JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, June 10, 2013

Rakyat akan terus menghormati ulama yang tidak jumud

"Saya kata kalau perhimpunan untuk revolusi itu saya tak setuju. Bercanggah dengan dasar parti. 

"Tapi kalau perhimpunan aman dan ada ceramah. Itu tak apa. Kita memang kita dah biasa. 

 "Saya ikut keputusan parti. Keputusan saya sebelum ini pendapat saya sebelum parti ada keputusan. Jadi sekarang pendapat saya ialah ikut keputusan parti," katanya di sini

Lagi seorang ketinggalan bas.Tidakkah Harun maklum bahawa sudah lebih 10 kali BLACKOUT 505 dianjurkan tanpa berlaku sebarang kekecuhan atau berlaku apa yang Harun istilahkan sebagai 'revolusi'

Apa yang perlu kita semua ingat , ingat dan ingat, bahawa tiada sebarang kekecuhan akan berlaku selagi polis tidak buat kacau atau provokasi sebagaimana dalam siri-siri himpunan aman BERSIH sebelum ini.Takkan perkara ini pun Harun tidak faham?

Harun sebelum ini dilaporkan  tidak menyokong perhimpunan itu dan menerima keputusan pilihan raya umum lalu dengan hati terbuka.
"Adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada parti itu"

Walau apa pun kita ucapkan terima kasih kepada Harun yang nampaknya baru nak terhegeh-hegeh nak mengejar bas bila tengok dah tak ada orang bersama di kiri kanannya. 

Masih belum terlambat untuk berubah.Rakyat akan terus menghormati ulama yang tidak jumud.Bab ini, kali ini aku sokong Harun!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...