GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, June 06, 2013

Kisihanilah orang ini ... korang bolehkah membantunya?

Pagi tadi, kami tiga beranak pergi ke pasar besar untuk membeli barangan harian.Keluar dari kereta di tempat parkir bawah tu, kami di hampiri oleh seorang ibu Melayu yang menyorang anaknya yang jelas seorang anak OKU. 

"Encik boleh tolong kami ... anak saya ni ... " sambil menuding ke arah anak yang OKU didalam kereta sorongnya itu.

Dalam hatiku, aku berkata, aku pun OKU juga....jalan pun pakai tongkat!

Sayu kedengaran. Aku bersimpati lalu menghulurkan sedikit wang.Tak banyak sekadar yang termampu.

"Terima kasih, encik," sambil mengesat air matanya kerana sebak.

"Tak minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ke?" tanya ku.

"Ada, diaorang bagi RM150.00 sebulan..."

Jawapan ibu itu mengejutkan aku, "RM150.00 sahaja??" Aku tanya dia lagi untuk mendapat kepastian.

"Itu untuk abang dia, ada dalam kereta sana tu. Dia ni baru 17 tahun, kena tunggu 18 tahun baru boleh dapat," terang ibu itu.


Aku tersentak dan termangu sebentar. Pertamanya, aku sangkakan budak lagi yang ada dalam kereta sorong tu,(gambar atas) rupa-rupanya dia dah remaja!

Memanglah tidak patut benar jika Pejabat Kebajikan hanya memberi sejumlah itu untuk menampung kehidupan dua anak OKU.

Itulah pertama kali aku terserempak dengannya di situ walaupun aku kerap ke pasar besar tu.Entahlah betul atau tidak cerita orang tu, tapi aku telah mengambil maklumat tentangnya dan berjanji akan aku adukan perkara ini kepada Adun baru Sungai Rapat, Ust Radzi Zainon.

Apalah sangat yang dapat dibantu, Adun kita tu bukannya dapat apa-apa peruntukan. Harap koranglah bolehlah hulurkan bantuan melalui Adun kita tu melalui Pusat Khidmat Adun di Pengkalan Pegoh tu.

Menurut ibu itu, dia juga telah pergi ke Baitulmal, tapi tidak juga diberi layanan sewajarnya. Tak ada pula aku tanya dia samada dah mengadu ke Hamidah Osman, adun tengin tu , sebelum ini ....Ini bukan perkara baru...aku mula berfikir begitu.

Aku tanya dia, "Suami kerja apa?" 

"Polis pencen...berapalah sangat dapatnya. Susu untuk budak ni saja satu tin pun dah RM70/- ..."

Aku memang bersimpati dengannya. Tapi bila dia sebut suaminya tu 'pencen polis' aku ada berasa 'lain' sedikit .... Bukan apa, tetiba aku teringatkan Papa gomo, bekas polis yang kena buang pasal rasuah tu.... 

Dalam hati ku berkata , alahai...ingatlah sekalian polis... korang pun akan pencen juga nanti! Walau apa pun aku akan panjangkan perkara ini kepada Ust Radzi Zainon.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...