GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, July 04, 2013

Nik Aziz : Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam

TGNA walaupun telah bersara sebagai MB Kelantan, tapi masih mampu mengeluarkan kenyataan tanda solidariti terhadap kerajaan Islam Mesir yang telah ditumbangkan oleh tentera.

Antara kenyataan TGNA yang menarik untuk sama-sama kita tatapi ialah :

Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jaminan seseorang ulama itu celik politik.

Saya sangat setuju dan saya ingin menyatakan pandangan saya bahawa Ulama itu ada banyak jenis - 

 1) Ulama'ul-amilin ~ Mereka yang beramal dengan ilmunya.

 2) Ulam ~ Tidak cukup ilmu dan syarat tapi berlagak bagus sangat macam  ulama ; hanya baik digunakan untuk membaca do'a makan dan di ratah dgn sambal belacan!

3) Ularmak ~ Ini jenis berbisa. Suka keluarkan fatwa yang pelik-pelik dan bertentangan dengan Islam.Orang jual ubat dan Tukang main silap mata gemar gunakan ular untuk menarik perhatian orang ramai.Orang politik juga sangat gemarkan ular jenis ini.

4) P_ _ _ mak ~ Ini jenis paling haprak!

Jangan marah atau melenting kepada saya, cer baca dan hadamkan sebiji-sebiji ayat-ayat TGNA mengenai Ulama.Beliau menegur Sheikul-Azhar . Apalah sangat mereka yang kalau setakat nak mengarang sebuah kitab agama pun tak mampu tapi gah dengan taitel ulama?
Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang 

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

 Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, 
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) 
Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...