GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, July 07, 2013

Dia sangka pangkat Sheikul Azharnya itu punya kuasa mutlak membolehkannya bertindak sendirian dgn bersikap authoritarian.

Sheikul Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayeb yang mengkhianati perjuangan Islam di Mesir dengan merestui rampasan kuasa tentera konon atas alasan 'memilih mudharat yang lebih kecil untuk mengelakan mudharat yang lebih besar' tentu sekarang ini merasa kesal tak sudah bila mendapat tahu berita ini.

Apa beritanya? Teruskan bacaan anda sambil membayangkan diri anda sedang menikmati asam kecut  seperti gambar sebelah ni...Hmm...terasa masam-masam masin bercampur manis (~ Three in one!)

Ternyata tindakannya itu telah  melahirkan mudharat yang lebih besar apabila rakyat Mesir yang pro Morsi bangun membantah menentang tindakan yang tidak demokratik tentera yang memihak kepada kumpulan penentang Morsy.

Inilah jadinya bila ulama (baca p---mak) buta politik membuat ijtihad sendiri tanpa berunding dengan tokoh-tokoh ulama yang lain.Dia tidak pernah terfikir bahawa demonstrasi penentang Morsi itu jenis makan upah dan ditaja.


Pendemo anti-Mursyi melakukan keganasan dan pembunuhan dengan membakar dan menggeledah pejabat Ikhwanul Muslimin.

Malah mereka telah menyerang dan merogol puluhan wanita di Dataran Tahrir.Mereka ini bertujuan untuk menimbulkan huru hara dan kekacauan supaya polis dan tentera boleh menjadikan situasi begini menjadi alasan untuk mereka bertindak ke atas penyokong Mursi yang berkumpul secara aman.

Dia menyangka pangkat Sheikul Azharnya itu besar sangat dan punya kuasa mutlak membolehkannya bertindak bersendirian dgn bersikap authoritarian.

Mehran,Pengasas Tamarood bertaubat apabila 
menyedari pembangkang perangi Islam bukan Mursi
 
Sementara itu dilaporkan bahawa Pengarah Pusat Kajian Politik dan Undang-Undang Kaherah, Dr.Ahmed Mehran yang merupakan penggerak "Barisan Penyelamat", telah menyesali perbuatannya memerangi kumpulan politik Islam, memerangi habis-habisan Ikhwan Muslimin lalu mengumumkan secara rasmi keluar dari badan tersebut.

Beliau  bertindak demikian setelah menyedari hakikat sebenar bahawa asas pertembungan ini adalah dengan Islam.Baca di sini

Berita mengenai para penyokong Mursi yang sedang solat berjemaah telah ditembak mungkin tidak terasa apa-apa oleh Sheikul Azhar ini. Tetapi inilah berita yang menyebabkan telor Sheikul Azhar bertukar menjadi seperti asam kecut dalam gambar atas tadi tu, Kah! Kah! Kah:

Seorang padri Koptik, Mena Aboud Sharoben 39 tahun (gambar), yang tinggal di Arish, telah ditembak mati Sabtu di al-Sentral Street di kejiranan utara Sinai al-Masaeed.

Lelaki bersenjata menunggang motosikal menembak mati paderi itu  di kawasan tanpa undang-undang Utara Sinai dalam apa yang boleh menjadi serangan sektarian pertama sejak penggulingan Presiden Islam Mohamed Morsi oleh tentera , kata sumber keselamatan.

Serangan itu datang sehari selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melancarkan serangan serentak dengan senjata berat di tempat pemeriksaan keselamatan di Utara Sinai, membunuh lima pegawai polis dan tentera. 

Ikhwan Muslimin telah mengkritik keras Pope Coptic Tawadros, pemimpin spiritual 8 juta orang Kristian di Mesir, kerana memberi restu / persetujuan terhadap penyingkiran Presiden dan menghadiri pengumuman oleh angkatan tentera komander Umum Abdel Fattah al-Sisi sewaktu menggantung perlembagaan Mesir. Terjemahan oleh al-Husseyn dari sumber UTV. Kredit gambar Mehran dan Padri Koptik ~ Reuter.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...