JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, July 08, 2013

Tentera serang ketika penyokong Morsi solat subuh

Pada petang Isnin, Pendakwa raya telah memulakan siasatan keatas pertempuran berdarah di antara tentera Mesir dan penunjuk perasaan pro-Morsi di ibu pejabat Pengawal Republikan di Kaherah pada awal hari.

Pertempuran meninggalkan sekurang-kurangnya 42 orang awam mati dan 322 cedera. Sementara itu, tentera Mesir berkata seorang pegawai mati dan 40 tentera cedera, termasuk tujuh dalam keadaan kritikal. 

Pendakwa raya berkata, mereka telah menemui peluru, birdshot dan Molotov koktel di sekitar pertempuran berhampiran ibu pejabat Pengawal Republikan di Bandar Nasr Kaherah. Satu delegasi pendakwa telah melawat rumah mayat Zenhom di mana beberapa orang mati telah bawa ke situ, manakala beberapa mangsa lain ditemuramah di hospital-hospital tempatan.

Cerita-cerita yang bercanggah 

Laporan yang bercanggah telah muncul tentang bagaimana pertempuran bermula pada hari kelima Ikhwan Muslimin yang menerajui ‘duduk-bantah’ di kemudahan tentera untuk menuntut Presiden yang digulingkan Mohamed Morsi dipulihkan kedudukannya.

Dalam satu kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh Al-Ahram, laman web berita Arab, tentera berkata "kumpulan pengganas bersenjata" cuba untuk memecah masuk ke ibu pejabat Pengawal Republikan di awal pagi Isnin dan "pasukan keselamatan diserang." 

Penyokong Morsi membantu yang cedera berikutan kejadian
 tembak di Kaherah. Kredit: Reuters/Asmaa Waguih
 
FJP, parti sayap Ikhwanul Muslimin bagaimanapun, mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkata "penunjuk perasaan aman sedang melaksanakan solat Fajjr (subuh)” apabila tentera " melepaskan gas pemedih mata dan tembakan kepada mereka tanpa menghiraukan kehormatan solat atau nyawa orang." 

"Ini juga merupakan pelanggaran terhadap hak rakyat untuk bantahan secara aman," katanya.

Ramai wanita dan anak-anak muda mencari perlindungan dalam masjid berhampiran, kenyataan Ikhwan berkata, tetapi pasukan keselamatan "mengepung masjid tersebut dan menahan sesiapa yang datang daripada situ." 

"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah tentera Mesir," kenyataan FJP itu menambah kata. 

"Mungkin masih terdapat beberapa orang yang cerdik dalam tentera yang boleh menghentikan perlakuan yang luar biasa bagitentera Mesir." 

Tentera, bagaimanapun, berkata ia telah menahan sekurang-kurangnya 200 orang yang telah mempunyai "kuantiti yang besar senjata api, peluru dan Molotov Koktel." 4 Ia juga berkata bahawa ia telah membuka semula jalan Salah Salem yang telah disekat oleh penunjuk perasaan pro-Morsi. 

Presiden Morsi telah dipecat oleh Angkatan Tentera Mesir pada Rabu berikutan bantahan di seluruh negara mendesak beliau dijatuhkan. Hakim Adly Mansour, ketua Mahkamah Perlembagaan Tinggi, mengangkat sumpah sebagai presiden interim negara itu pada hari Khamis. 

Penyingkiran Morsi mencetuskan kemarahan di kalangan penyokong-penyokongnya, terutamanya orang-orang Islam, yang diterajui oleh Ikhwan Muslimin. 

Perikatan Kebangsaan Menyokong Legitimasi, kumpulan pro-Morsi yg dibentuk untuk menyokong haknya untuk melengkapkan tempoh masa jawatannya, terus duduk-bantah di Masjid Rabaa Al-Adawiya di daerah Bandar Nasr, Kaherah. 

Lain-lain kumpulan pro-Morsi telah membantah di tempat lain, yang paling ketara di Dataran Nahdet Misr di Giza.4 Reaksi politik dan kejatuhan Also on Monday, the Salafist Nour Party, which had initially backed the ouster of President Mohamed Morsi, announced that it "will withdraw from the political process" in response to the incident.

Tidak lama selepas pertempuran maut, pemimpin Parti Strong Egypt , Abdel-Moneim Abul-Fotouh, pengkritik bekas Presiden Morsi, menggesa presiden interim Adly Mansour untuk berundur.

Abul-Fotouh, yang meletak jawatan dari Ikhwan Muslimin tidak lama selepas pemberontakan 2011, memberitahu Al Jazeera bahawa kejadian itu adalah "satu jenayah dahsyat terhadap kemanusiaan dan semua orang Mesir."

Juga pada hari Isnin, Parti Salafi Nour, parti Islam Mesir kedua terbesar yang pada mulanya menyokong penyingkiran Presiden Mohamed Morsi, mengumumkan bahawa ia "akan menarik diri daripada proses politik" sebagai tindak balas kepada kejadian itu. 

"Kami mahu mengelakkan pertumpahan darah, tetapi kini darah telah tumpah. Jadi sekarang kami ingin mengumumkan bahawa kami akan menamatkan semua rundingan dengan pihak berkuasa yang baru," tambah Nour. 

Sementara itu, pemimpin Parti Perlembagaan Mohamed ElBaradei telah mengarahkan satu siasatan bebas ke atas pertempuran di ibu pejabat Pengawal Republikan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 42 mati pada pagi Isnin. 

" Keganasan dibalas keganasan dan harus dikutuk," kata ElBaradei melalui Twitter. "Siasatan Bebas satu kemestian. Peralihan aman adalah satu-satunya cara." ~ alihbahasa alhusseyn sumber alahram online 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...