GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, June 16, 2013

Naak Sangat, nah ambik!

Saya membaca muqaddimah berikut di bawah ini tulisan dari seorang yang mungkin merasakan dirinya itu lebih cerdik. Antara respon penulis terhadap komen saya ialah : 
Pendidik pun tak paham??? ha...ha... biarlah orang yang boleh paham baca... kalau tak paham jangan ulas... nanti nampak pendidik bodoh pulak... malu jer..

Berita tentang KUIN yang dilaporkan akan di swastakan sangat menyedihkan. Alasan yang dikatakan tiada keuntungan malahan terpaksa menanggung kos tahunan melebihi 300 juta jelas menggambarkan bagaimana bentuk berfikir Menteri Besar baru Kedah. Frame berfikirnya adalah wang.... angka... tanpa mempedulikan hasil modal Insan yang dihasratkan oleh Tan Sri Azizan Razak bekas menteri Besar Kedah sebelumnya....


Saya merasakan input muqaddimah penulis (diatas) tidak tepat lalu saya menghantar ulasan menyentuh mengenainya sebagaimana berikut:


Apakah ulasan saya tidak ada kena mengena dengan apa yang ditulis? Sememangnya saya tidak mengulas atau mengupas isi tulisannya itu.Mungkin kalau saya menulis tentangnya, saya sendiri pun tidak berasa selesa memandangkan keadaan bekas MB yang udzur itu. Tapi kalau saya dipaksa juga, saya akan menulisnya dengan fakta-fakta yang sedia ada pada saya.Harap penulis tersebut tidak cabar saya berbuat demikian. 

Saya cuma mahu membetulkan input mengenai pengswastaan KUIN itu lalu saya sertakan link ini yang menafikan mengenai pengswastaan KUIN sebagaimana yang disebut oleh penulis. Dimana silapnya saya dalam hal ini? 

Dan tuduhan penulis yang mengatakan bahawa frame pemikiran Menteri Besar baru Kedah "hanyalah wang, angka tanpa mempedulikan hasil modal Insan yang dihasratkan oleh Tan Sri Azizan Razak bekas menteri Besar Kedah sebelumnya...." Saya nak tanya penulis apa ceritanya yang ini?

Adakah ini pemikiran dari kerangka Islami? Tolong jelaskan sedikit, saya memangnya tak faham kerangka Islami ini! Saya siarkan screenshotnya berikut :


Saya harap penulis akan memberi respon yang ikhlas dalam blognya nanti.Biarlah menulis dgn cara bahasa yang mudah-mudah sahaja dan direct to the point supaya orang macam saya ni mudah faham. Nampaknya bukan saya seorang sahaja yang tak faham tulisan anda. Lihat screenshot berikut:

"Bodoh-bodoh aku pun, tak siapa pun suruh aku tutup blog aku..." 
saya maafkan penulis kerana perasan dirinya lebih cerdik .... 
 
Ulasan dari orang lain menunjukan orang berminat dengan tulisan kita dan tulisan blog bukanlah satu hala saja nak suruh orang telan bulat-bulat apa yang kita tulis.Macam tulisan saya ini, kalau ada sesiapa yang ada pandangan lain, sila berikan komen anda.Tapi janganlah hanya hentam keromo tanpa fakta atau maklumat. Sekian dahulu buat kali ini, sementara menunggu respon dari penulis itu.
Comments
2 Comments

2 comments :

Ayid said...

Tidak salah kalau kita selalu menasihati seseorng,tp sebelum nasihat kita perlulah ada ilmu,dan fakta yang betul jika kita rasa kita tak ada fakta yang tepat katakanlah "aku tidak tahu"

alhusseyn said...

Salam Ayid, melontarkan pandangan bukan semestinya memberi nasihat, tapi memberikan pandangannya.Fakta dan hujah di bincangkan baru boleh mendapat kepastian.Tidak semestinya teguran atau nasihat hanya datangnya dari atas sahaja. Bila ada pandangan dari bawah dilabelkan tidak beradab dan kurang ajar?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...