GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, July 01, 2013

Bukan Syiah sahaja patut di pecat, PAS cop ayam pun patut kena pecat !

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad atau lebih dikenali sebagai ‘Din Ayam’ (gambar kiri) berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya di sini

Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini bukan benda baru. Nasrudin Tantawi juga telah dengan panjang lebar menyatakan benda yang sama pada 6 Disember, 2011 dulu di sini

Tapi saya juga selaku ahli dan pemerhati politik ingin menyatakan bahawa PAS juga patut pertimbangkan pemecatan keahlian orang yang membuat kenyataan itu sendiri, iaitu keatas Din Ayam.

Din Ayam sebagai ahli PAS telah melakukan perkara yang merugikan parti berikutan isu penyertaan calon PAS di Kota Damansara dalam PRU 13 yang lalu. Beliau telah menggunakan pengaruh peribadinya sebagai menantu Presiden dan telah mengelirukan Presiden parti hingga Presiden sanggup mengeluarkan watikah kepada calon PAS yang terlibat walaupun tugas itu sebenarnya adalah tugas Seiausaha parti, iaitu Cikgu Mustafa Ali.

Tindakan Din Ayam itu jelas tidak mendapat restu dari PAS negeri Selangor dan juga PAS Pusat.

Din Ayam sepatutnya dipanggil berhadapan dengan Badan Disiplin parti untuk membuat penjelasan.

Setidak-tidaknya, Badan Disiplin PAS boleh mengeluarkan kenyataan bagi membersihkan Din Ayam dari cakap-cakap kotor dan busuk mengenai Din Ayam oleh sebilangan ahli PAS sendiri.

Kalau tidak, ramai beranggapan bahawa beliau patut dipertimbangkan untuk diambil tindakan sebagaimana PAS ambil ke atas Hasan Ali dahulu iaitu memecatnya serta merta bersabit menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS berdasarkan Fasal 82(9)
Comments
8 Comments

8 comments :

Abu Amin said...

Nak tengok ada ahli Pas berzina mut'ah dan mencaci mencarut para sahabat simpan la mereka tu dalam parti. Bila syiah hendak diperangi ada pula yg membela. Bahalul sungguh!

Juragan said...

Kena "Tendang" juga Ahli PAS yang perangai seperti "Musang Berbulu Khinzir"

Amuraria said...

ni kes ayam bermasalah ;) ABU jangan lupa !

bat8 said...

Tuan,

Bersetuju sangat ika si Din ayam ni dihadapkan ke awatankuasa disiplin parti PAS atas kera lahabaunya dalam PRU 13 yang lalu. Tetapi mengapa tindakan masaih belum di ambil?

Pak mertua dok backup dan protect ke? Pak mertua pun patut dihadapkan sekali kerana membiarkan dirinya ditipu oleh menantu. Tak masuk akal Pak mertua, orang no.1 boleh kena kelabu dengan menantu. Kalau camni, memang sudah sampai masanya pak mertua berhenti adi no.1.

bat8

aljo said...

Kalau dengan ostad cap ayam macam ni presiden pas boleh terkeliru bermakna presiden cap itik lah tu... atau kita bagi dia presiden cop pil kuda.

Berhenti jadi presiden lagi baik kalau rasa diri tu IQ rendah. Walaupun orangnya baik dan alim tapi tanpa disedari beliau telah banyak membuat kerosakan dek kerana tidak mampu berfikir.

alhusseyn said...

Abu Amin,tidak berbangkit PAS mahu membela Syiah atau menerima syiah menjadi anggotanya. Malah PAS pernah mengambil tindakan disiplin dan sebahagiannya dipecat dari PAS kerana terbukti terlibat dengan syiah.Ramai kalangan pengikut Ust Mukhlis dari Gunung Semanggol terlibat dalam isu tersebut.

alhusseyn said...

bat8, adalah malang sekali kerana PAS menggunakan khidmat Din Ayam ini -iaitu orang yang terlibat dgn kontraversi dalam isu Kota Damansara untuk memberikan taklimat Post Mortem PRU-13 dibeberapa negeri.

alhusseyn said...

Juragan,kata bidalan itu pun tak kena, jgn kerana marah sampai sudah tak ada 'aqal untuk menggunakan kata bidalan yg lebih sesuai.Musang nak makan ayam, lalu menyamar sebagai ayam; sbb itu di sebut 'musang berbulu ayam'

Tidak mungkin ada musang yang berbulu harimau semata-mata mahu bergaul dengan harimau.Silap-silapa kena makan dgn harimau.

Adapun musang berbulu babi itu adalah sesuatu yang mustahil lagibodoh sbb musang bukan ada apa-apa keperluan utk menyamar dan bergaul dgn babi dengan babi.

Maknanya musang itu tidak tahu apa faedahnya bagi dia perlu berbulu babi.

Saya tidak mahu menuduh sesiapa, tp siapa yg bubuh cili kat bontotnya sendiri,biarlah dia sendiri merasa pedasnya.

Bagi saya 'Musang berbulu babi itu sebenarnya adalah gambaran bagi seseorang yang tidak berakal, tidak mengetahui sesuatu itu kebaikan atau keburukan, tetapi ia dapat dikenal oleh orang yang berakal macam aku ini!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...