GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 07, 2013

Siapa bilang UG sudah berkubur?


Setahu aku Ust Nasa sudah menjadi sejarah bagi PAS. Dia bukan lagi Timb Presiden bahkan juga dia telah dipecat daripada Majlis Syura PAS. So apa kaitannya kisah yang menjadi sejarah tersebut dengan pemilihan akan datang? 

Aku duk perati puak2 yang nak pejatuh ulama2 ni asyik duk dendang lagu UG, UG tetapi langsung tak berani nak sentuh pasal Skandal Kerajaan Perdamaian yang terkandung dalam Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib. Duk momok pasal UG yang secara faktanya tidakpun sampai tahap wujud Perjanjian bertulis sebagaimana Perjanjian Sulit Anwar tu.. Atau memang geng2 PARASIT bekerja untuk memporak perandakan PAS supaya keseluruhan PAS dikuasai ANWARINAS? on Kisah pemimpin menipu ahli jemaahnya sendiri ... 

Aku terima ulasan dari seorang pembaca seperti di atas. Biasalah, penyokong UG ini akan memberikan hujah dan alasan sedemikian. Maka sukalah aku memperjelas kekeliruan penyokong UG ini. Aku akan ulas satu persatu. Aku tidak suka jawab pakai peluru gajah bertabur merata-rata tidak kena pada sasarannya.Aku akan jawab menggunakan apa yang ada pada transkrip kenyataan Nasha itu.
1. Setahu aku Ust Nasa sudah menjadi sejarah bagi PAS. Dia bukan lagi Timb Presiden bahkan juga dia telah dipecat daripada Majlis Syura PAS. So apa kaitannya kisah yang menjadi sejarah tersebut dengan pemilihan akan datang? 
Nasa tidak berputus asa.Komplot Ug tetap terus berjalan seperti yang dirancang.Kita dapat lihat, apabila Nasha ditayai dalam temubual itu :

[Jadi, kalau orang biasa tanya YB Ustaz sekarang, apakah perkara pada masa itu, usaha untuk menyatu padukan atau mencari titik.. titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nisan? Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti?]

Nasha menjawab:
5:11 ~ Err… Kalau sebagai ahli biasa parti, saya sendiri tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, tapi, sebagai seorang Muslim, Datuk, sebagai seorang errr…orang Melayu, errr…rata-rata yang saya berjalan, rata-rata orang yang menegur saya, rata-rata orang yang berhubung dengan saya, meminta supaya agenda ini jangan dikuburkan! Demi masa depan agama, demi masa depan bangsa!
5:57 ~ Jadi saya sebagai seorang orang Melayu, apatah lagi sebagai seorang Muslim, err… kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya’ Allah, akan cuba kita gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan … (sila rujuk semula transkrip asal itu.)
2. Aku duk perati puak2 yang nak pejatuh ulama2 ni asyik duk dendang lagu UG, UG tetapi langsung tak berani nak sentuh pasal Skandal Kerajaan Perdamaian yang terkandung dalam Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib.
Siapa bilang mahu pejatuhkan ulama? Tujuan utama pendedahan dibuat adalah untuk memperkasakan Majlis Syura Ulama supaya ianya dianggotai oleh mereka yang benar-benar  ulama yang amilin dengan ilmunya. Mendedahkan kepincangan ulama adalah bagi tujuan tersebut, bukan membuat fitnah membabi buta, tetapi ada fakta dan hujahnya.

Majlis Syura Ulama perlu benar-benar melaksanakan amanah Allah
 
Kalau dilihat cerita Nasha ini, bahawa dia" hanya melaksanakan tugas sebagai ahli Majlis Syura, ketika itu dan sebagai Timbalan Presiden , akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama, untuk melaksanakan ianya. (rujuk 4: 12).Tetapi kenapa hanya Nasha sahaja yang menerima akibahnya dan tersingkir dari majlis Syura Ulama tetapi yang lainnya tidak?

Bukankah itu bermakna, bahawa geng UG ini masih bersarang dalam Syura Ulama itu sendiri.Sehingga ke hari ini, tiada penafian dibuat oleh Majlis Syura Ulama terhadap kenyataan Nasha yang disiarkan oleh TV3 sekitar Februari 2013 lalu.

Lantaran itu saya mengulas kenyataan Nasha dalam minit-minit ke 5:57 ` …. kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya’ Allah, akan cuba ‘KITA’ gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan …

Nasha menjawab begitu kepada soalan yang dikemukakan kepadanya, ".... usaha untuk menyatu padukan atau mencari titik.. titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nisan? Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti?]

Pada saya, ungkapan ‘KITA’ itu menunjukan, dia bukan keseorangan tetapi ramai! Memang ramai geng UG masih berada dalam PAS.

Mengenai 'Skandal Kerajaan Perdamaian yang terkandung dalam Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib' itu engkau tidak mendapat fakta yang betul. Sila buat kajian dahulu sebelum membuat tuduhan melulu. 

Ada pun 'Perjanjian Sulit Anwar dengan Najib' seperti apa yang kamu katakan itu bukan merugikan PR. Yang dibincangkan adalah bertepatan dengan apa yang diperjuangkan PR selama ini.
1) Bersetuju mematuhi etika berkempen oleh kedua-dua parti lawan, ruang media yang bebas tiada serangan peribadi atau kecaman di media (milik Umno).

2) PRU yang bebas dan adil.


3) Apabila kedua-dua faktor tersebut dipatuhi (1) dan (2), pihak yang menang perlu hormati dan beri transisi berlaku dalam keadaan aman, terima keputusan dengan baik, tidak ada unsur dendam dan permusuhan serta harus ada semangat untuk rekonsiliasi iaitu menenteramkan keadaan.
Apa masalahnya? Adakah perjanjian tersebut boleh memudaratkan Pakatan? Namun Najib tidak pernah menandatangani perjanjian tersebut dan jauh sekali meniti diatas garis-garis yang dipersetujui. Sila baca entri di sini 


Jadi jelas bahawa agenda UG ini bukanlah perkara yang telah berkubur  atau a closed chapter. Hantu pocongnya masih lagi berlegar-legar di alam maya ini ....

Comments
1 Comments

1 comment :

PenselBaba said...

Hingar bingar bising pihak yg mengarah Altantuya dibunuh tidak dikenakan tindakan. Pihak yg mengarah bunuh sosilawati dah kena tp kenapa senyap plk bab pihak yg mengarahkan Nasa melaksanakan UG?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...