GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, July 14, 2013

Selamat Berbuka dengan Bak Kut Teh

Salam semua, nampaknya saya terpaksa juga menulis dalam bulan Ramadhan ini walaupun pada mulanya saya berazam untuk tidak berbuat demikian kerana ada hal lain yang perlu saya tumpukan.

Tetapi nampaknya, saya tepaksa juga menulis kerana dirasakan perlu untuk membuat sedikit penjelasan berhubung dengan isu Bak Kut Teh.

Pencacai Umno cuba mengambil kesempatan ini untuk mengaitkannya dengan PAS dan hubungannya dengan DAP. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa isu ini tidak ada kaitanya dengan PAS atau DAP.Kekeliruan adalah disebelah kita, ummat Islam, akan saya jelaskan seterusnya nanti.

Ramai kalangan orang kita (Islam) yang berasa janggal dan marah-marah bila pasangan Alvivi menaikan gambar mereka di facebook dengan ucapan selamat Berbuka kepada muslimin dengan hidangan makanan orang Cina iaitu Bah Kut Teh. 


Saya sendiri yang biasa makan Bak Kut Teh buatan sendiri berasa aneh bila timbul kekecuhan mengenainya. Saya beli bahan rempahnya dikedai ubat Cina dan saya gunakan untuk memasak ayam ~ sejenih masakan berair iaitu sup. Apa masalahnya saya dan keluarga makan Bak Kut Teh?

Bak Kut Teh ini  sebenarnya adalah membawa maksud 'sup daging tulang' yang mana selepas memakannya, orang Cina akan minum teh untuk membersihkan lemak-lemak yang dimakan tadi. Biasalah kaum Cina suka makan babi, maka Bak Kut Teh menjadi sinonim makanan mengandungi babi dan tidak halal kerana itu.Begitulah pemahaman kita yang kurang memahami mengenainya.

Hinggakan Timbalan Pengarah Jakim sendiri, Lokman Abdul Rahman pernah mengeluarkan kenyataan bahawa istilah Bak Kut Teh itu boleh mengelirukan ummat Islam malah ia tidak kelihatan halal kerana ianya masih membawa 'nama yang haram' mengikut hukum feqah.

Kenyataan beliau itu merupakan responnya terhadap satu majlis memperkenalkan bak kut teh halal di Fabulous Food 1Malaysia — Malaysia Restaurant Food Festival di Putra World Trade Centre di Kuala Lumpur di sini .

Jelas kekeliruan adalah dipihak orang Islam kita sendiri kerana sebagaimana yang saya terangkan tadi, Bak Kut Teh bermaksud 'sup daging tulang'
Mi Bak Kut Teh dengan logo halal yang dibelinya di sebuah 
pasar raya di Damansara Damai, Pataling Jaya
 
Pernah terjadi kekeliruan mengenainya sebagaimana gambar diatas dan beritanya ada  di sini. Namun ianya tidaklah sampai diambil kesempatan oleh pencacai Umno dengan mempolitikan isu tersebut dengan mengaitkannya dengan hubungan baik di antara PAS dengan DAP sebagaimana isu ucap Selamat Berbuka oleh pasangan Alvivi itu.

Berita mengenai Bak Kut Teh halal menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren ini pernah keluar di Malaysiakini.Beritanya adalah sebagaimana berikut :


Bah kut teh halal di expo makanan 


5:00PM Dis 8 2009: Makanan kegemaran masyarakat Cina, bak kut teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini.

Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di Kuala Lumpur, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia.

 "Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren. BERNAMA

Comments
2 Comments

2 comments :

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

SEPERTI YANG DIJANGKA...
TU YANG KIT SIANG KASIH HANGPA TUH..BERSEDIA BERKORBAN..

alhusseyn said...

Apa sangkut paut dengan Lim Kit Sianga? Aku dah kata pun, pencacai Umno memang sengaja nak mempolitikan isu ini sebab sebenarya mereka naif mengenai Bak Kut Teh.Sengal betul!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...