GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, September 08, 2013

Ini dia bakal Menteri Pendidikan Malaysia jika PR perintah

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, Pas telah membentuk Kabinet bayangannya sendiri selain berperanan sebagai penyemak kepada kerajaan sedia ada.

 "Saya telah dilantik sebagai Menteri bayangan Pendidikan. Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai Menteri bayangan Kementerian Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli memegang portfolio Menteri Kewangan.

Beliau tidak pula menyatakan apa pula portfolio yang disandang oleh Tuan Guru Presiden Haji Hadi.Mungkin Nasrudin lebih suka supaya orang ramai berteka teki mengenainya! Mungkin juga nak jaga hati seseorang?

 Aku tertarik dengan pendedahan Nasrudin ini. Terfikir kepada ku, kalau dua orang ahli parlimen yang baru saja dilantik sudah boleh jadi Menteri bayangan Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, nak tahu bagaimana pula gerangannya dengan mereka yang telah punya pengalaman yang lebih lama lagi; umpamanya Khalid Samad (2 penggal), Mahfuz Omar (3 penggal), Mujahid Hj Yusof Rawa (2 penggal) – sekadar menamakan beberapa nama.

 Dan bagaimana pula dengan kedudukan Timbalan Presiden Mat Sabu? Walaupun beliau kini tidak lagi merupakan seorang Ahli Parlimen, tetapi kita jangan lupa bahawa Mat Sabu juga banyak pengalaman.Takanlah kita nak lupakan jasa Mat Sabu dan meminggirkan beliau begitu sahaja?

 Beliau pernah mewakil parlimen Nilam Puri, Kubang Kerian, dan Kuala Kedah.

 Walau bagaimana pun aku tertarik juga dengan kenyataan Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari Abdul Aziz yang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan juga Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan kerana membangkitkan soal kabinet bayangan di sini
Comments
5 Comments

5 comments :

Yong said...

Salam al-Husseyn

Bior betui! Menteri pendidikan? Dia ingat menteri Pendidikan itu macam kerja organise ceramah ke? Atau macam urus tuition centre? Jangan le perasan ingat diri tu baguih sangat.

Asrul Sani said...

Kalau ye pun Kabinet Bayang-Bayang Angan-Angan telah menamakan ustaz sebagai Menteri Pendidikan, rasa-rasanya tak payahlah diwar-warkan di khalayak ramai. Nampak sangat POYOnya selain menggambarkan PERASAN syok sendiri yang terlampau di pihak ustaz selaku Ketua Pemuda PAS.

Selagi pemimpin PAS ini dipegang oleh mereka yang gila kuasa atau gila jawatan, selagi itulah PAS tak akan berupaya memerintah negara.

drlangitbiru penang said...

Memalukan PAS bilamana Ketua Pemuda PAS sangat teruja dengan ketua Pemuda UMNO.

Kerap sekali nampaknya Ketua Pemuda dan Pimpinan Pemuda PAS muncul dalam Utusan Malaysia.

Banyak juga "Wassap" tersebar diceduk dari Utusan Malaysia.

Bagaimana Ketua Pemuda PAS bersehaluan dengan Ketua Pemuda UMNO, mahukan Bayangan Kabinet PR???

Apa matlamat Ketua Pemuda PAS?
Apakah matlamatnya sama dengan Ketua Pemuda UMNO?

DAN APA SIGNIFIKAN ATAU RELEVAN KABINET BAYANGAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA?????

Selagi pemimpin UMNO berkata tapi dusta, berjanji tapi mungkiri, Kabinet Bayangan PR akan jadi seperti "Anjing Menyalak Bukit"

Oh yaa....Ketua Pemuda PAS dilantik sebagai Menteri (Bayangan) Pendidikan.

Jadi, boleh saya bertanya kepada Ketua Pemuda, apa Blueprint Dasar Pendidikan Nasional beliau?????

Seperkara lagi, SIAPA PM KERAJAAN BAYANGAN PR?????

Apakah ini matlamat Ketua Pemuda PAS sebenarnya, iaitu nak tahu siapa PM kalau PR menang?

Ketua Pemuda nak tengok Anwar Vs HjHadi sebagai PM?????

Itu matlamat Ketua Pemuda UMNO, KJ agar PKR dan PAS bersilat bersingsing lengan dgn hujah pemimpin kami lebih layak! YANG AKHIRnya memecahbelahkan PR.

Aduhai.....Ketua Pemuda PAS tak nampakkah perangkap dipasang musuh?

Atau Ketua Pemuda PAS sehaluan dengan KJ? Dalam ertikata lain, Ketua Pemuda PAS mahu bawa keluar PAS dari PR??????

DAN BER-UG DENGAN UMNO?????

The Seven Thing said...

yang bising2 ni dia lantik lantik diri sendiri ke?

Raincity v2 said...

kearah mengtalibankan malaysia. PAS, lost hope.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...