GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, August 24, 2013

Konsep Kepimpinan Ulama dalam PAS perlu difahami


Melalui entri saya kelmarin di sini, saya telah menerima komentar dari seorang pengunjung yang menulis :
Masih wujudkah Agenda UG(PAS)? Selepas sekian lama berlalu, hari ini jelas apa yang berlaku bukan pertembungan "Profesional vs Ulamak", tetapi hakikat sebenarnya adalah rentetan kemelut "Pertembungan Ijtihad TGNA dengan TGHH" dalam soal UG (PAS). 2009, TGHH sudah menarik balik cadangan UG. Adakah ia ditarik secara mutlak, atau ditarik sementara waktu kerana ramai yang belum memahami konsep UG dan diberi harapan akan dikaji di masa depan (iaitu sehingga hari ini)? Momentum UG masih kuat?? 
Jawapan saya adalah seperti berikut ~ Salam, baca dgn teliti apa yg telah saya nyatakan , persoalan anda itu ada jawapannya dalam entri tersebut. Walau apa pun saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu "Profesional vs Ulamak" 

 Sebenarnya tidak ada apa yang dinamakan sebagai “Profesional vs Ulamak” di dalam PAS. Yang sepatutnya ada ialah memprofesionalkan Ulama dan mengulamakan Profesional. Itulah gandingan Profsional dan Ulama yang sepatutnya berlaku didalam PAS.

Akan tetapi ada segolongan yang lebih suka memisahkan diri mereka dan menganggap bahawa mereka sahaja yang berhak untuk memimpin PAS. Kalangan ini menggelarkan diri mereka sebagai ‘ulama’ walaupun sekadar berstatus ustaz biasa sahaja. 

Golongan yang mengaku sebagai ulama bersama penyokong-penyokongnya pula melabelkan kalangan yang tidak ada status ‘Ustaz’sebagai golongan ‘Profesional’.

Pertembungan "Profesional vs Ulamak" masih lagi berterusan. 

Cumanya golongan UG ini (yang mengaku/menyamar sebagai ‘Ulama’) melabelkan kalangan 'profesional' ini dengan label-label seperti Anwarinas, Islam Liberal, Erdogan dan menjadikan ‘Isu Syiah’ dikhususkan kepada Mat Sabu.

Geng UG terhegeh-hegeh mahukan jawatan dalam kerajaan atas kuasa perpaduan Melayu.Sebaliknya Umno hanya mahu melemahkan PAS dan memecahkan PR dgn isu ini.

Yang menjadi persoalannya ialah kenapa sehingga ke hari ini TGHA tidak pernah cuba mengadakan seminar mengenai ideanya itu, sedangkan beliau begitu optimis sekali dengan berkata - “dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasarnya, Abdul Hadi berkata, beliau yakin idea kerajaan perpaduan akan difahami dan diterima semua pihak suatu hari nanti (baca di sini)

Setiap ahli PAS berhak untuk bertanding mana-mana jawatan didalam parti. 

Tidak dinafikan, bahawa jawatan-jawatan penting dalam hirarki kepimpinan PAS seperti presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, perlu dipegang oleh kalangan tertentu yang berwibawa.

Selain menunjukkan akhlak yang terpuji, bebas dari sebarang bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mereka ini perlu lebih bijak dalam mengolah strategi politik dan dalam menghadapi tipu helah politik.

Para perwakilan perlu bijak dalam menilai kewibaan mereka untuk dipilih ke jawatan kepimpinan eksekutif PAS ini melalui kad laporan mereka selama ini. 

Kesinambungan Konsep Kepimpinan Ulama.

Namun ada juga yang mahukan jawatan presiden dan timbalan presiden dikhususkan hanya kepada mereka yang bergelar ulama sahaja. Alasan mereka ialah, PAS perlu meneruskan konsep kepimpinan ulama.

Atas alasan dan keperluan mahu meneruskan konsep kepimpinan ulama ini, maka secara otomatis, muncul kecenderungan melabelkan orang ini ulama dan orang itu bukan ulama.Lalu terpancullah istilah Ulama vs Profesional. Istilah sebegini muncul setiap kali akan datangnya pemilihan dalam muktamar Agong PAS.

Ada yang menganggap ramai kalangan ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini lalu menimbulkan sedikit kekeliruan.

Dalam perlembagaan parti, jawatan presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin; tiada masalah baik ulama atau profesional.

Konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu. 

Golongan ulama seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Harun Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Taib Azzamudin dan lain-lain lagi, lebih layak menduduki Majlis Syura Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS.

Mereka ini perlu memfokuskan agenda memahamkan rakyat dengan ciri-ciri negara Islam yang diperjuangkan PAS yang selari dengan nilai-nilai demokrasi dan keadilan sejagat.

Dalam masa yang sama, mereka inilah yang akan mengawasi dan menasihat kepimpinan eksekutif PAS jika timbul sebarang percanggahan dengan prinsip perjuangan Islam PAS. Di sinilah berlaku timbangtara di antara kepimpinan eksekutif dengan kepimpinan dalam Majlis Syura Ulama PAS.Bukankah sepatutnya begini konsep kepimpinan ulama dalam PAS atau bagaimana?
Comments
3 Comments

3 comments :

TheSniper said...

Ikhlas dan berterusterang.

drlangitbiru penang said...

Adunan PAS yang pelbagai latarbelakang khususnya golongan berpendidikan agama dan profesional belum sebati sepenuhnya. Dengan erti kata lain, wawasan Ustaz Fadhil Noor, "Memprofesionalkan ulama dan Mengulamakan Profesional" belum berjaya dihayati sepenuhnya oleh ahli PAS.

Bagaimanapun, bila adunan tersebut semakin baik dan sebati, di situ kejayaan akan dikecapi, in shaa Allah.

Kepimpinan Ulama: Saya sangat setuju peranan Majlis Syura Ulama sebagai kepimpinan tertinggi parti selepas muktamar.

Bahkan, jika saya orang berpengaruh dan berjawatan dlm parti, suka saya cadangkan Mursyidul Am itu sebagai Khalifah, Presiden itu sebagai Panglima Perang!

Wallahualam.

alhusseyn said...

drlangitbiru penang, PAS perlu mengadakan banyak seminar utk kalangan ahli mengenainya dalam masa sekarang ini.Mungkin kebelakangan dulu sibuk dgn prodram ceramah kerana menghadapi PRU.Inilah masanya PAS memperkemaskan fikrah kalangan ahli dgn konsep perjuangan yang dipersetujui sebagaimana yg telah diputuskan melalui muktamar lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...