GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, September 16, 2013

Jika tahaluf siasi itu haram, maka haramlah juga ....

Muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Perak

Aku tidak mahu mengulas kenyataan Ust Azli Musa.Kenyataan Azli agak moderate. Tapi kenyataan Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda Pas agak drastik. Beliau dipetik sebagai berkata : 

Tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu dalam pakatan pembangkang adalah haram untuk diteruskan sekiranya mendatangkan keburukan atau kemudaratan terhadap perjuangan Islam. 

Utusan Online dipercayai merujuk kepada kenyataan beliau menerusi laman Facebook Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP Malaysia Official) : 

"Namun, jika hasil kajian itu didapati tahaluf siyasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didukung oleh Pas, maka haram tahaluf itu diteruskan,"  Artikel Penuh: di sini.

Sehubungan dengan itu, sekiranya tahaluf siasi itu didapati haram, adakah beliau akan sanggup meletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Temerloh dan memulangkan semula elaun Ahli Parlimen yang telah beliau terima selama ini?
Comments
2 Comments

2 comments :

datok purba said...

Artikel Penuh: di sini

rujuk UTUSAN MALAYSIA lagi ???

apa punya bahlol lah ko huseyn.

alhusseyn said...

Wahai datok purba aku boleh rujuk artikel itu kpd Sinar ttp aku sengaja merujuk kpd Utusan utk membuktikan Utusan memang gemarkan isu mcm ini - perpecahan Pakatan Rakyat.Kamulah yg tidak faham apa yg tersirat disebalik itu. Aku tidak pula nak kata ko tu bahlol.Kamu fikir2lah sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...