JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, June 24, 2013

YDP PAS Kota Baru : Orang-orang muda kena jaga Husam Musa

Ucapan bersemangat Dato Wan Rahim, YDP PAS Kota Baru sewaktu solidariti Bebaskan Dato Husam Musa yang menceritakan bagaimana Husam Musa mewaqafkan dirinya untuk perjuangan PAS, ketika baru sahaja keluar dari Universiti.

PAS ketika itu belum pernah mengenali kemenangan sebagaimna hari ini. Jauh sekali bermimpi untuk memerintah mana-mana negeri.Ucapan Wan Rahim mengingatkan kita semua kepada asal mula perjuangan PAS yang penuh cabaran. Itulah Husam Musa , jangan jadikan dia umpama terbilang tapi terbuang ...

Comments
1 Comments

1 comment :

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum,

Pada pemerhatian saya, masih terdapat jurang yang luas (dari segi pemikiran dan tindakan) dan juga dari segi perspektif dan persepsi antara 2 golongan dalam PAS ,iaitu Golongan Ulama dan Golongan Profesional.

(Bila saya sebut perbezaan 2 golongan ini, ramai Ahli PAS tak setuju, katanya ini suara UMNO!)

Pada pandangan saya, golongan profesional menyokong penuh Blackout 505, manakala, Golongan Ulama nampak "BERKECUALI" atau berbelah bagi, bermakna, LARANG PUN TAK, SOKONG PUN TAK, terpulang kepada kehendak ahli.

BEGITU JUGA dengan "Kalah PRU13", Golongan Ulama kata kita terima kekalahan ini dengan hati terbuka TAPI kita menentang penipuan PRU.

Saya pernah mendengar huraian atau hujah mereka (Ulama) yang saya sendiri tak berapa nak faham antara TAKDIR DAN QADAR....

KALAU saya ambil contoh main bolasepak, 5 gol KITA sumbat TAPI semua dibatalkan pengadil kerana katanya kononnya "offsaid", TAPI lawan sumbat 2 gol yang BENAR-BENAR "offsaid" TAPI dikira gol, maka KITA kalah 2-0, YANG HAKIKAT SEBENARNYA KITA MENANG 5-2.

Dalam keadaan begitu, mana satu TAKDIR, mana SATU QADAR?

Adakah kita diminta menerima kekalahan dengan cara penipuan itu dengan hati terbuka? Maknanya lepas main bola tu kita bersalam berpeluk tanda redha menerima kekalahan walaupun tahu kita ditipu pengadil dan penjaga garisan!!!

Bagaimanapun, SESUATU yang agak menarik perhatian saya adalah, Golongan Ulama yang menguasai ceramah-ceramah di MAsjid-masjid, emenkankan betapa kita perlu TAAT WALA' kepada Kepimpinan.

KAdangkala, sekali sekala, TERFIKIR jua di fikiran saya seolah-olah golongan Ulama ini berhujah bahawa mereka mendapat "petunjuk" dari Tuhan sebelum membuat apa-apa keputusan, dan memohon ahli taat dan patuh tanpa boleh dipersoalkan!!!

BAGI saya, baik ulama, baik bukan ulama, baik profesional, bagi saya TIADA BEZANYA, kerana yang bebar-benar membezakannya adalah Iman dan Taqwa, yang bukan boleh diukur berdasarkan labuhbya jubah dan tebalnya serban,

BERMAKNA, bagi saya, tindakan poloitik lebih perlunya kepada KEKUATAN AKAL yang disandarkan kepada landasan SYARIAT. Selagi kiata tidak tergelincir dari landasan Syariat, maka tindakan dan keputusan politik itu sudah tentu berdasarkan kekuatan akal.

KITA bukan berselisih dari soal khilaf dalam syariat, tapi berselisih dari segi tindakan dan keputusan kepentingan politik.

KALAU kita berselisih dari segi Khilaf dalam Syariat, maka awal-awal lagi gologan Professional perlu tarik diri dari memberi hujah dan pendapat, kerana soal hukum syariat, kita serah kepada pakar (ulama) memutuskan...itu sudah pasti.

DAN JANGAN LUPA, GOLONAGAN MANA SEKALIPUN YANG BERKUASA, BAIK KAFIR MAHUPUN MUNAFIK, JUGA AKAN MEMINTA MEMOHON AGAR AKUR DAN TAAT SERTA PATUH KEPADA KEPIMPINAN!!!!

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...