GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, July 04, 2013

Pasukan keselamatan kepung penyokong pro-Morsi


Pasukan keselamatan telah meletakkan kawat berduri dan membentuk rantaian manusia mengepung penyokong Presiden Mesir yg digulingkan di hadapan masjid Rabaa di Kaherah. 



Sesetengah penunjuk perasaan berkata, mereka rela mati sebelum membenarkan Morsi dipecat daripada jawatannya. 



Salah satu penyokong berkata kepada agensi berita Reuters: "Insya-Allah kami tidak akan meninggalkan tempat ini sehingga presiden yang kami undi di bawah nama Allah dan Rasul dikembalikan semula ke pejabatnya, atau kami akan mati syahid."


Sementara itu, seorang jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad, dalam tweetnya menyatakan presiden yang digulingkan itu, Mohamed Morsi dan kebanyakan ahli kumpulannya telah diletakan di bawah tahanan rumah.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...