GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, September 06, 2013

Antara Meja Bulat dan Rosmah Bulat, siapa pilihan Najib?


Kini baru aku tahu apa itu perbincangan meja bulat. Maklumat yang aku dapat ialah, biasanya perbincangan meja bulat digunakan untuk duduk berbincang isu, berkongsi pendapat, strategi, taktik, pewujudan, penyenggaraan, penilaian hasil, atau hanya untuk berbincang (mengeluarkan apa-apa idea, tidak kira apa yang mereka boleh). 

Biasanya akan terdapat pelbagai perspektif kepada satu isu. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya mengadakan perbincangan meja bulat. 

Pada persidangan ini, individu perlu bersikap terbuka, jujur, dan secara langsung dengan orang lain di sekeliling meja; sentiasa menunjukkan saling menghormati pendapat orang lain. 

Dalam erti kata lain, input setiap satu perlu dipertimbangkan sama. Semua orang mempunyai peluang untuk mengeluarkan pandangan. Kalau dilihat dari pespektif diatas itu, maka aku terpaksalah tarik balik pujian aku terhadap Menteri Auw-Auw di sini

Aku kira idea Anwar Ibrahim itu lebih menepati keperluan semasa. Ini adalah memandangkan kepada sikap wakil rakyat dari kalangan BN yang kebanyakannya hanyalah jadi tukang buat kacau sahaja di Parlimen.Diaorang ini lebih suka mengganggu ucapan wakil PR daripada mendengar dan berbincang secara rasional. Semua kita tahu mengenai hal ini. 

Namun sehingga kini, Najib masih belum menyatakan apa-apa persetujuan atau menolak cadangan Anwar tersebut. 

Korang ingat Najib akan pilih yang mana satu, kalaulah Najib diberikan pilihan,  antara Meja Bulat dengan Rosmah Bulat? Korang tolonglah jawabkan untuk Najib!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...