GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, June 08, 2013

Ratu dunia pakai sarong pula dah.....

Majlis Ulama Indonesia (MUI) membantah keras acara Ratu Cantik Dunia yang akan diadakan pada September di Bali dan Bogor, Indonesia.

Mereka meminta agar acara itu dibatalkan kerana menggalakan pertumbuhan budaya hedonism, acara Ratu Cantik di Indonesia.

Lantaran itu, dilaporkan para peserta seramai satu ratus tiga-puluh-tujuh itu tidak akan memakai bikini. 

Pihak penganjur menyatakan mereka tidak mahu menyinggung perasaan rakyat tempatan yang majoritinya ummat Islam. 

Acara panas Ratu Dunia tersebut akan memakai pakaian konservatif , seperti sarong, untuk bagian busana pantai, lapor  di sini

Korang cubalah agak dan gambarkan, bagaimanakah agaknya nanti para peserta itu memperagakan pakaian sarong.Korang fikir diaorang tu akan pakai dengan cara yang bersopankah?

Sudah tentu lebih sopan lagi cara pakain sarong Zambry yang diperagakannya dibawah ini … 


Sepatutnya pihak pengajur Ratu Cantik Dunia ni gi menemui Rosmah dan dapatkan pandangannya kerana Rosmah ada pengalaman dalam penganjuran Busana Muslim. 

Tentu korang masih ingat ketika PM Najib mengiringi Rosmah ke Festival Busana Muslim – ‘Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner and Fashion Show’ yang diadakan di Monaco Sporting Club, Monte Carlo pada 10 Ogos 2010 lalu yang turut di hadiri Prince Albert II, penguasa Prinsipaliti Monaco. 

Mahu diadakan di Malaysia tentu tidak ada masaalah. Ramai mufti dan pejuang penegak Melayu Islam di Malaysia ni akan keluarkan fatwa untuk bekap.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...