GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, June 06, 2013

Mak Ooii… baiknya hati budi Datuk yang kaya ini!

Aku pergi Pejabat POS untuk mengantar dengan pos laju beberapa salinan aduan laporan polis mengenai bantahan penipuan dakwat kekal yag tidak kekal ke Ibupejabat PKR, Petaling Jaya kelmarin. 

Kemudian aku pi singgah naik pi pejabat YDP Gopeng, HJ Rahim Mat Arif yang terletak betul-betul dihadapan Posopis di Medan Gopeng ni. Kami pun berbual-bual. 

Banyaklah bendanya yang kami bualkan.Orang berumur macam kami, bila berbual tentunya tak lepas dari bercerita tentang masalah penyakit yang masing-masing ada …. 

Tetiba, keluar cerita pasal sorang mangsa tragedi berdarah flashmob yang diserang samseng jalanan Umno tajaan Hamidah Osman, bekas Adun tengin Sungai Rapat. Ceritanya di sini

Mangsa, Amirul Zarin Asyraf bin Ahmad Tajudin , 20 tahun, menurut Hj Rahim, kini akan mendapat rawatan yang sewajarnya dalam tempoh masa 6 bulan (proses menuggu gusi bengkak mengecut). 

Beliau lalu menunjukan kepada aku sekeping surat ‘sebutharga’ dari sebuah klinik pergigian. Aku tengok agak mahal juga kos rawatan yang bakal dikenakan tu. 
“Mak OOi! Mahal nih!” spontan aku berkata bila tengok jumlah harag cadangan itu… “RM8720.00” agar terbeliak biji mata aku melihat jumlah tu. 

“Ada seorang Datuk, sanggup bayarkan untuknya”, terang Hj Rahim… "Betul! Ada sorang Datuk tu, bila dia baca kat Harakah cerita pasal budak ni, terus dia hubungi pejabat PAS Pusat,” terangnya lagi. 

Hj Rahim menceritakan, orang pejabat PAS telah memberikan nombor telepon Datuk itu kepadanya dan suruh menghubunginya. 

Bila dihubunginya, Datuk itu beritahu, yang dia sanggup membiayai segala kos rawatan simangsa. 

Kos rawatan mangsa flashmob di Ipoh 
semasa kempen ganas samseng Hamidah Osman

“Datuk mahu saya faxkan sebutharga kos rawatan tu kah?” Rahim cuba mendapatkan kepastian daripadanya. 

“Tak perlu!” jawap Datuk itu.

"Bagi tahu saya berapa kosnya dan bagi saya nombor akaun bank untuk saya masukkan duit!” Datuk tu cakap senang-senang saja macam itu….!! 

Mak Ooii… baiknya hati budi Datuk yang kaya ini.Pemurah dan tidak lokek. Tak payah nak tengok sebutharga tu.Tak ada banyak soal itu ini, tapi dengan mudah sahaja sanggup nak masukan duit untuk membiayai kos rawatan tersebut.Mudah-mudahan Allah tambahkan rezekinya.
Comments
1 Comments

1 comment :

Ayah Man said...

Moga Allah memberkati Datuk Dan keluarganya Dan menjadi petunjuk buat diri saya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...