KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Sunday, July 14, 2013

Akal budak tapi berlagak macam Ulama Kabir

Kesian Mursi , beliau diberikan kesempatan hanya satu tahun menerajui pemerintahan untuk melakukan baikpulih keatas segala kemusnahan yang diwarisi dari pemerintahan 32 tahun Mubarak yang zalim dan korup sebelumnya itu. Apakah adil untuk menuduh Mursi telah gagal?

Dia jatuh kerana General al sisi yang di beri kepercayaan untuk mengemudi bahtera Negara akhirnya khianat terhadapnya.

Yang berteriak membakar gambar Morsi, adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah!

Yang menyokong tindakan tentera merampas kuasa dan menyingkrkan Mursi adalah seorang yang bergelar Imamul Akbar, Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayeb.

Mereka semua adalah sama sebangsa dengannya, kulitnya sama, bahasanya sama, bahkan ugama mereka juga adalah sama.

Ketahuilah bahawa sejarah hanya berulang semula : 

Bahawa yang membunuh Saidina Omar, Saidina Uthman, dan Saidina Ali dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama sebangsa, kulitnya sama, bahasanya sama, bahkan ugama mereka juga adalah sama.

Maka amat benarlah pesan Rasulullah kepada kita semua sebagaimana terdapat dalam sepotong hadisnya yang diterjemahkan oleh Soheh Muslim (Hadis ke 1814) membawa maksud :
Dari Huzaifah Ibnu Al-Yamani r.a. katanya: "Biasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang tentang kejahatan; kerana aku takut kejahatan itu menimpaku." 

Lalu aku bertanya, "Ya Rasulullah! kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Taala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?"

Jawab Rasulullah "Tentu!"

Tanyaku, "Sesudah itu mungkin pulakah datangnya kebaikan?"

Jawab Rasulullah, "Ya, tapi sudah cacat!" Jawab Nabi saw, "Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (undang-undang) diluar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya." 

Tanyaku, "Sesudah kebaikan itu timbul lagikah kejahatan?"

Jawab Baginda, "Ada. Iaitu orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka , lalu siapa yang memenuhi panggilannya dilemparkannya ke dalam neraka itu."

 Tanyaku, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kami ciri-ciri mereka."

 Jawab Nabi saw, "Baik! Iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam) dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami."

Tanyaku, "Bagaimana petunjuk Anda seandainya kami menemui hal yang sedemikian?" Jawab Nabi, "tetaplah kamu bersama jemaah kaum Muslimin dan Imam (pemimpin) mereka!"

 Tanyaku, "Jika tiada jemaah dan Imam?"

Jawab Baginda, "Tinggalkanlah parti-parti itu semuanya. Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu"


Jelas bahawa kejatuhan Islam adalah disebabkan oleh musuh dalam selimutnya sendiri, yakni dari kalangan mereka yang mengaku Islam. 

Tetapi ironisnya, masih tetap ada yang berkata, bahawa kita tidak boleh berkata sesutu yang nista terhadap mereka apatah lagi menentang mereka yang jelas telah berkomplot atau bersubahat untuk menjatuhkan Islam.

Dalam klip video atas itu, budak itu mengatakan bahawa tugas Sheikul Azhar adalah untuk 'mendamaikan dua kelompok yang bertelingkah. Maknanya beliau perlu berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana pihak yang terlibat.

Tetapi bukankah dengan menyatakan sokongannya  kepada tentera itu  telah menjadikan dirinya telah memihak kepada tentera? Tak payahlah wahai budak ni nak puji melangit dan mengancam mereka yang menentang pendirian Sheikul Azhar itu.

Tak payahlah nak pulas ayat-ayat Allah dengan takwilan supaya Sheikul itu nampak betul walaupun jelas telah tersilap langkah. Jabhah Ulamak Al-Azhar iaitu badan terkemuka yang menghimpun ulama’ Al-Azhar , berkaitan dengan isu ini telah medesak  Syaikh Al Azhar itu supaya meletakkan jawatan serta merta .

Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir sebagaimana sekarang ini.

Seorang lagi ulamak Dr Abdullah Barakat yang merupakan Dekan Fakulti Dakwah Islamiah, Universiti Al-Azhar turut mengecam keras tindakan Syeikh Al-Azhar. Beliau berkata, Morsi merupakan seorang presiden yang adil, dan Dr.Ahmed Toyyib telah melakukan kesilapan dalam pendiriannya terhadap Presiden.

Mengikut kata budak ni, adalah dilarang memerangi puak-puak ini atas nama jihad  semata-mata kerana mereka itu adalah orang Islam, yakni sama seagama dengan kita …

Bukankah kaum Munafiqeen ini muncul dari kalangan yang hanya mengaku Islam di mulut sahaja tetapi dalam hati mereka sangat menentang Islam? Firman Allah yang bermaksud : 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (Ali-Imran:118)
Comments
6 Comments

6 comments :

mountdweller said...

Budak ni dah baligh ker belum?
Mana dia dapat maklumat?
Apa saya nampak macam budak kampung yang cuba memandai saje!

Dengar loghattu, budak ni budak Kelantan tapi dari jeruk mana?

Cikli said...

spin

abu bakar said...

perlu ada pihak mendamaikan 2 pihak yg bertelagah-bukankah itu syariat,
http://www.shiitenews.com/index.php/middle-east/7419-brotherhood-is-paying-its-mistake
-sumber mengatakan im menerima dana qatar 5 billion,selepas jatuh mursi saudi dan negara teluk dapat lagi 12 billion,saudi negara pertama bagi tahniah kpd tentera

drlangitbiru penang said...

Assalamualaikum Tuan,

Lama menyepi....ada cerita baru ka..terutama pasal menantu ni..update sikit!

trw bachok said...

Budak xberapo segar... buat malu ore kelate jah.. pondok mano demo blaja weh.. serban besar macam tguru hebat tapi pandangan mata amat sempit. Ambo ore jahil nok tanyo demo, cukupkah serban demo tu utk tutup jenazah 500 para syuhada im atau utk kesat darah 5000 im yg cedera? S azhar hanya dicaci tapi ikhwan dibunuh kejam... mana lebih jahat ya seh? Siapa yg berbunuhbunuhan? Im bersenjatakan doa vs askar bersenjata peluru hidup. Jgn taassub dgn s a... ianya jawatan yg dilantik mubarak ... ulama umno katakan.. ianya tak sama zaman jaadul haq atau seikh abd halim mahmud. Tantowi dulupun sudah ada kontroversi dgn ulama ummah berkaitan dgn muamalah ribawi... ditentang dlm bentuk tulisan dan hujahan ilmiah.. salah ke? Hari ini im diburu ditangkap dibunuh hasil fatwa persekongkolan sa dgn pemberontak sisi...ingat.. setitis darah muslim yg tumpah pasti akan dituntut keadilan dihadapan allah nanti.kita semua akan menjadi saksi nanti .. saya bersaksi dihadapan allah bhw tidak halal bg sesiapapun bersubahat menyokong mrk yg membunuh saudaranya yg tidak berdosa.. bukankah im bangkit hari ini kerana semata2 menuntut hak mereka yg telah dirampas? Bukalah mata seluasnya wahai saudara.

leonardo ustazo said...

Seronok baca komen, memang sah semua nya kurang cerdik dan pandai. Tak heran lah umat Islam mundur di semua bidang.Berbalah tak habis habis. Malu ! malu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...