GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, August 26, 2013

Harap-harap PAS akan dapat terus di pertahankan di Kelantan


Kita baru saja melihat kejatuhan PAS di Kedah dan sudah tentunya bagi penyokong-penyokong PAS yang tegar dan benar-benar ikhlas berjuang selama ini tidak sanggup melihat kejatuhan PAS di Kelantan pula, setelah tiadanya TGNA yang selama ini menerajui PAS di Kelantan sejak 1990.
Ahmad Yaacob dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan , menggantikan Nik Aziz, 82, yang khabarnya memutuskan untuk bersara daripada memegang jawatan yang disandangnya itu sejak tahun 1990.


Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Exco Kelantan kini terdiri daripada Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Fatah Mahmud,Nasaruddin Daud Mejar (B) Datuk Ainizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Dr Mohd Fadli Hassan, Hanifah Ahmad, Dr Ramli Mamat dan Mumtaz MdNawi.
 

Kita sangkakan, dengan penyingkiran Husam Musa dari sebarang jawatan Exco, tentunyalah barisan Exco Kelantan yang terbaru itu adalah yang lebih baik lagi dari yang sebelumnya.


Tetapi apabila kita meneliti tulisan di siniterasa sangat bahawa rupa-rupa-nya jauh melesetnya apa yang kita jangkakan itu.Harap - harap PAS akan dapat terus dipertahankan di Kelantan.
Comments
5 Comments

5 comments :

bat8 said...

Tuan,

Kelantan adalah negeri saya walaupun saya dilahirkan di Selangor dan kedua ibubapa saya orang Selangor. Saya membesar dan belajar disana sehhingga melanjutkan pelajaran di luar Kelantan. Isteri saya orang kelantan. Saya menganggap diri saya orang Kelantan.

Amat menyedihkan melihat perkembangan dalam PAS sekarang, parti yang saya sokong sejak dibangku sekolah walaupun saya tidak menjadi ahli. Lebih memilukan lagi melihat perkembangan yang melanda PAS Kelantan dan kerajaan PAS Kelantan pasca PRU 13. Aidilfitri tahun ini saya rayakan disana dan sempat meninjau dan bertanya tentang perkembangan PAS disana.

Teringat saya kepada peristiwa tahun 1978 dimana PAS Kelantan menghadapi krisis dan merintis jalan kepada UMNO memerintah Kelantan selepas 19 tahun PAS memerintah Kelantan sejak PRU 1959. Saya masih dibangku sekolah di Pengkalan Chepa masa itu. PAS berpuak-puak masa tu kepada 2 kumpulan: Pro Dato Mohammad Nasir( MB) dan penentang beliau.

Kerajaan PAS diganti dengan Kerajaan UMNO dari tahun 1978 hingga 1990. Kerajaan UMNO pimpinan Dato Mohamed Yaacob tumbang dalam PRU 1990 kerana kerajaan UMNO juga berbalah dan berpuak-puak.

Fast forward, kini Kerajaan PAS kelantan memasuki tahun ke 24 memerintah Kelantan. 23 tahun diterajui oleh TGNA. Pemerhati politik Kelantan telah lama menduga bahawa PAS Kelantan akan berbalah dan berpuak selepas TGNA tidak lagi menjadi MB. Begitu juga dengan kerajaan negeri dibawah PAS.

Ternyata telahan dan pengamatan mereka nampaknya benar. Selain dari faktor TGNA yan sudah tiada, jangka hayat 24 tahun PAS memerintah Kelantan sebenarnya sudah melebihi had hayat mana-mana kerajaan negeri sebelum ini.

Pandangan jujur saya, Kerajaan PAS Kelantan yang ada hari ini akan tewas dalam PRU 14 nanti jika pemimpin-pemimpin utama kerajaan negeri tidak dirombak dengan memasukkan mereka-mereka yang benar-benar boleh memikul tanggungjawab memerintah negeri.

Kita tidak mahu masaalah kepala keretapi yang tidak sesuai menarik gerabak-gerabak berat berulang lagi seperti yang berlaku kepada kerajaan PAS Kedah.

Kelantan adalah nadi PAS dan PAS tidak boleh kehilangan Kelantan. Jangan tuan silap memahami maksud saya diatas: pemimpin-pemimpin yang ada adalah orang-orang yang baik, tinggi akhlak dan pekerti mereka. Tetapi keupayaan memerintah negeri dan kebijaksanaan untuk menouvre jerangkap-jerangkap politik yang dipasang oleh UMNO disetiap pergentingan sehingga PRU 14 nanti ADALAH CERITA LAIN.....memerlukan pemimpin-pemimpin yang bukan sahaja hebat ugamanya tetapi juga cekap mengemudi cabaran-cabaran politik semasa.

