GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, September 15, 2013

Apakah pandangan Nik Aziz masih dihormati?

Apakah buah fikiran Mursyidul 'Am PAS masih dihormati lagi setelah beliau sudah tidak ada lagi menjadi MB Kelantan? 

Apa akan jadi kepada PAS apabila ditakdirkan nanti,  Nik Aziz sudah tiada lagi?

 Sudah tentu suara Mat Sabu atau Khalid Samad tidak mampu menegur sebab mereka ini bukan dari kalangan ulama'.Terpulanglah kepada kalian untuk menilainya.

Amat menarik sekali apabila kelihatan seolah-olah  'berlaga angin' bila terdapat dua resolusi Ulamak yang agak panas telah ditetapkan iaitu:
Resolusi ke-5 Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.
 Resolusi ke-7 Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis. Sila rujuk di sini
Merujuk resolusi ke-7 diatas, bukankah TGNA pernah berkata,“Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama. 

 “Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi di sini

Merujuk resolusi ke-5 pula, Harakah Online melaporkan sebagaimana berikut :

  KUALA LUMPUR: PAS wajib melangkah ke hadapan untuk terus relevan di pentas politik negara dengan memahami suasana politik dan mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia,” kata Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Sehubungan itu, beliau menasihati para pemimpin PAS supaya jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang dicipta sendiri dan bersedia menjalinkan kerjasama politik selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat.

 Dalam satu entri di laman facebook beliau bagi mengulas resolusi yang diputuskan Multaqa Ulamak PAS di Alor Setar semalam, beliau menegaskan kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah adalah keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

 “Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non-Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno.

 “Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka,” tegas beliau.

 Ikuti kenyataan penuh beliau di sini di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...