JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, September 14, 2013

Harun Taib gesa PAS kaji kerjasama dengan PKR, DAP


ALOR STAR: Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menegaskan parti itu perlu menilai penggunaan konsep Tahaluf Siyasi untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, selepas sokongan pengundi Melayu untuk PAS merosot pada Pilihan Raya (PRU) ke-13 Mei lalu. 

 "Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS. 

 "Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi," kata beliau dalam Ucaptama Multaqa Ulama SeMalaysia di sini hari ini. 

 Cadangan oleh Harun, jika digunapakai oleh Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat PAS, bakal merombak struktur hubungan kerjasama tiga parti berkenaan di dalam Pakatan Rakyat yang ditubuhkan sejurus sebelum PRU tahun 2008. Harun akur PAS bukan lagi parti dominan di dalam Pakatan Rakyat dan menggesa ahli parti menerima hakikat bahawa "kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah sangat lemah berbanding sebelum ini". 

 Beliau menegaskan kemerosotan sokongan Melayu untuk PAS pada PRU-13 memperlihatkan peluang "mustahil" bagi PAS untuk terus berkembang dan melaksanakan matlamat mendirikan sebuah negara berlandaskan Islam tanpa penilaian semula kerjasama dengan PKR dan DAP mengikut konsep Tahaluf Siyasi . 

 Harun berkata "sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati oleh PAS" dalam meraih sokongan bukan Melayu terhadap parti dan Pakatan Rakyat akhirnya mengurangkan keyakinan pengundi Melayu kepada komitmen PAS untuk memelihara kepentingan mereka. 

 "Keputusan PRU yang lalu menunjukkan dan membuktikan bahawa PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam urusan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia," jelasnya. 

 Walaupun menjadi parti pembangkang terbesar di negara ini, PAS hanya mampu memenangi 21 kerusi Parlimen pada PRU 13, berbanding 30 yang diraih oleh PKR dan 38 oleh DAP. Persetujuan PAS untuk tidak lantang memperjuangkan matlamat penubuhan negara Islam berlandaskan undang-undang hudud menguntungkan PKR dan DAP yang berjaya menarik sokongan lebih luas daripada pengundi. 

 Hasrat PAS untuk menggantikan Umno sebagai parti utama kaum Melayu bagaimanapun kecundang apabila Barisan Nasional menawan semula Kedah dan Umno memperbaiki pencapaiannya dengan memenangi 88 kerusi parlimen.  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mempertahankan hubungan parti itu dengan DAP dan PKR parti lain mengikut konsepa Tahaluf Siyasi yang di gunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berurusan dengan bukan Muslim. 

 Bagaimanapun kerjasama itu dikritik oleh beberapa pihak kerana PAS dilihat berkompromi dengan DAP dan PKR mengenai hal-hal asas membabitkan kepentingan Islam seperti penubuhan negara Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. SUMBER
Comments
3 Comments

3 comments :

sizzly7761 said...

PAS hilang sokongan pengundi melayu bukan kerana toleransi berlebihan terhadap PKR atau DAP...tetapi disebabkan 'kebebalan' sikap dan pendekatan yang ditunjukkan oleh segelintir Ulama dalam PAS yang telah 'expired' dari segi isu yang dibawa dan 'perasan lebih' walhal diri sendiri dah tidak berpijak kepada tuntutan semasa! Ketua Dewan Ulama PAS ini adalah contoh klasik paling baik yang menyebabkan PAS hilang sokongan! Sendiri mau ingatla..

TheSniper said...

aku yang ngundi PAS pun deme buat musuh, mana ropanya!

budakmin said...

maafkan aku kerana bodoh, tp tok aji bg aku adalah pengkhianat sebenar, masa ijmak pas setuju gabung pr, bila bergabung dialah yg selalu keluar kenyataan yg merosakkan pas, sekarang nak salahkan pakatan. aji, sudah tiba masa aji berehat dan tumpu perhatian kpd kambing2 yg sdg dipelihara tu. nak minta pas keluar keluar pakatan kemudian nak pakat bela kambing dgn mb ganu ko. SAYA SOKONG KENYATAAN TGNA DALAM SINAR HARIAN. ITULAH PEMIMPIN SEJATI, buka mcm aji pemmimpin cap kambing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...