakan, mungkin kejayaan pada masa itu sudah menunjukan tanda-tanda kejayaan, mungkin ada puak atau ada pihak yang tak mahu melihat benda itu berlaku….] 

6:51 ~ Mungkin! Errrr… saya tidak menolak kemungkinan tersebut yang mungkin… errr mereka juga ada agenda-agenda yang tersendiri… Tetapi saya rasa errr…payah juga untuk kita nak.. nak menerima err… penolakan daripada orang yang mengaku dirinya Muslim apatah lagi kalau ..kalau dia mengaku dirinya sebagai Melayu, untuk menolak kepada agenda perpaduan ummah in? 

7:14 ~ Tidakkah errr… perpaduan itu, kesatuan itu dan err…wehdah itu merupakan kekuatan err.. untuk kita , kekuatan yang boleh kita jadikan teras untuk kita maju ke depan , majukan negara, majukan agama majukan bangsa ……Tetapi kalau kita bercerai berai….saya sebut baru-baru ini di dalam satu temubual di sebuah rancangan teevee lain, errr… saya nyatakan, kita lihat perkembangan di Syria sekarang, atau di negeri Arab-Arab sekali…yang paling errr… dekat untuk lihat perkembangannya adalah di Syria. 

7:48~ Sekarang ini sudah ada suara penyatuan selepas negaranya porak peranda, sudah dirobek sedemikian rupa , baru mengajak kepada perpaduan. 

 8:01 ~ Saya lontarkan soalan, adakah dalam konteks Malaysia juga kita nak tunggu sampai sudah berkecai, sudah porak peranda, baru nak diajak kepada perpaduan? Sedangkan kita sebagai sebuah model sebuah negara Islam, kita sebagai sebuah negara yang cukup moderate, sebuah negara menjadi model kepada dunia di luar sana, khasnya dunia Islam, saya rasa tak perlu tunggu sampai..sampai dah .. dah pecah err sampai dah bertaburan baru nak mengajak kepada perpaduan.Kita ada kekuatan yang boleh mengajak kePER …PERADUAN pada hari ini.
Selama ini, geng UG menafikan adanya agenda ini. Mereka kata kitaorang tak faham idea UG yang Haji Hadi lontarkan. Haji hadi sendiri bilang korang ahli-ahli PAS dan kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS sendiri pun tak faham sebab malas baca buku dan tak faham istilah-istilah politik….konon! 

Jelas apa yang Nasharudin cakapkan itu tiada kaitannya dengan versi Unity Government yang Haji Hadi cakap bahawa orang PAS dan pemimpin PAS yang lain tidak tahu dan hanya buat tuduhan melulu dan bersangka buruk dan jahat! 

Nah! Sekarang siapa yang buruk dan jahat? Nasharudin tidak menyentuh langsung pasal kerajaan perpaduan dengan Pakatan Rakyat , tetapi dia hanya sebut penubuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO, Melayu Islam, Melayu Islam… 

Presiden PAS sendiri, TGHA terlibat dalam perbincangan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno …alahai bincang Kerajaan perpaduan PAS/UMNO? 

Nasha kata minit mesyuarat Majlis Syura Ulama bertarikh 24 April 2008 berkaitan usaha kearah mengujudkan kerajaan perpaduan PAS/UMNO ada merekodkan arahan tersebut ….Bagaimana TGNA sendiri, sebagai Mursyidul ‘Am boleh tidak tahu? Apakah Majlis Syura buat komplot dibelakang Tok Guru Nik Aziz? 

Patutlah Tok Guru marah sangat kat Nasha dulu tu …. Kenapa sehingga kini tidak ada sebarang penafian mengenai kenyataan Nasharudin bahawa Majlis Syura "TIDAK" terlibat kearah usaha mewujudnya kerajaan perpaduan PAS/UMNO. 

Korang, ahli-ahli PAS , tolong hafalkan transkrip yang kat atas tu supaya Haji Hadi tak tuduh korang semua malas membaca dan tidak tahu apa itu UG. 

Memang marah bila kenyataan Nasha dalam minit-minit ke 5:57 ` …. kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya’ Allah, akan cuba ‘KITA’ gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan …

Pada saya, ungkapan ‘KITA’ itu menunjukan, dia bukan keseorangan tetapi ramai! Memang ramai geng UG masih berada dalam PAS. 

Mereka tidak menunjukan kuku mereka masing-masing sebab Muktamar yang akan mengadakan akan menjelang tak lama lagi. 

 Ahli-ahli yang berpegang dengan prinsip perjuangan PAS yang sebenar dan ingin mematuhi kehendak Tuan Guru Nik Aziz, mestilah singkirkan geng UG ini dalam pemilihan nanti. 

Sebab itulah agaknya, Nasha tidak masuk Umno walaupun lagak dan perwatakannya menampakan Umno! Kalau kita perhatikan transkripnya mulai di minit 6:51 hingga ke akhirnya , memang nada Umno! 

Aku tak marah sangat bila di akhir katanya, dia tersasul nak sebut kalimah Perpaduan…..dia sebut “PER …PERADUAN ….” Kah! Kah! Kah!

Tak caya cer ikuti rakaman audiao berikut.Kepada geng UG, kalau tak puas hati, sila bantah dan katakan bahawa rakaman berikut ini adalah palsu dan bukan suara Nasharudin Mat Isa.

Comments
4 Comments

4 comments :

Madie Abdul Halim said...

best2!!!
teman suker bebenor weyh.....

harumtr said...

Setahu aku Ust Nasa sudah menjadi sejarah bagi PAS. Dia bukan lagi Timb Presiden bahkan juga dia telh dipecat daripada Majlis Syura PAS. So apa kaitannya kisah yang menjadi sejarah tersebut dengan pemilihan akan datang?

Aku duk perati puak2 yang nak pejatuh ulama2 ni asyik duk dendang lagu UG, UG tetapi langsung tak berani nak sentuh pasal Skandal Kerajaan Perdamaian yang terkandung dalam Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib. Duk momok pasal UG yang secara faktanya tidakpun sampai tahap wujud Perjanjian bertulis sebagaimana Perjanjian Sulit Anwar tu.. Atau memang geng2 PARASIT bekerja untuk memporak perandakan PAS supaya keseluruhan PAS dikuasai ANWARINAS?

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum Sdr Husseyn.

Saya tiada nak tokok tambah hujah pendapat...

Cuma nak tanya soalan, Adakah Nasha masih ahli PAS?

Apakah Majli Syura, atau Dewan Ulama, atau Pas Pusat, Atau Jawatankuasa Disiplin tidak ambil apa-apa tindakan ke atas Nasha, dan beberapa ulama yang terlibat?

sampah said...

ko husyen n the geng.....syabas kerna brjaya membuka semula citer2 yg dulu2.....teruskan...semuga berjaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...