GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, August 19, 2013

Geng UG PAS kata UG versi PKR juga ada ...

Salam sejahtera kepada semua pengunjung Al-Husseyn. Agak lama juga saya mendiamkan diri.Harap saya akan dapat bergiat semula seperti mana biasanya sebelum ini.
Saya agak terganggu apabila membaca beberapa entri dalam blog pro PAS yang seolah-olah cendrung mahu menggambarkan mengenai adanya UG versi PKR! Ini berlaku hanya gara-gara kerana Anwar sendiri yang mendedahkan perkara tersebut. Saya ulang lagi, hanya gara-gara kerana Anwar sendiri yang mendedahkan perkara tersebut! 

Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar mendedahkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menghubungi dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurut Anwar lagi, beliau telah menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. 

Apakah wajar kalau ada yang menuduh kononnya ada versi UG Anwar atau PKR? Ini mengingatkan kita kepada seerah ar-Rasul, yang juga pernah dipujuk oleh golongan pembesar Quraisy Mekah untuk menubuhkan UG dengan tawaran-tawaran keduniaan yang sangat didambakan oleh manusia ~ status sebagai Raja, harta melimpah ruah dan wanita cantik untuk diperisteri ! 

Sebagaimana yang kita maklum, Rasulullah SAW telah menolaknya demi untuk meneruskan kelangsungan risalah dakwahnya ...;Apakah dengan penolakan itu maka boleh dikatakan bahawa Rasulullah SAW ada komplot UG dengan puak-puak musyrikin Quraisy semata-mata kerana ada tawaran dari mereka? 

 Tentu tidak adil kalau kita tuduh ada versi UG Anwar atau PKR waima Anwar juga telah menolak tawaran-tawaran yang dikemukakan oleh Umno kepadanya. Tapi mereka yang sangat membenci Anwar cuba untuk memburuk-burukan Anwar seolah-olah Anwarlah yang memulakan dan seolah-olah dia telah bersetuju. 

Berbeza dgn UG versi PAS yang amat jelas melibatkan kelibat tokoh-tokoh tertentu , malah Majlis Syura sendiri yang berkomplot dibelakang Mursyidul 'Am.Tentu kisah tersebut korang masih boleh ingat lagi...


Mesyuarat Khas Majlis Syura Ulama di Kota Baru  
mengimbas banyak kenangan silam...


Wajarkah selepas PAS memenangi kerusi dalam PRU tiba-tiba terus timbul usaha UG tanpa pengetahuan rakan-rakan dalam Pakatan dan secara senyap-senyap menghantar wakil bertemu UMNO? Lihat penjelasan Nasarudin Mat Isa di sini

Perlu diingat, usaha yang dimulakan Anwar sebelum PRU berkaitan isu ini cuma utk mendapatkan jaminan pilihanraya yg adil dan pihak yg kalah harus menerima kekalahan dangan hati terbuka, langsung tidak ada berkaitan dengan sebarang bentuk perkongsian kuasa.Saya pernah mengulas mengenainya di sini

Langkah Anwar mendedahkan tawaran Najib baru-baru ini adalah kerana beliau tidak mahu terperangkap dengan permainan Umno.

Anwar tidak mahu berlaku sebagaimana yang pernah berlaku sedikit masa yang lalu dimana ada individu yang cuba merahsiakan malah menafikan adanya pertemuan sulit antaranya dengan Umno sehinggalah dia terpaksa akur apabila ‘orang Umno’ itu sendiri yang mendedahkan hal pertemuan tersebut.

Anwar tidak kelihatan terhegeh-hegeh nak peluk UMNO sebagaimana yang pernah dilakukan didalam gelap oleh orang tertentu itu.Inilah kelebihan dan kejituan Anwar dalam perjuangan.

Mungkin juga kerana tawaran Najib kepada Anwar tidak cukup menggairahkannya. Khabarnya, Najib menawarkan jawatan Timbalan PM kepada Anwar selain 4 jawatan Menteri kepada PKR.

Walaupun Anwar kalau mahu dibandingkan ilmunya dengan mereka yang berpendidikan aliran agama, mahupun yang bergelar ‘Alim Ulama’, begitu jauh tarafnya, namun Anwar mampu menolak pujukan Najib tersebut. Inilah kelebihan yang ada pada Anwar.

Mungkin juga kerana faktor bahawa Anwar pernah menjawat jawatan tersebut ketika era Mahathir dulu maka sudah tentu tawaran Najib itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya. Tidakkah pula Najib pernah terfikirkan bahawa :

Sia-sialah perjuangan Anwar selama ini jika itu matlamat perjuangannya. Anwar sekiranya terus akur menjadi ‘apple polisher’ kepada Mahathir, sudah barang tentu Najib tidak akan dapat mencium peluang untuk jadi PM! 

Kalau Najib tawarkan kepada orang yang belum pernah menjawatnya mungkin ianya akan disambut umpama menadahkan nyiru. Pekara inilah yg hendak di kejar oleh juak juak itu; bukan kerana faktor kepentingan rakyat.

Jelas, bahawa Anwar telah menolak tawaran Najib tersebut dengan mentah tanpa merundingkan perkara tersebut dengan kalangan pimpinan PR. Disinilah kelebihan Anwar dapat kita lihat. Andainya perkara tersebut dibincangkan bersama lain-lain pimpinan PR, kemungkinan besar PR akan menjadi lebih berserabut lagi.

Pertama, besar kemungkinan, Anwar akan didesak oleh kalangan orang-orang PKR sendiri supaya menerimanya dan akibahnya akan berlaku pergeseran dalaman parti sendiri ; melainkan jika PKR telah benar-benar berjaya dalam proses pemutihannya. 

Kedua, Geng UG PAS yang sangat membenci Anwar, berkemungkinan besar akan bertindak lebih agresif lagi untuk bersaing tempat dengan Anwar dalam mendapatkan tawaran yang lebih baik dari Najib.

Dalam keghairahan sebegini, Geng UG PAS sedang berusaha keras untuk menyingkirkan beberapa pemimpin PAS dengan kempen melabelkan mereka sebagai golongan Anwarinas, Erdogan, Syiah dan terbaru ~ Islam Liberal.

Kini cerita UG sudah jadi macam kisah cinta tiga segi. Ada hidung tak mancung, pipi tersorong-sorang. Ada yang terhegeh-hegeh nak peluk sangat UMNO , tapi terbukti Umno nak peluk janda lamanya pula…

Kita kini seolah-olah sedang melihat gelagat orang juling yang sedang mengenyit mata.Lain yang dilihat, lain yang digenyitnya!
Comments
1 Comments

1 comment :

Yong said...

Salam Al-Husseyn

Takkan bodoh bebenor geng UG PAS nih? Setahu Yong si bodoh ni akan jadi makanan si cerdik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...