GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, September 02, 2013

Anwar, Rakyat bukan lantik korang untuk bersidang di meja bulat, tapi ke Parlimen untuk bersidang hal kepentingan rakyat

Sebuah portal berita telah melaporkan Anwar Ibrahim mencadangkan supaya dialog terbuka dengan kerajaan diadakan bagi membincangkan 'isu-isu kebangsaan' yang perlu ditangani atas semangat merdeka.

Maka berbagai ragam reaksi timbul dari kalangan beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno sebagaimna laporan di sini

Malah, ianya juga turut mengundang rungutan dari kalangan PAS; kononnyanya Anwar memandai-mandai buat keputusan sendiri mahu berunding dengan Umno. 

Ada pula geng UG dalam PAS tuduh bahawa kononnya Anwar mahukan penubuhan kerajaan perpaduan. Alahai! Nampak sangat konyolnya mereka ini! 

Waima, itu hanya cadangan sahaja dan perkaranya adalah mengenai isu-isu kebangsaan.  Anwar hanya mengapungkan cadangan kepada Najib untuk perbincangan meja bulat mengenai isu-isu yang paling kritikal yang sedang dihadapi negara. 

Cadangan yang dibuat oleh Anwar itu, jika diterima, ianya tidak akan menjejaskan kedudukan sama ada UMNO-BN atau Pakatan Rakyat kerana perkara-perkara yang dibincangkan adalah untuk kepentingan rakyat bersama khususnya hal melindungi ekonomi, jenayah, perkauman dan isu-isu agama.Ianya bukan hal kepentingan individu tertentu dan akan melibatkan semua pimpinan PR. 

Walau apa pun aku sangat bersetuju dengan pandangan Nazri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang mencadangkan Anwar Ibrahim membawa usul mengenai dialog isu kebangsaan ke persidangan Dewan Rakyat yang akan datang

Dengan itu, katanya perbincangan itu dapat dilakukan secara telus dan terbuka oleh semua pihak malah dapat disampaikan terus kepada rakyat. 

Betullah apa yang dikata Nazri tu kali ini.Kita ada parlimen, kalau kita tidak gunakan buat apa susah-susah rakyat memilih mereka jadi wakil mereka ke situ? 

Anwar, rakyat bukan lantik korang untuk bersidang di meja bulat, tapi ke Parlimen untuk bersidang hal kepentingan rakyat.
Comments
2 Comments

2 comments :

Err said...

Anwar beryuji sebab dia paindai sehingga ada orang PAS pun setuju. Tapi orang PAS jangan beryuji sebab orang PAS bodo-bodo.

Raincity v2 said...

salam cikgu.

rasanya Pas makin terbelakang la skg ni. pikir punya pikir, bior le anwar nak masuk umno pun. dari berkawan dgn Pas zaman la nie. parti yg takda value lgsung.

sori la cikgu. persepsi yg ada skg, 'pas dah macam psm'. syok sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...