GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, July 08, 2013

Ikhwan Muslimin : Tentera bunuh penunjuk perasaan yang berhimpun aman di luar bangunan Morsi ditahan



 Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad telah mentweet bahawa penunjuk perasaan telah ditembak tentera di luar kawasan ketenteraan di mana bekas Presiden Mohamed Morsi sedang ditahan.

Penunjukan perasaan turut membawa peluru tentera kosong ke hospital selepas kejadian tembakan tersebut menuduh tentera membunuh penunjuk perasaan yang berkumpul secara aman di tempat di mana Morsi sedang ditahan.

Selepas tragedi tembakan di perkarangan 
tentera di Kaherah Kredit:. APTN

Angka kematian dalam keganasan di ibu pejabat Pengawal Republikan Kaherah telah meningkat kepada 42, televisyen negara Mesir telah mengumumkan, selepas Ikhwan Muslimin menuduh pasukan keselamatan menyerang penunjuk perasaan di sana.
 
Tembakan berlaku dalam kawasan ketenteraan di mana 
bekas Presiden Mohamed Morsi sedang ditahan Kredit:. APTN
 
Televisyen negera itu juga melaporkan tambahan 322 orang telah cedera dalam apa yang telah digambarkan sebagai satu cubaan untuk menyerang ibu pejabat Pengawal Republikan.

Ambulans membawa mangsa serangan tentera untuk 
mendapatkan rawatan

Tentera berkata "Kumpulan Pengganas" telah cuba menyerbu bangunan di mana bekas Presiden Mohamed Morsi sedang ditahan."Kumpulan Pengganas" cuba  menyerang pada waktu subuh tadi, membunuh seorang pegawai dan mencederakan 40 yang lain.

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...