Saya pernah melihat kejatuhan kerajaan PAS Kelantan tahun 1978 dan tidak terkejut jika ianya akan berulang lagi dalam PRU 14 ( mungkin lebih awal jika UMNO pandai mengadu domba seperti yang mereka lakukan dalam tahun 1978 dulu).




alhusseyn said...

Doakanlah demi kesinambungan pemerintahan PAS di Kelantan supaya dapat berjalan baik atas semangat dan perjuangan Islam.Semoga Allah pelihara kita semua dari perancangan musuh.

bat8 said...

Tuan,

Sama-samalah kita berdoa. Kalaulah semua pihak terutma yang berpendidikan ugamaterutamanya memahami semangat dan perjuangan Islam, kemelut yang melanda PAS dan kerajaan negeri kelntan pasca PRU 13 tidak timbul.

Pendokong-pendokong PAS dari kedua-dua aliran: ugama dan profesional yang menyertai PAS adalah satu paduan yang paling ideal, saling lengkap dan melengkapi untuk membawa wadah perjuangan Islam kehadapan.

Jangan kata jiwa dan iman golongan profesional yang berkorban untuk perjuangan PAS lebih rendah dari iman dan jiwa Islam mereka-mereka yang mendapat pendidikan ugama. Tidakkah sistem tarbiah PAS selama ini begitu efektif dalam melahirkan individu-individu pejuang Islam yang komited!

Kedua golongan mempunyai peranan masing-masing berdasarkan keahlian dan keilmuan masing-masing.Kekurangan satu golongan ditampung oleh kekuatan yang dimileki oleh golongan yang satu lagi. Begitulah sepatutya dalam perjuangan Islam.

Paduan ini tidak ada dalam perjuangan sekular.

Matlamat perjuangan Islam bukan pasai siapa jadi MB atau TMB atau EXCO atau pengerusi GLC!...Jika ini yang menjadi harapan pejuang Islam....takde bezanya dengan UMNO. Malah perjuangan UMNO lebih gentleman kerana terang-terang pasai kekudukan dan kesenangan hidup di dunia!Mereka tidak menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan mereka tetapi menggunakan Islam sebagai salah satu alat-alat untuk mencapai matlamat perjuangan mereka.

Tuan,

Pasai kemelut di Kelantan tu, kalau pucuk pimpinan tidak mengambil langkah-langkah drastik, its a forgone conclusion, sama macam kes kerajaan PAS Kedah hari tu. tapi saya doubt, Presideng PAS terutamanya akan buat apa-apa. His leadership sejak mutakhir ini adalah sesuatu yang mengecewakan. Dia dah masuk group mahathir - dah out of touch with current realities dan dah passed his effectiveness period!....Nak harap kat menantu dia? hancur lebur le...politik tahap satu pra sekolah kemas je standardnya!



alhusseyn said...

Tuan bat8,saya berharap ramai di luar sana yang berkongsi pendapat dengan tuan.Saya dah tak larat nak komen pasal Kedah ... Kedah dah tak ada tempat lagi bagi PAS nampaknya. Kelantan perlu belajar dari apa yg terjadi di Kedah.Pergeseran sesama sendiri akhirnya memenangkan pihak musuh dan melingkupkan kita sendiri.

Putra IJ80 said...

Kelantan ada lah Negeri yg.kaya yang belum di terokai...kerana sepanjang pemerintahan TGNA kekayaan itu di belanjakan cara berhemah mengikut prosedure ketat...

Hari ini TGNA sudah tidak ada atau dgn maksud sudah tidak berkuasa dan orang kesayangan TGNA juga berjaya di singkirkan...

Semua ini telah di rancang...

Maka terbuka luas lah peluang..bagi mereka utk merembat segala kekayaan itu utk kepentingan diri keluarga .

Mereka mereka ini pun manusia yang mempunyai Nafsu Perasaan ingin kaya senang di Dunia kerana semua itu sudah ada di depan mata.

Kalau tidak masakan Mufti Besar Al Azhar yg.memegang Fatwa boleh menyokong Kudeta Tentera yang membunuh rakyat nya sendiri.

maka taarif yg.mudah ia lah mereka mereka ini 2x5 sama dengan 5x2.

ia itu Dunia dulu akhirat belakang kira.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...