GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, June 24, 2013

Pengalaman aku pergi ke Padang Merbok

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada semua para peserta yang telah turut sama menjayakan perhimpunan BLACKOUT petang kelmarin. 

Bagi orang hatinya ada penyakit, macam-macamlah tuduhan dibuat mengenai perhimpunan tersebut walaupun parti telah mengeluarkan arahan.

Perhimpunan tersebut bukan anjuran Anwar Ibrahim ataupun Husam mahu pun Mat Sabu; tetapi adalah atas arahan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Kalau presiden pun dan setuju, apa masalahnya? Kalau rungutan dari puak Umno, perkara sedemikian adalah lumrah dan sepatutnya.Tidak dinamakan Umno kalau tidak begitu. 

Tapi kalau dari kalangan yang mengaku ahli jemaah PAS, mengaku 'aku tak rela diperdaya Umno' tapi tulisannya di sini jelas menunjukan dia telah diperdayakan oleh Umno. 

Biarlah orang yang ada penyakit hati tu semakin menjadi penyakitnya itu. Aku hari ini hanya berkongsi pengalaman hal pemergian aku kesana petang kelmarin.


Aku pergi bersama 3 orang lagi, Che Mat, Pahrol dan anak aku no. 3 aku, Sabri.Kami parking kereta di Rawang dan naik komuter turun di Bank Negara.Kami solat di stesyen lalu menuju SOGO utuk berhimpun di situ. Orang sudah ramai di situ.kami terus masuk kedai makan.


Di situ terdapat dua orang warga emas wanita yang buta penglihatan, datang untuk makan.Aku tak fikir mereka nak ikut serta perhimpunan. Aku nak poin out kat korang di sini, bahawa orang buta pun tidak berasa merbahaya untuk berada bersama-sama orang ramai yang sedang berdemo! Dalam hati aku, kalau polis sembur gas pemedih mata, dia orang ni biasa-biasalah sahaja....tarak pedih mata punya! Aku tersenyum sendirian.


Keadaan diluar orang sudah semakin ramai.Ada flash mob.Bunyi hon kereta bertalu-talu.Tambahan pula, manusia yang berjalan kaki pun dah siap pakai hon pula bila ada demo! Kah!Kah! Kah!


Antara tujuan perhimpunan tersebut adalah untuk menuntut supaya Ketua dan timbalan SPR berundur segera kerana terbukti SPR telah mengkhianati rakyat melalui beberapa siri penipuan dalam SPR ke-13 yang baru lalu.


Berbagai rupa manusia yang hadir.Upin dan Ipin pun join pendemo. Tidak ketinggalan makhluk alien pun turut serta ! kah! Kah! Kah! Ada rakaman di sini


Suasana bertambah meriah apabila geng PAS bersama panji-panji PAS dan beberapa pimpinan dari ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut tiba dihadapan SOGO.Mereka bergabung untuk meneruskan perjalanan ke Padang Merbok yang berhampiran.


Mereka semua sudah bersedia untuk meneruskan langkah berhimpun di Padang Merbuk.Setiap langkah adalah jihad kerana mereka mematuhi arahan pimpinan PAS.Yang tak kesempatan pergi, sepatutnya tolonglah mendoakan keselamatan dan kejayaan mereka ini.Jangan buat komen yang pelik-pelik macam spesis Umno pula!

Aku mungkin yang paling dibelakang.Sempat merakamkan beberapa gambar setelah kumpulan demo aman tadi berlalu pergi.Kedai-kedai tetap dibuka dan mereka yang sibuk berjual beli meneruskan aktiviti masing-masing seperti biasa.


Lihatlah petugas pembersih sampah pun kerja tak susah sebab diaorang tak buang sampah merata.Lihatlah tong sampah pun tak penuh! Tiada tong sampah yang tunggang terbalik. Peniaga minuman tepi jalan seberang sana tu tentu gembira kerana mengaut keuntungan besar hari ini.


Sengaja aku bawa kawan-kawan aku ke belakanh Masjid India untuk meninjau-ninjau keadaan disana. Lihatlah, aktiviti harian rakyat berjalan biasa.Perhimpunan tidak mengganggu sedikit pun urusan hidup mereka.Ramai juga yang menegur kami dengan bertanya, tak pergi Padang Merbok ker? Mereka mengenali kami sebab cara berpakaian kami. "Kami melencung dulu...," balas saya dan mereka senyum sambil menunjukan 'sign' good dengan ibu jari!


Setelah hampir ke lokasi perhimpunan, ramai juga yang berarus untuk pulang.Mereka ini ada yang nak pergi sembahyang, katanya. Ada juga yang kata, mereka sudah ada di situ sejak jam 10.00 pagi.'"Wa sudah lama mali sini , maa" Katanya kepada aku bila aku tanya pasal apa nak balik. 

Ada tersandar kat tiang tidur keletihan.Wanita-wanita yang keletihan berehat dipinggir jalan untuk menghilangkan lelah - diaorang nampak semput tetapi punya semangat yang tinggi!  Macam aku lah juga, semput kerana lama tak jogging! Tapi mereka tentu tidak pernah menyesalinya kerana ikut serta menyahut seruan pimpinan PAS!


Korang cer perhatikan gambar atas nih! Tok lebai ambil peluang main 'game' dengan handsetnya.Mungkin kek umah, dia tak ada peluang kerana berebut dengan cucu! Alahai, mamat yang muda di sebelahnya tu dah tak kisah apa pun ... nyenyak nampaknya! Mungkin juga itu adalah cucunya? 



Tanpa provokasi polis atau dari mana-mana pihak, memang keadaan aman dan tenteram.Diaorang ni cuma terlupa nak bawa bantal dan tilam bersama.Mungkin dilain kali! 


Anak aku, Sabri ambil kesempatan jual baju di tepi jalan. Semua orang komplen harga baju dia jual tu mahal sangat! Kah! Kah! Kah! Dia tak ada langsung strategi jualan.Satu pengalaman dan pengajaran hidup baginya. Jangan berputus asa. 

Jejak kaki di padang Merbok tu, aku nampak ramai yang berkumpul di pinggir padang itu.Aku hampiri mereka dan ada rakaman lagu mereka di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...