JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, September 17, 2013

Jangan salahkan orang lain bila sudah kena belasah!

 TGNA, Presiden Parti dan Tuan Ibrahim terpaksa memperjelaskan kepada ahli-ahli mengenai saranan Dewan Ulamak PAS Pusat untuk menyemak hubungan dan Tahaluf Siyasi dengan rakan PR. 

 TGNA memberikan reaksinya setelah mendapat tahu melalui akhbar Sinar dan TGHA setelah itu. Begitu juga dengan Tuan Ibrahim.

 Penjelasan terpaksa dibuat kerana mereka sendiri menyedari saranan Harun Taib itu bukan sahaja pelik tetapi sangat janggal.Mujurlah penjelasan yang dibuat itu dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada PAS, tetapi tidak kepada Harun Taib.

 Kesian, Setiausaha Dewan Ulama terpaksa membuat penjelasan lebih lanjut lagi untuk cuba cover bossnya itu setelah Harun Taib kena belasah oleh orang ramai.

Beliau mempersalahkan orang lain kerana memberi reaksi negatif terhadap cadangan yang dikemukakan oleh bossnya itu. Tidakkah beliau sedari bahawa reaksi TGNA,TGHA dan Tuan Ibrahim sudah cukup jelas sangat berbeza dari apa yang dinyatakan oleh Harun Taib sebelumnya itu.

 Lihat sahaja komen-komen Ketua Pemuda PAS dan Ketua penerangan Dewan Ulamak PAS Perak di sini. Kenapa kenyataan mereka ini berbaur ugutan dan membayangkan rasa 'tidak selesa' untuk bersama Pakatan Rakyat?

 Kenyataan mereka diatas itu amat berbeza sekali dengan apa yang dikeluarkan oleh  Tuan Guru Nik Aziz dan  Tuan Ibrahim Tuan Man

Kita menyokong penuh mengenai apa yang dinyatakan oleh dua orang ini akan tetapi membantah tentang apa yang dinyatakan oleh Harun Taib dan kuncu-kuncunya.

Apakah ini semua kerana Harun Taib tidak bijak dalam mengetengahkan cadangannya hingga ramai tokoh-tokoh pimpinan PAS lain membuat pencerahan?
 KUALA LUMPUR 16 Sept. - Dewan Ulama Pas kesal dengan tindakan segelintir pihak termasuk penulis-penulis politik propembangkang yang mengecam cadangan supaya parti itu menyemak semula tahaluf siyasi atau kerjasama dalam pakatan pembangkang.
 Setiausahanya, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, ada pihak menuduh kononnya cadangan itu membayangkan golongan ulama di dalam Pas ingin membawa parti tersebut keluar daripada pakatan pembangkang dan bergabung dengan UMNO.
 "Kita tidak sebut pun mahu keluar, itu satu tafsiran jahat. Namun, ada penulis politik yang kata begitu. Artikel Penuh: di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Yong said...

Salam alHusseyn

Orang baca yang tersirat. Itule masalahnya bila buat kerja gopoh.

sizzly7761 said...

HT wajar digugurkan sebagai ketua Dewan Ulamak! Susah kalau berketuakan individu yang mulut lebih laju dari otak( baca akal)! Semuanya gopoh....dan tak cermat dalam melontar buah fikiran atau saranan,macam 'premature ejaculation'! Jek...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...