GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, July 02, 2013

Ingat biawak, ingat Utusan ....

Tony Pua , Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan, bahawa beliau tidak pernah meminta supaya pasar Ramadhan ditutup.

Sebaliknya, Tony mendakwa , Jonker Walk dan bazar Ramadhan di Taman Cempaka yang mempunyai sejarah selama 13 tahun itu sebenarnya ditutup oleh UMNO dan Barisan Nasional. 

"Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar tanpa moral, yang lidah bercabang bagai biawak," katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen kelmarin di sini 

Kerajaan negeri Melaka dalam penafiannya berkata , Jonker Walk hanya dibuka untuk laluan bagi kenderaan di sepanjang pasar malam Jonker Walk di Jalan Hang Jebat bermula Jumaat.

Menurutnya, tindakan tersebut tidak melibatkan penutupan gerai sedia ada di sepanjang pasar malam itu yang bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga Ahad.

Bangang punya Ketua Menteri.Kenyataannya sangat berlawanan dengan kenyataan Menteri Pelancongan, Nazri Aziz yang mahukan jalan tersebut terus ditutup kepada kenderaan.

"Nama pun Jonker Walk, ia memerlukan pedestrians (pejalan kaki) berjalan bukan hanya di kaki lima. Orang mesti berjalan di atas jalan.

"Tiada sebab selepas 13 tahun baru nak fikir semula benda ni. Sudah 13 tahun orang kenal Jonker Walk. Ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat atau faedah kalau kita buka Jonker Walk untuk kenderaan. Ia tidak lagi jadi Jonker Walk, ia akan jadi Jonker Highway," katanya di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...