GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, June 10, 2013

Memang sah - Ada orang yang ketinggalan bas ....

Korang janganlah nak marahkan aku, kalau aku katakan bahawa aku terasa nak terkentut bila baca gesaan Presiden PAS, TGHA.

PAS menggesa pihak kerajaan untuk mewujudkan satu Jawatan Kuasa Bebas atau satu Suruhan Jaya Bebas Postmortem PRU13 yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus bagi mendapat maklumat kelemahan, salah laku, kepincangan dari semua pihak.

“Hanya setelah kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan secara menyeluruh dapat dilakukan,” tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan. 
Gesaan beliau tersebut dikeluarkan oleh Harakah Online pada 7 Jun 2013. Aku merujuk kepada Harakah Online tu kerana ia lebih berotoriti dalam menyiarkan kenyataan pemimpin PAS.Tapi aku nak berkongsi dgn korang beberapa komen pembaca di entri KELAB GREENBOC (artikel Harakah tadi) seperti screen shot di bawah nih :


Aku tak nak jadi tukang bubuh garam pada luka yang berdarah, korang buatlah kesimpulan sendiri dengan membaca komen-komen di atas tu.Cuma aku nak buat sedikit pencerahan sedikit dengan menyiarkan kenyataan DR Dzulkifli Ahmad yang disiarkan oleh Harakah Online pada 9 Jun 2013, dua hari selepas kenyataan TGHA. Screenshotnya seperti dibawah nih:


Apa yang menariknya ialah, PAS menubuhkan jawatankuasa tersebut adalah untuk menyiasat secara menyeluruh tentang perjalanan PRU-13 dalam isu penipuan dan pertindihan kerusi agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang ~ bukan untuk mencari kesalahan sesiapa.(Tetapi kalau ada sesiapa yang berasa bersalah dan berasa nak bertanggung jawab diatas kesalahan tersebut, eloklah tarik diri dari jawatan yang ada, jadi macam aku , tukang pacak bendera dan pasang poster sahaja ....Huh! huh!

Yang patut dipuji ialah penubuhan jawatankuasa siasatan tersebut dibuat atas kapasiti kemampuan sendiri dan mencari kesalahan dipihak diri sendiri.

Adapun  kesalahan pihak lawan, kita semua sudah maklum dan langkah-langkah susulan seperti bantahan BLACKOUT 505 dan laporan polis, juga petisyen telah diambil dan sedang dalam proses.
"Kita akan membuat siasatan menyeluruh apa yang berlaku pada PRU13 iaitu dari segi kekalahan, penipuan termasuk juga pertindihan kerusi.

 "Jawatankuasa ini umpama RCI yang akan menyiasat secara terperinci, siasatan secara mendalam dan kita akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang," jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi JK Postmortem yang ditubuhkan PAS.~ demikian antara lain Dr Dzul dilaporkan sebagai berkata.
Tapi aku lebih tertarik lagi dengan ayat diakhir entri tersebut yang memetik  kenyataan daripada Hj Mohamad Sabu:
Beliau yang juga menyatakan Jawatankuasa Postmortem PRU13 sudah pun memulakan siasatan dua minggu lepas yang di pengerusikan oleh Salahuddin Ayub bersama 13 ahli jawatankuasa yang telah dipilih.
Kah! kah! kah! Banyak perkara yang boleh diperkatakan mengenai dua kenyataan yang aku screenshotkan diatas tu. Korang fikir-fikirlah sendiri. Walau bagaimana pun yang agak jelas ialah, memang betullah, ada orang yang dah ketinggalan bas dah lebih 2 minggu lamanya, kalau ikut kata Mat Sabu tu! 
Comments
1 Comments

1 comment :

syekih said...

Apa2 pun, corak kepimpinan dewasa ini nampaknya seolah-olah meremahkan asas pembentikan Jamaah Islam... Kebanyakan pemimpin muda membuat kenyataan soalah2 mereka ini Presiden..saya bkn bermaksud Presiden maksum tp beliau sudah menghadi byk mehnah dan tribulasi dlm perjuangan... Bg saya klu org nak kata ada Pimpinan Ulama kita ketinggalan bas mereka salah tetapi mereka terlalu laju lalu masuk ke lorong yg lain...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...