GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, June 29, 2013

Menteri Nazri ada otak rupanya...

Kali ini baru aku nampak Menteri Umno ni pandai menggunakan otaknya. Selama ini semua orang nampak dia seperti hanya menggunakan otak-otak sahaja! Kik! Kik! Kik!

Kali ini, aku sokong Menteri ini dalam perkara ini. It makes sense, kata omputeh. 

Umno sudah keterrlaluan nak marahkan Cina dengan penutupan Jonker Walk tersebut kerana Cina tidak sokong Umno.

Mana pula ada DAP meletakan calon mereka melawan Umno? Bukankah PAS yang berdepan dgn Umno? Majoriti kaum Cina bukan menolak Melayu Umno sahaja, malah mereka juga menolak kaum mereka sendiri yang berada ada dalam MCA.

Penolakan mereka kerana MCA Cina dan Melayu Umno sama-sama mengamalkan rasuah. Bukan kerana fahaman rasis sebagaimana anggapan Umno yang cuba meracuni fikiran orang-orang Melayu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan bahawa laluan kenderaan di sekitar Jonker Walk, Melaka, akan terus ditutup pada hujung minggu agar tidak mengganggu operasi pasar malam di situ.

Menurutnya, pasar malam Jonker Walk adalah tarikan pelancong utama di negeri Melaka dan langkah membuka jalan bagi laluan kenderaan di sekitarnya akan mengganggu kehadiran pelancong dan pengunjung yang berjalan kaki. Jalan tersebut ditutup pada setiap hujung minggu sejak 13 tahun lalu, katanya di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...