GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, July 06, 2013

Di negara Sosialis dan Kominis , Rakyat tidak boleh tahu kesalahan pemimpin ; Apakah perkara sebegini tidak berlaku dalam PAS?

Persoalan yang sangat menarik bila mendengar saranan dari TGHA yang memperkatakan tentang 'Kebenaran' yang perlu sentiasa menjadi amalan sementara 'Pembohohongan' perlu dihindari agar amanah dapat dipelihara dan tidak berlakunya pengkhianatan.


Adakah apa yang berlaku di dalam negara Sosialis dan negara Kominis sebagaimana yang TGHA katakan (transkrip di bawah) tidak berlaku dalam PAS hari ini?

Sesiapa saja boleh menafikannya. Tetapi , sila jelaskan dahulu perkara berikut :

a) DR Dzulkifli Ahmad pernah buat kenyatan yang disiarkan oleh Harakah Online pada 9 Jun 2013 mengenai penubuhan jawatankuasa untuk menyiasat secara menyeluruh tentang perjalanan PRU-13 dalam isu penipuan dan pertindihan kerusi agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang. Apakah setelah hampir sebulan berlalu, masih belum cukup masa untuk disiapkan ? Mana itu post mortem mengenai isu pertindihan calon di Kota Damansara PRU-13?



Saya bertanyakan hal tersebut kerana terdapat pertelingkahan kenyataan yang dibuat antara YB Khalid Samad dan Zaharudin Mohamad (Din Ayam)


Bahawa kenyataan mereka tersiar di ruang awam / media terbuka ~ boleh dibaca oleh sesiapa saja, maka adalah wajar penjelasan mengenainya juga adalah untuk bacaan masyarakat awam.PAS tidak boleh menyapu masalah ini ke bawah tikar atau karpet atau memandang sepi saja.

b) Kalau pendedahan Khalid Samad mengenainya tidak betul, sila ambil tindakan ke atas beliau melalui badan disiplin PAS.

c) Dan kalau apa yang Khalid Samad dedahkan itu benar, sila ambil tidakan yang perlu keatas mereka yang terlibat melalui badan disiplin PAS.

Kita tidak mahu apabila ada berlaku penyelewangan dan salah laku dalam PAS, bukan sahaja fakta 'dipulas biar jadi betul; dengan berbagai takwil', malah orang yang cuba mendedahkannya turut dipulas sama ~ bukan di telinganya tetapi di lehernya! Kah! Kah! Kah!

Sila ikuti transkrip ucapan TGHA berikut : 

0:01 ~ Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Dimana rakyat diminta bercakap benar. Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul! Pemimpin itu salah, beritahu salah! 

0:16 ~ Apa yang berlaku dalam negara Sosialis dan negara Kominis ialah menyembunyikan kesalahan. Rakyat tak boleh tahu kesalahan pemimpin. Kalau ada salah pun ia pulas biar jadi betul juga; dengan berbagai-bagai takwil. 

0:32 ~ Maka berlakulah pembohongan dan merosakan rakyat dan merosakan negara. 

0:38 ~ Jelas, ajaran sosialis sama dengan kapitalis , sama dengan komunis; bercanggah dengan Islam , dan sama-sama bertuhankan kebendaan. 

0:51 ~ Kapitalis, kebendaan menjadi matlamat . Komunis , kebendaan menjadi matlamat, Sosialis juga kebendaan menjadi matlamat. 

1:00 ~ Yang berbeza ialah cara sahaja , Kapitalis mengutamakan kepentingan orang perseorangan.Komunis dan Sosialis mengutamakan kepentingan masyarakat. 

1:13 ~ Cuma komunis menggunakan kekerasan dan komunis menolak agama.Sosialis membenarkan agama. Ugama dibenarkan tapi ugama yang tidak ada kuasa. Politik suku, ugama suku.Ini bercanggah dengan syariat Allah yang dibawa oleh nabi kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sumber dari Klip berikut :



Perhatian :Tuan-tuan masih boleh mengakses video tube di sini sebagai ganti U-tube yg diatas ini https://www.youtube.com/watch?v=flpXsgQBBEA#t=27
Comments
1 Comments

1 comment :

shah ashburn said...

Salam,
benar..ajaran sosialis menyamai komunis! Ytp jika dlm Parti PAS juga amalkan assobiyah. .hmm x kemana perjuangan islam ini d malaysia! Di sevabkn tiada lagi yg mirip perjuangan islam d malaysia..maka jgn lah hendaknya di assobiyah kn PAS ini!
assobiyah bukan bertemakan kebangsaan spt umno yg tyrut sekular..ttp makna assobiyah itu lebih lg..bgmn pula dgn melayu yg terlalu brbangga dgn kulaan..adat perpatih dan turunan mereka? Sama je pon dgn arab jahiliyyah yg sibuk dgn kabilah2 nya!
cheers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...